Joe Biden Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Pegawai Pilihan Raya AS terima ancaman

LOS ANGELES - Seorang pegawai tinggi pilihan raya Arizona semalam mengutuk ancaman ganas ke atas keluarga dan kakitangannya berhubung keputusan pilihan raya yang menyaksikan parti Demokrat menguasai negeri barat Amerika Syarikat buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad.

Setiausaha Negeri Arizona, Katie Hobbs yang rumahnya didatangi oleh para penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya berkata, ancaman tersebut tidak akan menghalangnya daripada melakukan tugas-tugasnya.

Sebagai Setiausaha Negeri, beliau perlu mengiktiraf keputusan pilihan raya yang diadakan pada 3 November lalu menjelang 30 November ini.

Beberapa pegawai lain di negeri-negeri seperti Georgia, Nevada, Michigan dan Pennsylvania juga dilaporkan telah menerima ancaman itu ekoran pilihan raya berkenaan.

"Demokrasi kita sentiasa diuji, ia akan terus hidup dan tidak akan terjejas di bawah pemerhatian saya," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh AFP.

Presiden AS, Donald Trump sehingga kini masih enggan mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden itu dan mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan tersebut.

Dalam pilihan raya itu, pencabar Trump iaitu bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat dilaporkan telah memenangi 290 undi elektoral daripada538 undi elektoral ketika pengiraan undi di negeri Georgia masih belum dikira.

Trump daripada parti Republikan pula hanya memperoleh 232 undi elektoral.

Sebanyak 270 undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya Presiden AS.

Jika Biden meneruskan kemenangan di Georgia, beliau akan memperoleh 306 undi elektoral.

Biden dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2021.

Dalam satu video pemantauan yang disiarkan oleh media tempatan, para penunjuk perasaan dilihat berada di luar rumah Hobbs dan menjerit "kami mahu satu audit (pilihan raya)".

Seorang penduduk tempatan berkata, sebahagian penunjuk perasaan merakamkan gambar kediaman Hobbs dan menjerit: "Katie (Hobbs) sila keluar dan kami sedang memerhati anda".

Sebahagian anggota parti Republikan marah ekoran kemenangan Biden walaupun Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS telah menggambarkan pilihan raya 2020 di negara itu adalah "paling selamat dalam sejarah Amerika". - Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110948/GLOBAL/Pegawai-Pilihan-Raya-AS-terima-ancaman
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Jabatan Kesihatan dan Kemanusiaan AS tunggu GSA sahkan kemenangan Biden

MOSCOW: Jabatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika Syarikat (AS) enggan bekerjasama dengan bakal Presiden, Joe Biden, sehingga Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) negara itu, mengesahkan kemenangan calon Demokrat itu dalam pilihan raya presiden 2020, lapor agensi berita Sputnik.

"Sebaik GSA membuat keputusan, kami akan pastikan kerjasama yang profesional akan dibuat," kata setiausaha jabatan itu, Alex Azar, ketika taklimat media pada Rabu.

Katanya, jabatan itu hanya mengikut panduan sedia ada.

"Buat masa ini kami sedang berusaha untuk mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan dan mendapatkan data percubaan klinikal serta menyelamatkan nyawa. Itu yang menjadi tumpuan utama kami sekarang," tambah beliau.

Ketua GSA, Emily Murphy, dilaporkan belum menandatangani dokumen yang diperlukan untuk membolehkan permulaan tempoh peralihan dibuat secara rasmi.

Justeru, pasukan Biden tidak boleh akses kewangan kerajaan dan bekerjasama dengan badan persekutuan.

Presiden Donald Trump belum mengaku kalah, walaupun kebanyakan media utama di Amerika termasuk Fox News, melaporkan Biden sebagai pemenang.

Trump mendakwa banyak berlaku penipuan pada pilihan raya itu. -- BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Usaha Trump sia-sia

WASHINGTON - Drama politik di Amerika Syarikat (AS) masih belum reda selepas dua minggu Pilihan Raya Presiden AS 2020 berlangsung dengan penuh kontroversi.

