USD MYR 4.12450 BTC MYR 257,948 Gold MYR 7,283.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Joe Biden Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,347
Reaction score
1,332
Points
201
'Pertuduhan tidak dipertikaikan'

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata pertuduhan menghasut pemberontakan yang dihadapi Donald Trump, tidak dipertikaikan walaupun Senat membebaskannya dalam keputusan perbicaraan pendakwaan kali kedua, semalam.

"Meskipun keputusan pengundian tidak mensabitkan beliau dengan kesalahan, pertuduhan itu tidak dipertikaikan.

"Bab yang menyedihkan dalam sejarah negara ini memberi peringatan kepada kita bahawa demokrasi adalah rapuh dan mesti sentiasa dipertahankan. Kita mesti sentiasa berwaspada," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Senator terkenal daripada Republikan, Mitch McConnell, menegaskan bahawa Trump tetap bertanggungjawab atas insiden rusuhan di Capitol AS pada 6 Januari lalu.

"Tidak timbul pertikaian - tiada - bahawa beliau memang bertanggungjawab secara praktikal dan moral kerana memprovokasi kejadian hari berkenaan," katanya.

Sambil menyifatkan tindakan Trump mendorong insiden itu sebagai 'pengabaian tugas yang memalukan', McConnell berpendapat bekas Presiden terbabit kini boleh didakwa sebagai rakyat biasa.

Beliau menjelaskan, dirinya mengundi untuk Senat membebaskan Trump kerana tindakan mensabitkan beliau dalam perbicaraan pendakwaan itu selepas bukan lagi Presiden, adalah tidak mengikut Perlembagaan. - AFP
Zalim amerika nie Trump dia pi tuduh hahahaha....amerika klau dia buat xpa klau org lain buat terus kena cop xbertamadun
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Pandemik: Biden batalkan arahan Trump sekat beberapa visa

WASHINGTON: Presiden Joe Biden membatalkan perintah eksekutif bekas Presiden Donald Trump yang menggantung beberapa visa ketika pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Penangguhan mengenai sekatan kemasukan dinyatakan dalam Proklamasi 10014 ... tidak membawa kemajuan kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS). Sebaliknya, merugikan termasuk menghalang anggota keluarga tertentu warga Amerika dan penduduk tetap yang sah untuk bersatu dengan keluarga mereka di sini " kata Biden semalam.

Pada Jun 2020, Trump menandatangani proklamasi yang menangguhkan beberapa kategori visa kerja bukan imigran sebagai sebahagian usaha menghidupkan kembali ekonomi AS di tengah pandemik COVID-19.

Ia termasuk visa H-1B untuk bekerja di industri berteknologi tinggi dan pelbagai sektor lain bagi pekerja berkemahiran rendah, pelatih, guru dan pertukaran syarikat.

Sejak memegang jawatan, Biden membatalkan banyak langkah sekatan yang merupakan sebahagian dasar toleransi sifar Trump terhadap pendatang. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Presiden AS hubungi Raja Arab Saudi buat pertama kali

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menghubungi pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz melalui telefon yang pertama kali dibuat pada Khamis, kata Rumah Putih.

Menurut AFP, dalam perbualan antara mereka berdua, Biden membincangkan komitmennya untuk membantu negara tersebut bagi mempertahankan Riyadh daripada serangan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Iran.

Bagaimanapun, Presiden AS itu menegaskan tentang isu hak-hak asasi manusia sejagat yang menjadi keutamaan negara tersebut dan kedaulatan undang-undang semasa perbualan berkenaan berlangsung.

Panggilan telefon itu dibuat sebelum satu laporan perisikan dikeluarkan oleh Washington berhubung kejadian pembunuhan kejam warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Pejabat Konsulat negara beraja itu di Istanbul, Turki pada Oktober 2018.

Khashoggi yang juga merupakan wartawan Washington Post mati dipercayai dibunuh semasa mahu mengambil dokumen kahwin dengan tunangnya yang merupakan warga Turki, Hatice Cengiz.

Menurut portal The Guardian, Rumah Putih menjelaskan bahawa ia menganggap Raja Salman, 85, sebagai rakan sejawatan Biden yang memerintah Arab Saudi.

