Joe Biden Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

WASHINGTON - Pilihan raya umum Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat media, lapor agensi berita Sputnik.

"Pilihan raya umum akan diadakan pada 3 November," kata Trump pada Jumaat apabila ditanya sama ada pandemik koronavirus (Covid-19) akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan.

Trump berkata, beliau tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara pos dan mahu ia dijalankan di ruang pusat mengundi. - Bernama

 
US-JOE-BIDEN-SWORN-IN-AS-46TH-PRESIDENT-OF-THE-UNITED-STATES-AT-_1611163417.jpg


Biden angkat sumpah Presiden

WASHINGTON: Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts, di bangunan Capitol, Washington DC.

Terdahulu, Kamala Harris, 56, selaku wanita pertama dan individu pertama berketurunan Asia Selatan yang dilantik sebagai Naib Presiden AS, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor.

Bekas Presiden AS, Donald Trump, meninggalkan Washington tiga jam sebelum Biden mengangkat sumpah, sekali gus menjadi presiden pertama dalam 150 tahun yang tidak menghadiri majlis pelantikan penggantinya.

Biden, yang juga bekas naib presiden AS dan Senator veteran, dilantik Presiden AS ke 46 di bangunan Capitol, lokasi sama yang melihat penyokong Trump merusuh dua minggu lalu membantah keputusan pilihan raya presiden AS pada 3 November lalu.

Kemenangan ini adalah penantian 34 tahun Biden, yang pertama kali mencuba nasib bertanding bagi jawatan Presiden AS pada 1987 dan pada usia 78 tahun, beliau juga adalah Presiden AS yang tertua.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah 200 tahun, upacara angkat sumpah Presiden AS dan Naib Presiden dipilih, Kamala Harris, kurang meriah kerana kehadiran orang ramai terpaksa dihadkan berikutan pandemik COVID-19.

Malah, tragedi rusuhan penyokong Trump dua minggu lalu mendorong pihak berkuasa mengerahkan 25,000 anggota berkawal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Laman di hadapan bangunan Capitol dihiasi kira-kira 200,000 bendera sebagai petanda simbolik menggantikan orang ramai yang tidak dapat dijemput bagi memeriahkan cara itu.

Sementara itu, Trump meminta rakyat AS mendoakan kejayaan pentadbiran yang bakal diterajui penggantinya, Biden, dalam ucapan menerusi rakaman video selepas hampir dua minggu menghilang. - AFP

Kongres AS sahkan Biden menang, Trump sedia berundur


WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) hari ini secara rasmi mengesahkan Joe Biden sebagai Presiden AS ke 46 dan akan mengangkat sumpah jawatan 20 Januari ini.

Ia secara langsung menjadi tamparan buat Donald Trump, yang pengikutnya menyerbu Capitol semalam mencetuskan kekecohan, dalam usaha terdesak 'merampas kuasa' bagi memastikan pemimpin mereka kekal dalam jawatan.

Pada masa sama, Trump turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akur dengan keputusan Kongres dan berikrar akan memastikan 'perubahan kuasa yang licin'

Penggubal undang-undang di Senat dan Dewan Perwakilan menolak usaha Republikan menafikan kemenangan Biden dalam pilihan raya presiden, disusuli sorakan kegembiraan apabila pengesahan itu diumumkan sebentar tadi.

Pengesahan kemenangan Biden dengan 306 undi berbanding 232 undi bagi Trump pada November lalu itu, menutup pintu kepada usaha kontroversi beliau dan pengikutnya untuk mengubah keputusan pilihan raya presiden AS 2020.

Namun, Presiden AS itu masih membayangkan akan terus terbabit dalam politik, dengan spekulasi beliau mungkin bertanding semula pada 2024.

"Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya presiden, perubahan kuasa akan tetap berjalan lancar pada 20 Januari nanti.

"Saya selalu mengatakan kami akan meneruskan perjuangan bagi memastikan hanya undi yang sah dikira.

"Walaupun ini menandakan berakhirnya penggal pertama terhebat dalam sejarah Presiden AS, ia hanya permulaan kepada perjuangan memastikan AS kembali hebat," katanya.

Pengesahan itu dibuat beberapa jam selepas perusuh menerobos masuk ke Capitol Hill menyebabkan penggubal undang-undang bertempiaran lari, sebelum kembali semula untuk menyempurnakan tugas.