Sehingga kini, Trump yang masih mempunyai baki penggal pemerintahan kira-kira dua bulan masih enggan mengakui kekalahannya dan beliau dilihat sengaja mencari alasan untuk menangguhkan langkah penyerahan kuasa kepada bakal Presiden ke-46 AS, Joe Biden meskipun kemenangannya diiktiraf di seluruh dunia.

“Saya menang pilihan raya. Penipuan undi berlaku di seluruh negara!" ujar bilionair hartanah itu berulang kali di Twitter sejak 3 November lalu tanpa mempunyai bukti sahih untuk menyokong dakwaan itu.

Susulan itu, proses kiraan semula undi akan dilakukan di negeri- negeri yang dirampas Demokrat pada pemilihan itu seperti yang dituntut kempen Trump.

Presiden ke-45 AS itu bagaimanapun perlu membatalkan keputusan di tiga negeri besar yang menentukan pemenang dalam perlumbaan untuk merebut jawatan di Rumah Putih tersebut.

Usaha bilionair hartanah terbabit yang menuntut proses menghitung semula undi seperti sia-sia dan buang masa walaupun keputusan akhir menunjukkan Biden memperoleh 306 undi elektoral berbanding 232 yang diraih olehnya.

Pegawai pilihan raya di Georgia memaklumkan proses kiraan semula undi yang dijangka diumumkan pada esok tidak akan mengubah keputusan awal yang menyaksikan Biden mendahului dengan margin 14,000 undi.

Di Wisconsin, pegawai pilihan raya di negeri tersebut pula menyatakan proses menghitung semula undi di daerah terbesar yang mempunyai penyokong pro Demokrat hanya akan menambah margin 20,000 undi kepada Biden.

Suruhanjaya Pilihan Raya Wisconsin mengesahkan mereka akan mengawasi prosedur dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu itu yang akan dilakukan di Milwaukee dan Dane termasuk Madison selepas kempen Trump sanggup menanggung kos anggaran keseluruhan AS$7.9 juta (RM32.4 juta) semata-mata untuk melakukan kiraan semula undi tersebut.

Sebelum ini, keputusan di Wisconsin menunjukkan Biden mendahului dengan lebih 20,000 undi atau 49.5 peratus berbanding 48.8 peratus diraih Trump.

Kelmarin, peguam Presiden ke-45 AS itu, Rudy Giuliani turut menerima tamparan hebat selepas dicabar oleh hakim di Pennsylvania untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan berlaku penipuan undi seperti didakwa mereka.

Sehingga kini, pegawai pilihan raya negeri dan persekutuan bersama pakar asing menolak dakwaan Trump kononnya pilihan raya itu telah ‘dicuri’ daripadanya dan tuduhan tidak berasas tentang berlaku penipuan undi. - Agensi

Info:

-Angka rasmi dikeluarkan semalam menunjukkan Biden mendahului Trump dengan 5.8 juta daripada lebih 155 juta undi yang dikira.

-Kempen Trump diberikan tempoh sehingga 8 Disember ini untuk menyelesaikan kesemua isu yang dipertikaikan mereka. Keputusan rasmi akan disahkan apabila Badan Perwakilan Pemilih AS adakan pertemuan pada 14 Disember depan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111043/GLOBAL/Usaha-Trump-sia-sia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Trump tewas#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../kiraan-semula-undi-di.../

Kiraan semula undi di Georgia sahkan Biden menang


20 November 2020

Brad-Raffensperger.jpeg

Brad Raffensperger. foto AP

WASHINGTON – Joe Biden diumum berjaya menewaskan Donald Trump di negeri Georgia selepas pengiraan undi semula secara manual di negeri itu selesai.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger.


Kiraan undi secara manual dijalankan semula selepas undi tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Donald Trump dengan majoriti 14,000 undi.
“Audit mengesahkan jumlah kiraan manual menggambarkan pemenang pilihan raya dengan tepat,” katanya dalam satu kenyataan.

