USD MYR 4.12450 BTC MYR 259,041 Gold MYR 7,283.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Joe Biden Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

Biden announces memo on protecting LGBTQ rights globally, restore refugee admission program | FULL
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Trump enggan beri keterangan

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, enggan memberi keterangan dalam perbicaraan pendakwaan terhadapnya.

Beliau enggan berbuat demikian selepas dipanggil oleh pihak pendakwa raya Dewan Senat untuk memberikan bukti, dengan menyifatkan proses itu sebagai 'tidak mengikut perlembagaan'.

Peguam Trump memperlekehkan permintaan melalui sepucuk surat oleh ketua pendakwa raya, Jamie Raskin, untuk bekas Presiden itu menjawab soalan berhubung serangan di Capitol AS pada 6 Januari lalu, dengan menyifatkannya sebagai 'aksi perhubungan awam'.

"Surat anda hanya mengesahkan apa yang sedia diketahui oleh semua orang: anda tidak dapat membuktikan tuduhan anda terhadap Trump," kata peguam, Bruce Castor dan David Schoen, dalam maklum balas mereka.

Peguam terbabit tidak menyatakan sama ada bekas pemimpin itu mahu memberi keterangan tetapi penasihat kanan kepada Trump, Jason Miller berterus terang bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.

"Beliau (Trump) tidak akan memberikan keterangan dalam prosiding yang tidak mengikut perlembagaan," kata Miller kepada AFP.

Penolakan itu dibuat lima hari sebelum perbicaraan Trump atas dakwaan 'menghasut pemberontakan' diadakan dalam Senat AS. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Biden ramal persaingan sengit dengan China, bukan konflik

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menjangkakan persaingan AS dengan China akan berbentuk satu persaingan sengit, dan bukannya konflik antara dua kuasa besar dunia itu.

Biden dalam wawancara CBS yang disiarkan semalam, berkata beliau tidak berkomunikasi dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping sejak dia menjadi Presiden AS.

"Beliau sangat kuat. Beliau tidak mempunyai - dan saya tidak bermaksud itu sebagai kritikan, hanya kenyataan - beliau tidak mempunyai demokratik.

"Saya mengatakan kepadanya selama ini, bahawa kita tidak perlu wujudkan konflik. Tetapi akan ada persaingan yang sengit.

"Tindakan saya tidak seperti Trump. Kami akan memberi tumpuan kepada peraturan antarabangsa," katanya.

Di Washington, China dianggap musuh strategik nombor satu AS dan cabaran utama di pentas dunia.

Pentadbiran Trump dahulu memilih konfrontasi terbuka dan serangan lisan, tanpa hasil nyata yang serius untuk defisit perdagangan AS yang besar dengan China. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
AS tidak akan tarik balik sekatan sehingga Iran patuhi perjanjian nuklear

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan beliau tidak akan menarik balik sekatan terhadap Iran selagi republik Islam itu tidak mematuhi komitmen perjanjian nuklearnya.

Ketika ditanya adakah beliau akan menghentikan sekatan bagi meyakinkan Iran untuk kembali ke meja rundingan, Biden dengan tegas mengatakan "Tidak" ketika di wawancara CBS yang disiarkan semalam.

Beliau kemudian mengangguk apabila ditanya sama ada pihak Iran yang perlu terlebih dahulu berhenti memperkayakan uranium.

Perjanjian 2015 digantung sejak keputusan Donald Trump untuk menarik diri pada 2018 dan mengenakan sekatan ke atas Teheran.

Setahun kemudian, Teheran menggantung pematuhan terhadap komitmen perjanjian nuklear itu.

Pentadbiran Biden menyatakan kesediaan untuk kembali ke meja rundingan tetapi menegaskan bahawa Teheran perlu terlebih dahulu kembali mematuhi sepenuhnya.

Pada 4 Januari, Iran mengumumkan keputusan mereka meningkatkan proses pengayaan uranium menjadi 20 peratus jauh di atas tahap 3.67 peratus yang dibenarkan oleh perjanjian itu, tetapi jauh di bawah jumlah yang diperlukan untuk bom atom. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Biden lancar siri perbualan bersama rakyat AS

WASHINGTON: Presiden Joe Biden melancarkan siri perbualan bersama rakyat biasa Amerika Syarikat (AS), semalam, dengan menghubungi seorang wanita yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Semalam, jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, memaklumkan usaha baharu akan dilancarkan untuk Biden berkomunikasi secara langsung dengan rakyat AS dari semasa ke semasa.

Berikutan pandemik COVID-19, perbualan terbabit dibuat melalui panggilan telefon dari Pejabat Oval di Washington kepada seorang ibu dikenali sebagai Michele di Roseville, California.

Wanita itu telah menulis surat kepada Biden untuk mengadu kesukaran dihadapinya selepas hilang pekerjaan akibat krisis ekonomi susulan penularan wabak berkenaan.