Sekurang-kurangnya empat penyokong tegar Trump maut dalam rusuhan keganasan di bangunan Capitol Hill, termasuk seorang wanita dikenali sebagai Ashli Babbitt, yang juga veteran tentera pernah dengan Tentera Udara AS.

Menurut Ketua Polis Washington DC, Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor agensi berita Anadolu.

Tambah beliau, empat mangsa termasuk dua wanita dan dua lelaki maut ketika rusuhan di Capitol tetapi baki tiga lagi mangsa maut akibat masalah kesihatan lain.

"Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah dan setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah perintah berkurung.

"Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik selain senjata api serta bom botol di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol," katanya.

Kekecohan di Capitol itu turut mengundang kecaman antarabangsa dengan ramai pemimpin dunia mengutuk perbuatan yang tidak menghormati proses demokrasi itu. - AGENSI

gettyimages-1230461173_wide-46e5208d562913ec64a223afbac26312b7bf9e1e-s800-c85.jpg


Congress Certifies Biden Victory; Trump Pledges 'Orderly Transition' On Jan. 20

Congress certified President-elect Joe Biden and Vice President-elect Kamala Harris' victory early on Thursday, the end of a long day and night marked by chaos and violence in Washington, in which extremists emboldened by President Trump sought to thwart the peaceful transfer of power that has been a hallmark of modern American history by staging a violent insurrection inside the U.S. Capitol.

"To those who wreaked havoc in our Capitol today, you did not win," Vice President Mike Pence said, once lawmakers reconvened after many spent hours in lockdown. "Violence never wins. Freedom wins, and this is still the people's house."

Biden and Harris finished with 306 electoral votes, while Trump and Pence had 232. It takes 270 electoral votes to win the presidency.

In a statement released just after the certification was finalized, Trump at long last acknowledged his election loss. He said that even though he disagrees with the outcome, "there will be an orderly transition on January 20th."

"I have always said we would continue our ... fight to ensure that only legal votes were counted. While this represents the end of the greatest first term in presidential history, it's only the beginning of our fight to Make America Great Again!"

Dozens of Republican House lawmakers, along with some Republican senators supportive of President Trump, had planned to object Wednesday to the electoral votes of as many as six states that backed Biden.

But late Wednesday night, some Senate Republicans withdrew their objections. Each objection requires the backing of a member of both the House and the Senate to be considered. Sens. Steve Daines of Montana, Mike Braun of Indiana and Kelly Loeffler of Georgia all said that they would stand down.

"I cannot now, in good conscience, object to the certification of these electors," Loeffler said Wednesday, drawing applause from some of her colleagues. Loeffler was one of two Republicans who lost their races on Tuesday, giving Democrats control of the U.S. Senate.

Missouri Republican Sen. Josh Hawley, who took up President Trump's call that lawmakers object to the results of the election, said Wednesday night that the Senate should consider his objections, but that they should be debated "without violence, without attacks, without bullets."

Senate lawmakers voted late Wednesday to reject the challenge to Biden's victory in the state of Arizona, and the House followed suit, but with many Republicans in favor of overturning the state's results. A similar result played out in the state of Pennsylvania, with both chambers voting to reject the challenge to Biden's victory there.


Republican House lawmakers also objected to the electoral votes in Georgia, Michigan,


Joe Biden | Here in detail is where the president-elect stands on eight key issues.

_113946471_coronavirus_640x100-nc.png


A national test and trace programme

Mr Biden's approach to tackling coronavirus, the most immediate and obvious challenge facing the country, is to provide free testing for all and hire 100,000 people to set up a national contact-tracing programme.

He says he wants to establish at least 10 testing centres in every state, call upon federal agencies to deploy resources and give firmer national guidance through federal experts. He says all governors should mandate wearing masks.
Voters suspicious of federal authority will see this as overreach, but it lies very much in line with Mr Biden's and Democrats' general view on the role government should play.

_113946472_jobs_money_640x100-nc.png


Raise minimum wage and invest in green energy

To address the immediate impact of the coronavirus crisis, Mr Biden has vowed to spend "whatever it takes" to extend loans to small businesses and increase direct money payments to families. Among the proposals are an additional $200 in Social Security payments per month, rescinding Trump-era tax cuts and $10,000 of student loan forgiveness for federal loans.

Mr Biden's broader economic policies, dubbed his "Build Back Better" plan, aim to please two constituencies that traditionally support Democrats - young people and blue collar workers.