Penjelasan itu dibuat kerana anaknya yang menjadi Putera Mahkota, Putera Mohammed Salman atau lebih dikenali sebagai MBS dianggap oleh ramai pihak sebagai pemerintah de facto negara tersebut.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan tentang Yemen dan usaha bagi menamatkan perang tersebut yang bermula pada 2014.

Rumah Putih juga berkata, Biden memberikan reaksi yang positif dalam perbualan tersebut berhubung pembebasan aktivis wanita yang memperjuangkan golongan Hawa memandu kenderaan di negara beraja tersebut, Loujain al-Hathloul dan beberapa lagi aktivis AS-Arab Saudi.

Sebelum ini Rumah Putih berkata, perbualan telefon antara Raja Salman dengan Biden akan berlaku tidak lama lagi.

Apabila ia gagal menjadi realiti pada Rabu dan pagi Khamis, dua sumber memberitahu The Guardian bahawa kegagalan tersebut menunjukkan kesukaran Rumah Putih untuk menghubungi pemerintah Arab Saudi itu.

Bagaimanapun, Rumah Putih enggan untuk memberikan komen berhubung perkara tersebut. - Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-AS-hubungi-Raja-Arab-Saudi-buat-pertama-kali
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

Newly elected President of The Unites States Joe Biden's popularity takes a hit. The latest govt has left Joe Biden with some real challenges ahead i.e Nuclear Deal with Iran, Paris Climate Agreement. So, is it an end to Biden's 'honeymoon period?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
AS lulus pakej bantuan COVID-19 AS$1.9 trilion

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan sejumlah AS$1.9 trilion untuk menghidupkan semula ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

Penggubalan rang undang-undang itu adalah pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS, selepas Akta CARES, pakej bantuan bernilai AS$2 trilion tahun pada lalu.

"Ia disifatkan sebagai langkah besar untuk menghidupkan kembali ekonomi AS yang dilanda wabak.

"Perkara ini jelas tidak mudah, tetapi sangat diperlukan," kata Presiden AS, Joe Biden dalam ucapannya di Rumah Putih, selepas rancangan itu dipersetujui mengikut garis panduan parti yang ketat.

Rang undang-undang berkenaan juga adalah satu daripada penambahbaikan dalam sistem penjagaan kesihatan terbesar di AS.

Di samping itu, kerajaan negeri dan tempatan akan menerima bantuan lebih AS$130 bilion, pemberian rangsangan kepada individu yang layak sebanyak AS$1,400, manakala sekolah turut menerima dana yang diharapkan Demokrat akan mendorong pemulihan ekonomi yang lebih pantas.

Pelan bantuan itu akan kembali ke Dewan, di mana undian bakal diadakan pada Selasa.

Demokrat berharap undang-undang itu akan diluluskan minggu depan.

Biden sebelum ini memberi amaran bahawa jumlah angka kematian di AS boleh melebihi 600,000 orang.

Namun, ada tanda berlaku kemajuan di AS dan di seluruh dunia berikutan jangkitan menurun dengan cepat dan penghantaran vaksin meningkat dengan stabil. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

President Joe Biden delivered remarks after the Senate passed a COVID-19 rescue plan, calling it a “giant step forward” in helping Americans.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Dilema pentadbiran Joe Biden

TENTERA Amerika Syarikat (AS) dijangka berundur dari Afghanistan dalam tempoh dua bulan lagi. Dalam Perjanjian AS-Taliban yang ditandatangani pada 29 Februari 2020, AS bersetuju mengurangkan bilangan tentera di Afghanistan kepada 2,500 anggota dan pengunduran sepenuhnya pada 1 Mei 2021, manakala Taliban bersetuju tidak akan memberi pelindungan kepada kumpulan al-Qaeda atau mana-mana kumpulan yang mampu menganggu-gugat keselamatan dan kepentingan AS.

Taliban juga berjanji mengadakan rundingan dengan kerajaan Afghanistan untuk mencapai penyelesaian dan genjatan senjata yang berkekalan. Syarat ketiga iaitu rundingan antara Taliban dan kerajaan Afghanistan sedang diadakan di Doha, Qatar. Namun, sehingga kini rundingan itu belum mendatangkan hasil.

