InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 53,478
- Reaction score
- 4,441
- Points
- 601
Lelaki dituduh ugut bunuh Biden, pemimpin Demokrat
WASHINGTON: Peguam Negara Michigan semalam mendakwa seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mengugut mahu membunuh Presiden AS, Joe Biden dan pemimpin Demokrat, Nancy Pelosi serta Gretchen Whitmer.
Januari lalu, Joshua Doctor, 21, didakwa memuat naik 'beberapa komen berbaur ugutan' di laman sosial iFunny, kata Peguam Negara, Dana Nessel, dalam satu kenyataan.
Dalam paparan berkenaan, Doctor berkata dia akan menggunakan pistol untuk menembak dan membunuh wakil rakyat serta mendakwa ia akan menjadi 'pemangkin' revolusi baharu AS.
Menurut kenyataan sama, telefon pintar Doctor juga mengandungi maklumat mengenai cara membuat bom dan di mana bahan yang diperlukan dapat diperoleh.
Doctor, yang menyerah diri semalam, dituduh kerana mengancam melakukan keganasan dan menggunakan komputer bagi melakukan jenayah, kedua-duanya berpotensi membawa hukuman sehingga 20 tahun jika bersabit kesalahan.
Kerajaan AS, lewat Januari lalu, mengeluarkan amaran anti keganasan tertumpu kepada ugutan pelampau terhadap jawatan presiden Biden. - AFP