"Seperti yang ayah saya pernah kata, sesuatu pekerjaan itu adalah lebih daripada sekadar mengenai gaji.

"Ia adalah mengenai perasaan hormat anda, kedudukan anda dalam masyarakat," kata Biden kepada Michele.

Video panggilan telefon itu kemudian dimuat naik oleh Rumah Putih.

Biden turut mengambil kesempatan mempromosikan pakej rangsangan ekonomi bernilai AS$1.9 trilion dan kempen vaksinasi bawah pentadbirannya.

"Kami sangat gembira kerana anda memfokus perkara itu," kata Michele sambil memaklumkan ibu bapanya baru saja membuat temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi siri perbualan baharu terbabit, Biden berusaha menunjukkan empati beliau - dan menampilkan sisi berbeza daripada bekas Presiden, Donald Trump yang didakwa pengkritik sebagai tidak mempedulikan nasib jutaan rakyat AS yang terkesan dengan krisis ekonomi serta kesihatan. - AF
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,762
Reaction score
638
Points
126
padan muka korang. kutuk trump sampai tramp kalah. sekarang naik pula gay bidin dengan lbgtqwerty first
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Trump desak perbicaraan salah laku ditolak, dakwa tidak masuk akal

WASHINGTON: Kes salah laku bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempunyai kecacatan dari segi perlembagaan dan tidak masuk akal untuk menuduh beliau bertanggungjawab di atas insiden rusuhan di Capitol AS, demikian dihujahkan pasukan pembelaan semalam menjelang perbicaraan kes berkenaan.

Bagaimanapun dalam hujahan pendakwaan pada peringkat praperbicaraan, Demokrat menyatakan Trump melakukan jenayah perlembagaan yang paling besar dalam sejarah 232 tahun kepresidenan AS, apabila menghasut penyokong untuk menceroboh Kongres pada 6 Januari lalu.

Dewan Perwakilan mendakwa Trump untuk kali kedua pada bulan lalu kerana peranannya dalam pengepungan Capitol AS oleh penyokongnya, dan perbicaraan terhadapnya bermula hari ini dengan 100 anggota Senat bertindak sebagai juri.

Walaupun Trump seorang tokoh politik dengan imej yang buruk, beliau tunggak kekuatan dalam Parti Republikan.

Dituduh dengan pendakwaan menghasut pemberontakan, beliau berkemungkinan terlepas sabitan sekali lagi kerana mempunyai sokongan yang kuat terhadap parti dalam Senat.

Bagaimanapun, peguamnya berhujah dalam pemfailan akhir praperbicaraan bahawa perlembagaan tidak memberikan Dewan bidang kuasa untuk membicarakan seorang bekas presiden.

Menurut peguamnya, Bruce Castor, David Schoen dan Michael T. van der Veen dalam dokumen pemfailan, Senat harus menolak tuduhan itu dan membebaskan presiden kerana jelas ia bukan kehendak penggubal undang-undang atau apa yang dibenarkan oleh perlembagaan.

"Menurutkan kehendak Demokrat bagi memenuhi sandiwara politiknya adalah berbahaya bagi demokrasi Republik dan hak yang selama ini kita pegang," katanya.

Katanya, pasukan pembelaan menggunakan bahasa yang lemah dalam ringkasan setebal 78 halaman dengan menyatakan tidak masuk akal untuk berhujah bahawa Trump menggerakkan orang ramai untuk melakukan kejahatan ganas, kerana mereka bertindak atas kemahuan sendiri.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal untuk membicarakan bekas presiden kerana tidak boleh memecatnya berikutan beliau kini hanya rakyat biasa yang tidak lagi memegang jawatan.

Presiden Joe Biden, yang menggantikan Trump pada 20 Januari lalu, ketika ditanya wartawan semalam enggan mengulas sama ada Trump harus didapati bersalah atau dinafikan hak untuk memegang jawatan politik di masa hadapan.

"Kita biarkan Senat menentukannya," katanya.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki kemudian memberitahu wartawan bahawa Biden menentang Trump pada tahun 2020 kerana merasa beliau tidak layak untuk jawatan itu.

"Tetapi beliau (Biden) akan menyerahkan kepada Senat untuk melihat prosiding salah laku ini berlangsung", katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Senat AS undi teruskan perbicaraan dakwa Trump

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengundi untuk meneruskan perbicaraan mendakwa bekas Presiden, Donald Trump, sekali gus menolak hujah pihak pembelaan bahawa ia tidak mengikut Perlembagaan.

Peguam bela berhujah, Trump tidak harus berdepan perbicaraan dalam Senat atas dakwaan menghasut pemberontakan kerana beliau sudah bukan lagi Presiden.

Bagaimanapun, hasil pengundian mencatat keputusan 56-44 bagi meneruskan perbicaraan itu, dengan enam ahli Republikan turut menyokong bersama pihak Demokratrik.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
US: In Senate, Democrats show unseen videos of attack on the Capitol hill

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register