BTC USD 28,454.8 Gold USD 1,975.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jokowi kemukakan senarai baharu Kabinet.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengemukakan senarai baharu anggota Kabinet negara itu kepada badan agensi antirasuah.

Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang dilantik sebagai Presiden pada Isnin lalu mengemukakan senarai anggota Ka*binet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi sebanyak lapan calon telah ditolak.

Langkah yang dilakukan oleh beliau itu belum pernah dilakukan oleh Presiden Indonesia sebelum ini.

“Kami telah menyerahkan nama senarai anggota Kabinet kepada agensi antirasuah dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan,” kata beliau kepada wartawan.

Katanya lagi, pengumuman senarai Kabinet itu akan dibuat secepat mungkin selepas mendapat kelulusan daripada agensi berkenaan.

Anggota Kabinet Indonesia terdiri daripada 34 menteri iaitu 18 orang daripada teknokrat dan 16 orang daripada parti-parti dalam gabungan parti.

Bekas Gabenor Jakarta itu turut merancang untuk menggabungkan beberapa kementerian dan memperkenalkan kementerian penyelaras bagi hal ehwal maritim yang dipilih sepenuhnya oleh Jokowi sendiri.

Beliau juga berjanji bahawa kedudukan menteri kanan termasuk menteri kewangan, tenaga dan perusahaan milik negara akan dipenuhi oleh ahli teknokrat. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

JOKOWI bersama Naib Presiden, Jusuf Kalla (kiri) keluar dari masjid di Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Jakarta semalam.- AFP


du_01.1.jpg
 
Top
Log in Register