BTC USD 50,534.5 Gold USD 1,780.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor negeri pertama adakan sidang Dun hari ini 12/8/2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
1628735945014.png


Johor negeri pertama adakan sidang Dun hari ini​



Diterbitkan 12 Aug 2021, 9:46 am




Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula hari ini, pastinya menarik perhatian ramai pihak memandangkan Johor menjadi negeri pertama mengadakan sidang dewan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bakal dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.
Persidangan akan bermula dengan titah dan perasmian oleh Sultan Ibrahim sebelum ditangguh dan bersambung Ahad ini.

Persidangan tujuh hari yang dijadual berakhir 22 Ogos itu dilihat sebagai platform penting bagi kerajaan negeri memperjelaskan mengenai pelan tindakan untuk pemulihan ekonomi negeri Johor selain bantuan yang diberikan kepada rakyat Johor yang terjejas berikutan COVID-19.

Johor merupakan negeri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti tipis 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

UMNO Johor menerajui kepimpinan negeri dengan 14 kerusi; diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk DUN Gambir yang disandang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; MIC (dua); dan PAS (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (enam); dan PKR (tujuh).

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata setakat 4 Ogos, hanya satu usul berkenaan program vaksinasi kepada rakyat Johor diterima pihaknya.
Kali terakhir sidang DUN Johor diadakan pada 26 Nov hingga 6 Dis 2020, yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021.
- Bernama

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
Isu keabsahan antara isu utama nak dibincangkan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

17m ·

SULTAN IBRAHIM BERI AMARAN AKAN BUBAR DUN JOHOR JIKA WAKIL RAKYAT TERUS BERTELAGAH HINGGA MENGANGGU-GUGAT NEGERI SERTA KERAJAAN BAGINDA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah Baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan Baginda sekarang.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
“Apabila wabak COVID-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke Empat Belas di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada hari ini (12 Ogos).

Berangkat sama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda Tuanku Sultan, turut bertitah menasihatkan semua Ahli Dewan supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.

“Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.

“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah, mengingatkan bahawa Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.

“Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.
“Ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya,” titah Baginda Tuanku Sultan.
~~~~~
SULTAN IBRAHIM THREATENS TO DISSOLVE STATE ASSEMBLY IF POLITICIANS CONTINUE POWER STRUGGLE

HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim, Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned that he will not hesitate to dissolve the Johor State Assembly if assemblymen continued to engage in power struggle and threatened the State Government.

“I will not entertain any political games by assemblymen and risk destabilising my State and Government. If that occurs, then I will not hesitate to dissolve the State Assembly.

“We don’t need politicians to represent the people if all they think about is themselves and not the interests and welfare of the rakyat,” said His Majesty.

HM Sultan Ibrahim was speaking at the opening of the 14th Johor State Assembly at the Sultan Ismail Building in Kota Iskandar, Iskandar Puteri today (12 Aug).

His Majesty also reminded assemblymen to fully utilise the current session to discuss and plan a clear course of action to help the rakyat and rebuild Johor’s economy.

“There is no need to bring up unnecessary motions to the House. Don’t be selfish. The rakyat are suffering, going hungry, losing their jobs and some are even fighting for their lives because of Covid-19.

“This is not the time to fight (for political power); rather this is the time to unite and work together. Don’t look around to see what other politicians are up to, look at yourselves in the mirror instead,” stressed His Majesty.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Gambar gambar yg berkait rapat dengan perasmian oleh Sultan Johor

1628737499731.png

1628737510802.png

1628737526073.png

1628737539550.png

1628737552336.png

1628737595418.png

1628737611801.png


1628737638617.png

1628737658658.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi.

Muhyiddin Hadir Sidang DUN Johor​



12/08/2021

FB-Dun-Johor.jpg



ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) duduk di barisan sama dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (BERSATU-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (BERSATU-Bukit Kepong).

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 hari ini akan disempurnakan oleh titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Hari pertama Persidangan DUN Johor hari ini menjadi perhatian, susulan perkembangan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos lalu.

Keputusan berkenaan dijangka menjejaskan empat negeri diterajui PN membabitkan Johor, Melaka, Kedah dan Perak.

Johor menjadi negeri pertama yang membuka semula sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (12), MIC (dua), PAS (satu) sementara AMANAH (enam) dan PKR pula (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi, berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Ia selepas BERSATU memberikan sokongan kepada UMNO untuk menerajui kerajaan Johor berikutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh pada Februari tahun lalu.

-BERITA HARIAN

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Sekarang bukan masa berbalah #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../jangan-jadikan-sidang.../

Jangan jadikan sidang DUN seperti ‘sangkar beruk’ – Sultan Johor​



12 August 2021

sultan-johor.jpg


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah merasmikan pembukaan penggal persidangan ke-4 Dewan Negeri Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri Johor dan kerajaan.




“Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor.
“Saya rasa saya tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat,” tegas baginda ketika bertitah merasmikan pembukaan penggal persidangan ke-4 Dewan Negeri Johor yang ke-14.

Titah baginda, dewan negeri ini adalah tempat untuk membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor.



Oleh itu, jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk.

“In adalah dewan yang mulia, bukannya dewan sangkar beruk. Ingat pesanan saya tuan Speaker. Jalan kerja baik-baik,” titah baginda lagi.
Titah Sultan Ibrahim lagi, ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi masa untuk bersatu dan bekerjasama.



“Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk membantu rakyat, tetapi lihatlah cermin nuka sendiri,” ujar baginda.
Tambah baginda, ahli-ahli dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan.

“Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan. Ada yang hilang pekerjaan. Dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat Covid-19.

“Oleh itu saya nasihatkan kepada semua ahli dewan supaya menggunakan sesi persidangan ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula negeri Johor,” titah baginda.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
1f539.png
Sultan Johor titah Ahli Dewan supaya guna sidang DUN untuk bincang, susun pelan tindakan kekang penularan COVID-19
1f539.png
Persidangan DUN Johor ditangguhkan kepada 22 Ogos ini - Speaker DUN Johor

1628738224271.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Sultan Ibrahim Iskandar bertitah tidak perlu ada wakil rakyat jika semua hanya memikirkan tentang kedudukan sendiri.

Tak perlu ada wakil rakyat jika hanya fikir kedudukan sendiri, Sultan Johor beri amaran​





August 12, 2021 11:12 AM


sultan-ibrahim-sultan-iskandar-bernama-290620-1.jpg


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menasihatkan semua Ahli Dewan supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, memberi amaran tidak teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika kerajaan sedia ada sekarang dijatuhkan.
“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah Sultan Ibrahim.
BERITA LANJUT MENYUSUL


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
hehehe keras sungguh Sultan Johor bagi, sound direct
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,061
Points
1,671
Alang2 dah ada kt situ sound tegak jela

Muhyiddin pakai no plat JBM2 tu sultan johor bagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register