Joe Biden Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
jenis keras kepala, nanti kena halau dari White House oleh Secret Service sendiri baru akan tahu malu besar :D
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Arab Saudi yakin hubungan 'mesra' dengan Biden

RIYADH: Arab Saudi tidak menjangkakan sebarang perubahan besar dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah Joe Biden, kata seorang pegawai kanannya kepada CNN, meskipun presiden dipilih itu berjanji untuk mengubah kerajaan itu menjadi 'paria'.

Ketua Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) itu yang juga sekutu rapat Presiden Donald Trump, tampak berwaspada terhadap Biden selepas beliau berjanji akan lebih tegas terhadap Arab Saudi atas kegagalan hak asasi manusia.

Namun, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menolak anggapan itu.

"Kami berurusan dengan presiden AS sebagai rakan, sama ada beliau Republikan atau Demokrat," kata Jubeir kepada CNN, dalam wawancara yang dikeluarkan hujung minggu lalu.

"Presiden dipilih, Biden telah berada dalam Senat (AS) selama 35 tahun, beliau mempunyai pengalaman luar biasa... Saya tidak jangka akan ada perubahan besar dari segi dasar luar Amerika."

Komen itu dikeluarkan ketika Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Negara Kumpulan 20 (G20), yang pertama bagi negara Arab, tatkala pejuang global berusaha untuk menarik perhatian terhadap rekod hak asasi manusia kerajaan terbabit.

Arab Saudi sering terlepas dari kecaman AS di bawah Trump, yang bersama dengan menantunya Jared Kushner, telah menikmati hubungan peribadi dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemimpin de facto kerajaan itu.

Kekalahan Trump menjadikan Putera Mohammed terdedah kepada kecaman baharu dari sekutu Barat yang paling dekat dengan kerajaan itu.

Ia boleh membuatkan putera mahkota itu terasing di tengah-tengah cabaran ekonomi yang dihadapi dalam agenda reformasinya dan pelbagai penentangan domestik terhadap pemerintahannya.

Tatkala kempen pemilihannya, Biden mengancam untuk menjadikan Arab Saudi sebagai 'paria'.

Pemerhati Arab Saudi menyangkal pidato kempen Biden yang menyifatkan Arab Saudi sebagai huru-hara, merujuk kepada tindakan Trump yang juga melakukan permusuhan dengan negara itu dalam kempen pemilihan pada 2016, tetapi kemudian segera mengeratkan diri dengan Arab Saudi.

"Kami berurusan dengan presiden apabila mereka secara rasmi memegang jawatan, dan kami mempunyai kepentingan besar dengan AS," kata Jubeir.

"Kami bekerjasama dalam keselamatan ekonomi global, keselamatan tenaga, masalah kewangan, dan kami adalah kunci dalam hal dunia Islam. Kepentingan ini sangat besar bagi kami dan AS." - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Biden umum barisan Kabinet esok

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Joe Biden akan menamakan barisan pertama anggota Kabinet, esok.

Keputusan 'sulung' oleh ahli Demokrat berkenaan sejak meraih mandat rakyat diteruskan meskipun Donald Trump masih mempersoalkan keputusan pemilihan Presiden AS, yang dilaksanakan sejak 3 November lalu.

Ketua Staf Rumah Putih, Ron Klain, berkata pengumuman penting berkenaan dijangka dibuat secepat mungkin walaupun proses perundangan yang mempertikaikan keputusan pemilihan masih berlangsung di beberapa mahkamah negeri.

"Anda akan dapat melihat barisan pertama pemilihan anggota Kabinet presiden yang dilantik pada Selasa minggu ini," katanya ketika dalam wawancara bersama ABC 'This Week', semalam.

Ditanya bayangan barisan jentera pentadbiran, Klain enggan memberikan perincian lanjut berhubung jawatan mana yang akan diumumkan, namun Biden pada minggu lalu dilaporkan berkata tugas Setiausaha Perbendaharaan sudah mempunyai 'calon utama'.