Raffensperger dijangka secara rasmi mengesahkan kemenangan Biden pada hari Jumaat.
Trump telah membuat dakwaan tanpa bukti terdapat banyak penyelewengan dan penipuan dalam proses kiraan undi di negeri-negeri yang beliau tewas termasuk Georgia.
Trump dibenarkan memohon untuk kira semula undi kerana margin kemenangan kurang daripada 0.5%. – MalaysiaGazette

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Is the US president rushing foreign policy decisions? | Inside Story

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Pentadbiran baharu AS dijangka lebih mesra perdagangan

KUALA LUMPUR: Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang akan diketuai Joe Biden dijangka merintis kepada perdagangan global lebih kukuh di samping meredakan hubungan global yang 'dingin' kebelakangan ini.

Presiden Eurasia Group, Ian Bremmer, berkata kemenangan Biden sebagai Presiden AS dalam pilihan raya baru-baru ini akan terus membuka peluang kepada kepelbagaian atau multilateralisme dan hubungan diplomasi antara AS dengan ekonomi Asia.

Beliau berkata, jalinan kerjasama pembangunan vaksin antara AS dan negara lain juga akan memberi impak penerimaan kembali pemimpin Asia terhadap AS.

"Biden dilihat lebih mesra kepada Asia dan negara global lain berbanding Trump yang mengutamakan AS. Pendekatan ini akan kembali membuka perdagangan yang mesra kepada semua," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Dialog CEO APEC 2020 secara maya bertajuk 'Selepas Pandemik: Dunia pada 2021'.

Bremmer adalah pengasas Eurasia Group, sebuah firma penyelidikan politik global yang beribu pejabat di New York.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dimuktamadkan baru-baru ini juga menjadi petanda baik dalam peningkatan perdagangan terutama ketika dunia berdepan krisis pandemik COVID-19.

Katanya, peningkatan perdagangan akan memberi impak ekonomi kepada negara Asia, Eropah dan juga AS.

"RCEP adalah langkah perdagangan yang bagus dan memberi impak positif kepada semua. Ia patut disokong," katanya.

Bremmer berkata ekonomi global terutama Asia Pasifik akan kembali meningkat pada tahun depan disebabkan perkembangan positif vaksin COVID-19.

Beliau berkata, vaksin yang dijangka tersedia pada awal 2021 akan menjadi pencetus perubahan kepada ekonomi global, seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sentimen pengguna.

Katanya, berdasarkan data semasa, lebih banyak vaksin akan sedia untuk dikomersialkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, sekali gus petanda baik kepada semua industri.

"Kedatangan vaksin akan menyelamatkan ratusan trilion pelaksanaan pelan pemulihan ekonomi semua negara. Bila ia tersedia, Asia Pasifik, AS, Eropah dan banyak negara lain akan kembali pulih," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bremmer berkata AS bagaimanapun dijangka tidak akan menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) baharu selepas menarik diri daripada rundingannya pada awal 2017.

Beliau berkata, walaupun pentadbiran ekonomi terbesar dunia itu bertukar tangan kepada Biden, AS dijangka akan kekal dengan keputusannya itu.

Katanya, Biden sebelum ini dikenali sebagai antara pemimpin yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai TPP dan secara peribadi menyokong serta mahu merealisasikan perkara itu, namun pentadbiran semasa akan tetap menggagalkan usahanya itu.

"Ini bukan sekadar keputusan Biden tetapi keputusan pentadbiran AS secara keseluruhannya. TPP (baharu) akan tetap diteruskan tanpa pembabitan AS di dalamnya," katanya.

Menteri ekonomi 11 anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2017 setuju meneruskan rundingan TPP baharu, yang dinamakan Perjanjian Trans Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP) tanpa AS.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Tiada perintah penutupan di seluruh negara - Biden

WILMINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Joe Biden berkata beliau tidak akan mengeluarkan perintah penutupan di seluruh negara bagi memerangi COVID-19 walaupun berlaku peningkatan kes ketika ini.