Malah, pihak Taliban telah meminta agar rundingan ditangguhkan. Cabaran bagi AS adalah untuk memastikan rundingan damai Taliban-Afghanistan terus berlangsung sehingga mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak.

Cabaran terbesar bagi AS di Afghanistan adalah pengunduran tentera sepenuhnya. Pentadbiran Presiden Joe Biden terpaksa memikul beban campur tangan AS ke Afghanistan. Tentera AS telah mula menduduki Afghanistan sejak Oktober 2001 apabila bekas pentabiran Presiden George Bush Jr telah menceroboh Afghanistan dalam usaha memerangi kumpulan al-Qaeda.

Konflik di Afghanistan telah mengakibatkan ramai nyawa terkorban.

Perjanjian AS-Taliban 2020 dibuat ketika pentadbiran Presiden Donald Trump dan kini pentadbiran baharu di bawah Biden berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan persetujuan mengundurkan 2,500 anggota tentera AS, kemudian diikuti 5,000 lagi anggota tentera daripada Organisasi Perjanjian Atlantik Utara atau North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Kedua-duanya bukan pilihan mudah kerana memberi kesan negatif kepada pentabiran Biden.

Pertama, sekira Biden memilih untuk mengundurkan tentera AS dari Afghanistan, besar kemungkinan Taliban akan mempergunakan peluang itu untuk bangkit secara besar-besaran menjatuhkan kerajaan Afghanistan pimpinan Presiden Ashraf Ghani yang masih tidak stabil. Kerajaan Afghanistan akan menjadi lebih goyang setelah tentera AS berundur.

Afghanistan juga berhadapan caba-ran korupsi yang berleluasa disebabkan masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk.

Cabaran korupsi telah mengakibatkan sumbangan antarabangsa seperti makanan, ubat-ubatan dan alat pemanas yang disalur oleh pertubuhan antarabangsa serta organisasi bukan kerajaan tidak sampai kepada orang awam, sebaliknya dilesapkan oleh sesetengah anggota kerajaan Afghanistan yang menjualnya semula di pasaran gelap.

Masalah itu menyebabkan ramai penduduk Afghanistan telah hilang keyakinan terhadap kerajaan yang mereka anggap sebagai boneka kepada AS.

Justeru, mereka lebih bersimpati dengan perjuangan Taliban. Pengalaman lalu telah membuktikan sebaik sahaja pengunduran Soviet Union dari Afghanistan pada 1989, Presiden Mohammad Najibullah telah digulingkan oleh Taliban pada 1992. Perkara sama mungkin berlaku kepada Ashraf Ghani jika tentera AS benar-benar berundur.

AS juga bimbang jika tentera mereka berundur, ia akan menimbulkan keadaan kekosongan kuasa atau power vacuum dan China berpotensi mengisi kekosongan itu.

China menunjukkan minat untuk melabur dan membangunkan Afghanistan. Kedua, pentadbiran Biden memilih meneruskan penempa-tan tentera di Afghanistan. Ia bererti Biden melanggar syarat Perjanjian AS-Taliban 2020.

Walaupun AS kini berada di bawah pentadbiran baharu, namun ia harus menghormati perjanjian antarabangsa terdahulu.

AS sedar konflik di Afghanistan sudah menjadi ‘duri dalam daging’ selagi tentera AS tidak berundur. Selain itu, ramai rakyat AS tidak mahu AS terus terlibat dalam konflik di Afghanistan dan inginkan tentera AS ditarik balik.

Biden sudah pasti akan mendapat kritikan hebat daripada rakyat AS sendiri jika enggan mematuhi syarat pengunduran tentera.

Afghanistan sudah terkenal dengan nama jolokan graveyard of empires kerana sejarah telah membuktikan empayar luar mudah untuk menceroboh dan menawan Afghanistan tetapi terpaksa berhadapan tentangan hebat daripada penduduk tempatan sehingga ditewaskan dan terpaksa berundur dengan kos tinggi seperti Empayar British, Soviet Union dan sekarang AS!

* Dr Roy Anthony Rogers ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127245/KOLUMNIS/Dilema-pentadbiran-Joe-Biden
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register