Perkembangan politik di AS menyaksikan ahli Republikan ketika ini mula menerima hakikat mengenai kemenangan Biden, malah menggesa Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) untuk meluluskan dana persekutuan bagi memberi laluan kepada peralihan tampuk pemerintahan.

Bagaimanapun, pendirian Trump yang masih mempertikaikan keputusan pemilihan Presiden AS menyaksikan Biden dan pasukannya sehingga kini tidak diberikan kelulusan untuk mendapatkan perincian berhubung isu sensitif seperti dasar asing dan domestik.

Maklumat sedemikian penting dan harus diteliti dengan segera bagi pentadbiran baharu, selari usaha menangani penularan pandemik di republik itu yang masih meruncing.

Bekas Gabenor New Jersey, Chris Christie, yang pernah menjadi penasihat peralihan pentadbiran Trump pada 2016 menyatakan kekecewaan terhadap pasukan perundangan presiden.

"Sepatutnya GSA pada waktu ini sudah meluluskan dana peralihan pentadbiran," katanya.

Gabenor Maryland, Larry Hogan, yang juga antara ahli Republikan terkemuka menyelar sikap Trump dan menggesa sekutu partinya untuk menerima hakikat kekalahan.

"Trump sepatutnya berhenti main golf dan akur pada kekalahan," katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Trump dilaporkan aktif bermain golf, pada setiap minggu sejak pemilihan Presiden AS berlangsung pada awal bulan ini, malah ahli Republikan itu mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang dianjurkan secara maya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Kempen Trump gugur anggota pasukan perundangan

WASHINGTON: Kempen Donald Trump semalam memaklumkan mereka tidak lagi bekerja dengan seorang anggota pasukan perundangan presiden yang dipersendakan dengan meluas kerana dakwaan teori konspirasi tidak berasas berhubung pilihan raya pada 3 November lalu.

"Sidney Powell mengamalkan undang-undangnya sendiri. Beliau bukan anggota pasukan perundangan Trump," kata peguam peribadi presiden, Rudy Giuliani dalam satu kenyataan.

"Beliau juga bukan peguam kepada presiden dalam kapasiti peribadi."

Trump pada 14 November lalu memuat naik di Twitter bahawa Powell akan menjadi anggota pasukan perundangannya, bersama Giuliani dan penasihat perundangan kempen, Jenn Ellis.

Pasukan itu berusaha membatalkan keputusan pilihan raya di beberapa negeri termasuk di kawasan utama, Pennsylvania dan Michigan, yang mana semuanya mengundi Joe Biden.

Pengumuman Giuliani mengenai Powell dibuat hanya beberapa hari selepas satu sidang media luar biasa selama 90 minit di Jawatankuasa Kebangsaan Republikan di Washington, ketika anggota pasukan perundangan berhujah tanpa bukti bahawa berlaku satu "konspirasi nasional" yang meluas bagi menafikan pemilihan semula Trump.

Powell terutamanya mendakwa Trump mengalahkan Biden dengan kemenangan yang besar, walaupun pada hakikatnya Biden menang 306 undi elektoral, dengan 35 undi lagi diperlukan untuk menduduki Rumah Putih, berbanding Trump dengan 232 undi.

Biden akan memenangi undi popular dengan lebih enam juta undi.

Powell pada sidang media itu juga mendakwa Cuba, Venezuela dan negara "komunis" lain mungkin dikaitkan dengan penggodaman pilihan raya itu yang merampas jutaan undi daripada Trump.

Sebelum bekerja dengan pasukan perundangan Trump, Powell membela bekas pembantu presiden, Michael Flynn yang dituduh berbohong mengenai hubungan Russia ketika pilihan raya presiden 2016.

Pemecatan Powell berlaku sehari selepas hakim Pennsylvania menolak tuntutan Trump di negeri itu dengan keputusan penghakiman yang memalukan.

