InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,972
- Reaction score
- 4,386
- Points
- 601
Kerry wakil khas Biden dalam isu perubahan iklim
WASHINGTON: Bekas Setiausaha Negara, John Kerry menandatangani Perjanjian Paris 2015 bagi pihak Amerika Syarikat (AS), namun keputusan itu dibatalkan Presiden Donald Trump.
Kini, Kerry bakal dilantik oleh pemenang pilihan raya Presiden, Joe Biden sebagai wakil khas bagi isu berkaitan perubahan iklim, menjadi petunjuk jelas komitmen pentadbiran baharu negara itu bagi menangani isu berkenaan.
"Saya kembali dalam kerajaan untuk membawa Amerika kembali ke landasan bagi menangani cabaran terbesar ketika ini dan akan datang.
"Krisis perubahan iklim menuntut sokongan dan kerjasama semua pihak," katanya menerusi ciapan Twitter selepas pengumuman pelantikannya.
Berusia 76 tahun, Kerry adalah rakan dalam Senat, teman dan sekutu politik Biden yang sentiasa menyokongnya apabila pencalonannya dilanda krisis, memiliki pertimbangan dan hubungan baik sehingga menjadi diplomat penting ketika era bekas Presiden Barrack Obama.
Ketua arkitek dalam rundingan nuklear dengan Iran itu kini berdepan tanggungjawab membantu membina semula kredibiliti AS apabila kembali dalam Perjanjian Paris.
Penganalisis berpendapat, pemimpin 'lama' Parti Demokrat yang gagal dalam usahanya menjadi Presiden AS pada tahun 2004 'masih berbisa' dalam hal ehwal hubungan antarabangsa.
Matlamat penting dalam Perjanjian Paris adalah membendung kenaikan suhu global pada tahap 1.5 darjah Celsius serta mengelak bencana kepada manusia akibat kesan perubahan iklim terutama penduduk di bahagian utara dan selatan dunia. - AFP