BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Pada Pekerja Berkemahiran Tinggi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
06.11.2024 - Johor akan menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan Ahad lepas. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah pelbagai projek baharu di negeri itu dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.

"Kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta," titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail semalam.

Baginda bertitah kerajaan negeri turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira US$190 juta ke negeri itu. Pada Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan JTDC. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dipetik berkata inisiatif kerajaan negeri membangunkan JTDC adalah usaha yang tepat dalam membangunkan ekosistem tenaga kerja mahir di Johor. Sementara itu, Tunku Mahkota Ismail bertitah Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini akan dinaik taraf dalam masa terdekat sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di daerah ini.

"Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19," titah baginda.
1730887048839.png
 
Sponsored Post

Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura​


07 November 2024 08:00am

Johor perlu bersaing secara sihat dengan Singapura kerana lazimnya republik itu sering menjadi pilihan tenaga kerja terutama anak muda. (Gambar kecil: Azhar)

Johor perlu bersaing secara sihat dengan Singapura kerana lazimnya republik itu sering menjadi pilihan tenaga kerja terutama anak muda. (Gambar kecil: Azhar)

JOHOR BAHRU - Gaji premium bermula RM4,000 yang ditawarkan di Johor mampu menghalang penghijrahan pekerja tempatan ke Singapura yang menyaksikan peningkatan mendadak kebelakangan ini.

Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor, Azhar Zainal Abidin berkata, usaha dilakukan kerajaan Johor bersama kerajaan Persekutuan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di negeri ini.

"Johor perlu bersaing secara sihat dengan Singapura kerana lazimnya republik itu sering menjadi pilihan tenaga kerja terutama anak muda.

"Ia disebabkan pelbagai faktor termasuk gaji lumayan dan pertukaran Dolar Singapura kepada Ringgit Malaysia yang tinggi ketika ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Azhar, usaha kerajaan Johor menarik lebih banyak pelabur dan mewujudkan zon khas ekonomi memberi banyak kelebihan kepada peningkatan peluang pekerjaan dan tawaran gaji.

"Bukan hendak kekang penghijrahan anak muda cari rezeki di Singapura, tetapi dengan gaji premium ini kita cuba kawal situasi tersebut kerana tidak mahu Johor mengalami defisit 'talent'.

"Langkah gaji premium ini dapat tarik anak muda bekerja di Johor dan pada masa yang sama kerajaan negeri bawa pelaburan asing yang boleh tawarkan gaji premium bertepatan dengan kebolehan dimiliki belia atau orang muda," ujarnya.

Berdasarkan data, jumlah tenaga pekerja tempatan yang berhijrah untuk bekerja di Singapura meningkat kepada 952,261 pada 2019 berbanding hanya 195,072 pada 1990.

Artikel Berkaitan:

Ahad lalu, ketika melancarkan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) di Persada Johor Bahru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Johor akan menjadi negeri pertama di negara ini menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.

Menurut Ahmad Zahid, Johor menetapkan gaji premium bagi diploma bermula dengan RM4,000, manakala gaji premium ijazah sarjana muda bermula RM5,000 dan ia umpama menghadapi persaingan dari negara jiran.

Jelasnya, ini kerana gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,700 berkuatkuasa Februari depan, namun gaji minimum di Singapura pula adalah $1,500 yang bersamaan dengan RM5,290.

Dalam pada itu, Azhar yakin bakat anak muda Johor mampu diasah sebagai pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri khususnya teknologi dan digital.

"Di negeri ini, terdapat banyak kolej kemahiran dam pusat latihan. Begitu juga universiti terkemuka iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang sememangnya fokus kepada industri yang mempunyai pulangan tinggi.

"Kerajaan Johor juga mempunyai pelbagai program dan menubuhkan JTDC untuk pastikan anak muda dapat kemahiran yang sepatutnya untuk bekerja di pelbagai sektor ekonomi di negeri ini," katanya.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register