BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor isytihar Ahad cuti peristiwa

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,482
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,482
Reaction score
2,593
Points
261
Awards
1

Sel-JDT_1669344145.jpg





JOHOR BAHRU: Johor mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata pengisytiharan cuti peristiwa itu bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, pemberian cuti itu bertujuan memudahkan penyokong JDT menyaksikan perlawanan akhir berkenaan, sekali gus memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang serta mengatur perjalanan supaya tidak tergesa-gesa dan dapat memastikan aspek keselamatan.

"Pengisytiharan cuti ini adalah selaras dengan Seksyen 8 dan 9 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

"Kerajaan Johor juga bersetuju menimbal guna tarikh pengisytiharan cuti umum pada Isnin depan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai hari cuti umum bagi negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam hantaran melalui media sosial beliau mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022.

Beliau turut mengajak warga negeri ini bersama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT, esok.

"Menjunjung kasih Sultan Johor yang memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini. Menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menjadi inspirasi kepada orang muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet kita.

"Kerajaan Johor mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa untuk Johor sempena perlawanan bola sepak itu. Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register