Hakim Matthew Brann menulis bahawa pasukan presiden mengemukakan "hujah undang-undang yang tegang tanpa merit dan tuduhan spekulatif" dalam aduan mengenai undi pos di Pennsylvania. - AFP
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,680
Reaction score
657
Points
171
Biden naik ... perang rantau arab bermula kembali.. penyambung legasi bush
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Antony Blinken bakal dilantik Setiausaha Negara AS

WASHINGTON: Presiden dipilih, Joe Biden merancang untuk melantik diplomat berpengalaman, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS).

Percaturan itu sekali gus memberi isyarat bahawa AS berhasrat untuk mengembalikan pendekatan hubungan pelbagai hala, selepas Donald Trump memutuskan pertalian dengan rangkaian sekutu tradisi republik berkenaan.

Perkembangan terbaharu berhubung pelantikan Blinken yang fasih berbahasa Perancis dan mempunyai hobi bermain gitar itu memetik sumber terdekat dengan Biden.

Blinken, 58, sebelum ini setia berkhidmat dengan Biden ketika menggalas jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Negara AS di bawah pentadbiran Barack Obama.

Portal, Washington Post dan beberapa agensi media lain pula melaporkan jawatan penasihat keselamatan kebangsaan bakal disandang oleh Jake Sullivan.

Sullivan ialah antara pembantu veteran Biden yang terkenal dengan kepekaan terhadap penelitian dasar dan jarang mempunyai isu peribadi ketika menjalankan tugas.

Presiden Majlis Hubungan Luar, Richard Haass, menyifatkan Blinken ialah calon terkuat untuk menyandang jawatan Setiausaha Negara AS.

"Selain berpengetahuan luas mengenai dasar luar, Blinken mempunyai pertalian yang sangat bagus dengan Biden, sekali gus membolehkan beliau untuk mengutarakan nasihat secara terbuka.

"Atas faktor ini, Blinken juga bakal diberikan kuasa untuk bercakap mewakili Biden tanpa sebarang keraguan," katanya menerusi kenyataan di Twitter. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Yellen dinamakan sebagai Ketua Perbendaharaan AS


WASHINGTON: Pemenang pilihan raya Presiden, Joe Biden akan menamakan bekas pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen sebagai ketua Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Jika pilihan Biden itu disahkan Senat, Yellen akan menjadi wanita pertama menyandang jawatan berkenaan.

Wanita berusia 74 tahun itu, yang pencalonannya disahkan oleh sumber kewangan dengan kaitan rapat bersama pengurusan Biden, akan diberi mandat mengemudikan kuasa ekonomi terbesar dunia ketika negara itu berdepan pengangguran besar-besaran dan kejatuhan mendadak pertumbuhan ekonomi, akibat pandemik COVID-19.

"Yellen akan dilantik sebagai setiausaha perbendaharaan yang baharu dan pengumuman itu dijangka dilakukan seawal Selasa," kata sumber berkenaan, mengesahkan laporan The Wall Street Journal.

Menurut sumber, pencalonan Yellen menerima sokongan ahli sayap kiri Parti Demokratik diterajui Biden dan memerlukan pengesahan Senat.

Yellen memecah tradisi apabila bekas presiden, Barrack Obama memilihnya sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan pada tahun 2014, sebelum disingkirkan Presiden Donald Trump, empat tahun kemudian.

Di peringkat Persekutuan, Yellen dilihat cenderung ke arah pengurangan kadar faedah bagi menyokong peluang pekerjaan.

Beliau akan menggantikan Steven Mnuchin dan berkemungkinan besar merungkaikan jalan buntu dalam kalangan Kongres, susulan kelulusan rang undang-undang rangsangan perbelanjaan baharu untuk ekonomi AS, jika penggubal undang-undang masih tidak mengambil membuat keputusan sebelum pelantikan Biden pada Januari.

Ketua Ekonomi di Grant Thornton, Diane Swonk menggelarkan Yellen sebagai 'ahli ekonomi yang sangat berbakat dengan anugerah luar biasa', menerusi satu kenyataan di Twitter.

"Beliau akan mencatat sejarah sebagai Setiausaha Perbendaharaan terhebat pada waktu yang amat penting, dan melakar satu lagi babak baharu dalam sejarah," katanya. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register