"Pada masa sekarang tiada keperluan yang saya lihat untuk melaksanakan perintah penutupan seluruh negara. Saya rasa ia akan menyebabkan tidak produktif," kata Biden yang akan mengambil alih jawatan Presiden pada 20 Januari nanti.

Namun, katanya sebarang peraturan untuk menentukan bagaimana dan bila masa yang sesuai perniagaan dapat dibuka semula, bergantung kepada keadaan serta ancaman di negara itu, bukan dengan melihat penyebaran wabak itu di seluruh negara.

Beberapa negeri dan bandar di AS mempunyai kuasa untuk melaksanakan peraturan sendiri termasuk perintah berkurung, menutup tempat makan dan mengehadkan perjumpaan ketika kes penularan COVID-19 meningkat di seluruh negara.

AS kini mencatatkan 251,000 kes kematian daripada 11.6 juta kes yang dilaporkan, menurut laporan Universiti Johns Hopkins, iaitu angka kematian tertinggi dicatatkan di negara itu.

Peningkatan kes itu menyebabkan pihak berkuasa negara itu mulai bimbang dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS menggesa orang ramai menangguhkan perjalanan sempena cuti Thanksgiving minggu depan.

"Ini bukan satu perintah. Ini adalah satu cadangan yang serius," kata Henry Walke, seorang doktor CDC yang bertanggungjawab dalam pengurusan harian tindak balas pandemik itu kepada wartawan.

Thanksgiving pada minggu depan adalah percutian yang paling sibuk dari segi perjalanan di AS.

Memandangkan sambutan itu jatuh pada Khamis, kebanyakan warga AS mengambil cuti pada Jumaat dan bersambung sehingga hujung minggu menghabiskan masa bersama keluarga. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Joe Biden declared winner in Georgia after manual ballot count

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Twitter akan serah akaun presiden @POTUS kepada Biden

WASHINGTON: Twitter akan menyerahkan kawalan akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat @POTUS kepada Joe Biden selepas mengangkat sumpah pada hari pelantikan kelak, biarpun Presiden Donald Trump belum mengakui kekalahannya dalam pilihan raya presiden, lapor media negara itu.

Syarikat gergasi media sosial itu secara aktif sedang bersiap untuk menyokong peralihan akaun Twitter itu pada 20 Januari 2021," kata jurucakap Twitter, Nick Pacilio menerusi e-mel.

Proses itu dilakukan selepas mengadakan rundingan dengan Arkib Negara, seperti dibuatnya pada 2017, katanya.

Penyerahan itu akan menyaksikan semua ciapan yang ada di @POTUS, @FLOTUS serta @VP dan akaun rasmi lain, diarkibkan.

Semua akaun berkenaan kemudian akan diset semula menjadi ciapan sifar dan dipindahkan kepada Biden yang akan masuk ke Rumah Putih pada hari berkenaan.

Trump, yang masih belum mengakui kekalahannya pada 3 November, menggunakan Twitter untuk membantu membina jenama politiknya, biarpun dia menggunakan akaun peribadinya, @realDonaldTrump, yang memiliki 88 juta pengikut dan @ POTUS, 32 juta.

Akaun @POTUS sebahagian besarnya digunakan untuk membuat ciapan semula akaun peribadi Trump, Rumah Putih serta akaun lain.

Trump kebiasaannya mengumumkan secara tiba-tiba dasar baharu di platform media sosial itu menyebabkan pelbagai aduan diterima melalui ciapannya.

Twitter mendapat tekanan mengawal penggunaan laman berkenaan oleh presiden bagi menyebarkan maklumat salah dan teori konspirasi.

Sejak pilihan raya, syarikat itu banyak meletakkan label amaran pada ciapan Trump ketika beliau terus bertegas kononnya memenangi undi serta mendakwa kemenangan Biden satu penipuan besar-besaran, biarpun ada bukti sebaliknya.

Biden, adalah pengguna Twitter yang jauh lebih tenang. Dia menghantar kurang dari 7,000 ciapan untuk 19 juta pengikutnya, berbanding 58,000 ciapan oleh Trump. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register