BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jokowi desak tamatkan perang

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
5,799
Top Poster #10
Joined
Jun 21, 2021
Messages
5,799
Reaction score
806
Points
121
seberang_11zon-2-scaled.jpg
JOKOWI berucap semasa sidang G20 di Nusa Dua, Pulau Bali. - AFP

Jokowi desak tamatkan perang​

  • Oleh KOSMO!
  • 16 November 2022, 9:00 am
Share on facebook

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyeru negara-negara Kumpulan 20 (G20) agar ‘menamatkan perang’ dalam ucapan pembukaannya semasa sidang kemuncak di Pulau Bali semalam, yang akan memberi tumpuan kepada isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

“Bertanggungjawab bukan bererti mewujudkan situasi yang menguntungkan sebelah pihak, bertanggungjawab di sini bermakna kita mesti menamatkan perang.

“Jika perang tidak berakhir, dunia sukar untuk bergerak ke hadapan,” katanya kepada para pemimpin ketika acara pembukaan sidang kemuncak itu.

Merujuk kepada deklarasi bersama G20 yang akan mengutuk pencerobohan Russia yang kini memasuki lapan bulan dan ancaman senjata nuklear, wakil dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menjadikan perhimpunan itu sebagai bukti sekatan kepada Moscow yang semakin berterusan.

Jakarta bagaimanapun, meneruskan dasar luar yang berkecuali dan menolak tekanan Barat untuk tidak menjemput Moscow sebelum mesyuarat itu berlangsung.

Tanpa menyebut nama Russia, Jokowi menyeru ahli-ahli G20 supaya tidak membenarkan lagi Perang Dingin berlaku antara kuasa-kuasa besar.

“Kita tidak seharusnya membahagikan dunia kepada beberapa bahagian. Kita tidak boleh membiarkan dunia dilanda Perang Dingin yang lain,” katanya.

Tambah Jokowi, blok ekonomi utama dunia harus berjaya menangani krisis paling mendesak di dunia.

“Hari ini, seluruh mata dunia tertumpu kepada kita. Adakah kita akan memperoleh kejayaan? Atau menambah satu lagi kegagalan? Bagi saya, G20 mesti berjaya, tidak boleh gagal,” katanya. – AFP

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register