InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,972
- Reaction score
- 4,386
- Points
- 601
Paramedik di Los Angeles memasukkan pesakit disyaki penghidap COVID-19 ke dalam ambulans di California, pada Khamis. - Foto AFP
Biden arah kuarantin, pemakaian pelitup muka diperluas
WASHINGTON: Pelancong ke Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani kuarantin apabil tiba ke negara itu, manakala pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam kebanyakan kereta api, kapal terbang dan bas.
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan perkara itu semalam, selepas menandatangani beberapa arahan eksekutif baharu untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.
Pemimpin baharu di negara paling teruk dilanda COVID-19 itu menjadikan usaha menentang coronavirus sebagai antara keutamaannya, menyifatkan perkara itu sebagai 'janji pada zaman perang', ketika bercakap kepada wartawan dari Pejabat Oval.
Lebih 408,000 penduduk AS meninggal dunia akibat wabak itu, iaitu lebih daripada kematian tentera yang direkodkan negara itu ketika Perang Dunia Kedua.
"Selain pemakaian pelitup muka, semua orang yang terbang ke AS dari negara lain perlu menjalani ujian saringan sebelum menaiki pesawat, sebelum berlepas dan dikuarantin apabila tiba ke AS," katanya.
Syarat melaksanakan ujian saringan itu pernah diumumkan oleh pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump, namun kuarantin hanya galakan.
Arahan baharu Biden itu dibuat ketika lebih banyak varian baharu virus itu yang lebih mudah berjangkit dikesan di seluruh dunia, antaranya mutasi dari Afrika Selatan yang mencetus kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin.
Biden memaklumkan sudah menandatangani arahan baharu untuk memperluas peraturan pemakaian pelitup muka bagi perjalanan antara negeri menerusi kereta api, kapal terbang dan bas.
Langkah itu adalah sebahagian daripada strategi kebangsaan Biden dalam dokumen 200 halaman, yang antaranya menggariskan jangkaan vaksinasi, ujian, pelajar kembali ke sekolah dan membina kembali kepercayaan dengan orang ramai.
Presiden AS itu turut meminta peruntukan AS$1.9 trilion (RM7.6 trilion) daripada Kongres untuk pakej bantuan COVID-19.
Pentadbiran baharu AS juga mahu melaksanakan undang-undang kecemasan dipanggil Akta Pertahanan Penghasilan, untuk meningkatkan output vaksin dan perubatan lain oleh industri, serta mewujudkan ribuan lagi pusat ujian saringan COVID-19.
Biden menjangka program vaksinasi farmasi persekutuan bermula 'menjelang 7 atau 8 Februari'. - AFP