Joint Venture Closed - Pemulangan Modal

Recommended Brokers


Latest Threads

dreg_rm

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jan 28, 2011
Messages
3,717
Reaction score
0
Points
20
Salam dan Salam Sejahtera kepada semua CGrian,

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELABUR LT DAN ST :

Saya adalah pengusaha bersama perniagaan swasta di Terengganu selama lebih 4 tahun dan menjalankan perniagaan seperti perkhidmatan sewa kenderaan untuk kegunaan individu serta syarikat, pencetakan bunting dan banner, membekal dan menyewa peralatan bagi event2 di sekitar terengganu dan lain-lain.

Di sini saya akan beritahu mengenai apa yang berlaku semenjak sebulan yang lalu serta apa tindakan pihak syarikat untuk masalah ini, ramai yang tidak mengetahui perkara ini dan hanya pelabur-pelabur tetap yang sempat saya emailkan sahaja tahu. Sebagai Permulaan, saya membuka Joint Venture ini pada Bulan Mei, 2011 iaitu tahun lepas. Kalau mengikut perancangan kami ingin ke 2015, dengan adanya investor sekarang, memang tak mustahil ke 2015, dan mungkin boleh pergi lebih jauh. Tetapi kerana ada permasalahan timbul, kami terpaksa closed JV di CG.

Sebagai penyelesaiannya, Majoriti Besar Pelabur emailkan kepada saya memilih Kaedah 1, Pihak Syarikat iaitu saya sebagai salah seorang owner bersama akan menggunakan kaedah Win - Win Situation antara Syarikat dan Pelabur untuk Pemulangan Modal dilakukan kepada semua pelabur seperti di bawah berkuatkuasa segera.

Tawaran Kepada Pelabur dari Syarikat :

Pemulangan Modal (Kaedah 1) - Terperinci


1) Modal Pelabur adalah dikira Termasuk Unit Share + Profit (Jika Ada) + Bonus (Jika Ada) = Modal Semasa Pelabur

2) Pihak Syarikat akan membuat Pulangan Modal secara ansuran Minima 1 Bulan hingga Maksimum 12 Bulan untuk pelabur mendapat penuh kesemua modal mereka.

3) Pemulangan Modal kepada semua pelabur dibayar mengikut Kaedah 1. Pelabur jangan bersikap Pentingkan Diri, hormati keputusan yang telah dibuat.

5) Kaedah 1 ini meliputi Semua Projek ST, PJP-PB dan LT. Kaedah ini adalah Win - Win Situation yang mana pelabur mendapat semua modal mereka dan syarikat mempunyai masa untuk penyelesaian ini.

6) Semua Pembayaran Modal akan bermula November 2012. Bagi yang telah menerima kesemua Modal anda, anda tidak lagi dibayar pulangan modal.

7) Kaedah 1 ini dijalankan secara automatik kepada Semua Pelabur tidak Kira anda Pelabur Besar atau Kecil. Tiada Kompromi walaupun satu negeri ke, kawan baik ke, pembayaran adalah Adil.

8) Tiada Penyata diberi cuma hanya Pemberitahuan Modal Semasa Melalui Email anda diberitahu.


Tawaran JV baru secara OFFLINE untuk Pelabur yang berminat :

Tawaran JV Syarikat Sewa Kenderaan



1) Saya telah jalankan bersama syarikat sewa kereta lebih 3 tahun (Salah satu perniagaan saya selain pembinaan). Kini saya mencari Funder atau Rakan Niaga untuk JV perniagaan ini bersama saya serta Share Partner. Tujuan JV adalah kerana kami akan membuka 2 lagi cawangan baru di terengganu serta penambahan unit kenderaan.

2) Agreement akan diberi kepada pelabur. Risiko Scam adalah 0% dan perniagaan adalah sah dan terjamin seperti anda simpan duit di bank. Pelabur yang Serius Sahaja akan dibawa melawat Syarikat, Agreement dibuat jika ada persetujuan.




----------------------------------------------------------------------------------------------------
Projek Jangka Panjang / Bulanan - Long Term (LT) - CLOSED

Projek Jangka Panjang Baru - Long Term (LT)

Projek adalah bagi mendapatkan keuntungan dan dibahagi antara pelabur dan syarikat setiap bulan. Ringkasan Projek LT adalah :

Long Term Project (LT) - Terbuka Kepada Pelabur Baru dan Pelabur Tetap

1) Modal Minima RM 1,000 – Maksimum Mengikut Kuota Semasa
2) Pulangan Modal ditentukan oleh pihak syarikat. Untuk Kekal Modal juga dibenarkan.





Pengumuman Terbaru :

Kepada Semua Pelabur,

1) Pemulangan Modal telah bermula dari 20 Oktober 2012 lagi dan ada pelabur dah menerima bayaran ansuran modal mereka. Terima kasih kerana ada yang UPDATE di sini setelah menerima bayaran tersebut.

2) Tiada penyata khas diberi seperti dulu, cuma pemberitahuan modal semasa anda akan dinyatakan melalui email.

3) Kepada khabar angin yang saya tahu iaitu pelabur ingin mencari saya dan gunakan cara kasar untuk mendapat modal semula, mesej ini saya tujukan untuk anda. Tiada 1 pun JV @ HYIP @ Pasif di CG bila dah closed akan memulangkan modal pelabur, Saya Satu-Satunya di sini nak memulangkan Modal anda mengikut kemampuan dari segi Masa yang diperlukan (Kaedah 1). Jika anda dapat berjumpa saya, penyelesaian ialah Balai Polis dan kita ikut undang-undang sahaja pada masa itu. Setakat nak guna kekerasan ni tak kan ada jalan penyelesaian pun. (Mesej ini ditujukan kepada beberapa pelabur yang nak datang bawa orang-orang pertubuhan tertentu jumpa saya)

4) Kepada yang Join JV baru saya, tiada thread di CG mengenai JV ini akan saya buka. Ianya OFFLINE.

5) Pemulangan modal dibuat secara ansuran dan semua pelabur akan menerima pulangan modal tersebut. Diminta bersabar menerima modal anda.

6) Bagi semua ST dan LT, Modal telah dimasukkan ke Modal Semasa anda, yang mana tiada lagi pembayaran mengikut ST atau mengikut LT. Hanya 1 Pembayaran sahaja iaitu Kaedah 1.

7) Kaedah 1 ini dijalankan secara automatik kepada Semua Pelabur tidak Kira anda Pelabur Besar atau Kecil. Tiada Kompromi walaupun satu negeri, pembayaran dibuat Adil untuk Semua Pelabur. Pembayaran ini dibuat tidak mengikut tarikh tertentu tetapi berterusan sehingga semua modal pelabur telah dibayar.

8) Kepada pelabur yang mempunyai pertanyaan boleh terus Emailkan saya di [email protected]. Saya akan reply secepat mungkin. (Masa saya reply email antara jam 10 malam - 12 malam)

9) Tiada Reply Email Atau SMS pada Jumaat dan Sabtu



Email : [email protected]
 
Last edited:
Sponsored Post

abgmie

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 5, 2009
Messages
4,523
Reaction score
216
Points
33
macam menarik...
 

luhur_lestari

Active+ Member
Joined
Apr 28, 2010
Messages
3,699
Reaction score
41
Points
30
menarik peluang yg ditawarkan..
TT..ce crite lebih sikit...
tq
 

abuyakl

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 18, 2008
Messages
1,439
Reaction score
1
Points
25
Kalau semua profit bg kt investor, TT untung kt mana?
 

dreg_rm

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jan 28, 2011
Messages
3,717
Reaction score
0
Points
20
Ada sign agreement ke tak?
Tiada Sign Agreement tapi pelabur boleh datang dan lihat sendiri projek dijalankan.
++Jaminan : Detail kami akan diberi kepada pelabur..
:)
Sila ym untuk maklumat lanjut.. :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register