He supports raising the federal minimum wage to $15 (£11.50) an hour - a measure that is popular among young people and that has become something of a totem figure for the party in 2020, and a sign of its move to the left. He also wants a $2tn investment in green energy, arguing that boosting green manufacturing helps working class union workers, who perform most of those jobs.

There is also a $400bn pledge to use federal dollars to buy American goods, alongside a wider commitment to enforce "Buy American" laws for new transport projects. Mr Biden was previously criticised for backing the North American Free Trade Agreement (Nafta), which critics say shipped jobs overseas.

His 2020 plan calls for the federal government to invest $300bn in US-made materials, services, research and technology.

_113946473_race_640x100-nc.png


Criminal justice reform, grants for minority communities

In the wake of the race protests that have gripped the US this year, he said he believes that racism exists in the US and must be dealt with through broad economic and social programmes to support minorities. A pillar of his "build back" programme is to create business support for minorities through a $30bn investment fund.

On criminal justice, he has moved far from his much-criticised "tough-on-crime" position of the 1990s. Mr Biden has now proposed policies to reduce incarceration, address race, gender and income-based disparities in the justice system, and rehabilitate released prisoners. He would now create a $20bn grant programme to incentivise states to invest in incarceration reduction efforts, eliminate mandatory minimum sentences, decriminalise marijuana and expunge prior cannabis convictions, and end the death penalty.

However, he has rejected calls to defund police, saying resources should instead be tied to maintaining standards. He argues that some funding for police should be redirected to social services like mental health, and calls for a $300m investment into a community policing programme.

_113946474_climate_640x100-nc.png


Rejoin global climate accord

Mr Biden has called climate change an existential threat, and says he will rally the rest of the world to act more quickly on curbing emissions by rejoining the Paris Climate Accord. The agreement, which Donald Trump withdrew from, committed the US to cutting greenhouse gases up to 28% by 2025, based on 2005 levels.

Though he does not embrace the Green New Deal - a climate and jobs package put forward by the left wing of his party - he is proposing a $1.7tn federal investment in green technologies research, some of which overlaps with the funding in his economics plan, to be spent over the next 10 years, and wants the US to reach net zero emissions by 2050 - a commitment that was made by more than 60 other countries last year. China and India, the two other biggest carbon emitters, have yet to join the pledge. The investments dovetail with his economic plan to create jobs in manufacturing "green energy" products.

_113946475_foreign_policy_640x100-nc.png


Restore America's reputation... and maybe take on China

Mr Biden wrote that as president, he would focus on national issues first. That said, there is little to suggest that Mr Biden's values on foreign policy have shifted away from multilateralism and engagement on the world stage, in opposition to Mr Trump's unabashedly isolationist one. He has also promised to repair relationships with US allies, particularly with the Nato alliance, which Mr Trump has repeatedly threatened to undermine with funding cuts.

The former vice-president has said China should be held accountable for unfair environment and trade practices, but instead of unilateral tariffs, he has proposed an international coalition with other democracies that China "can't afford to ignore", though he has been vague about what that means.

_113946476_health_640x100-nc.png


Expand Obamacare

Mr Biden says he will expand the public health insurance scheme passed when he was President Barack Obama's deputy, and implement a plan to insure an estimated 97% of Americans. Though he stops short of the universal health insurance proposal on the wish lists of the more left-wing members of his party,

Mr Biden promises to give all Americans the option to enrol in a public health insurance option similar to Medicare, which provides medical benefits to the elderly and to lower the age of eligibility for Medicare itself from 65 to 60 years old. The Committee for a Responsible Federal Budget, a non-partisan group, estimates that the total Biden plan would cost $2.25tn over 10 years.

_113947064_immigration_640x100-nc.png


Undo Trump's policies

In his first 100 days in office, Mr Biden promises to reverse Trump policies that separate parents from their children at the US-Mexican border, rescind limits on the number of applications for asylum and end the bans on travel from several majority-Muslim countries. He also promises to protect the "Dreamers" - people brought illegally to the US as children who were permitted to stay under an Obama-era policy - as well as ensure they are eligible for federal student aid.

_113947065_education_640x100-nc.png


Universal pre-school, expand free college

In a notable shift to the left, he has endorsed several big pieces of education policy that have become popular within the party - student loan debt forgiveness, expansion of tuition-free colleges, and universal preschool access. These would be paid using money gained back from withdrawing the Trump-era tax cuts.


Untitled.jpg

Terkini ,,,,,,,,,,,,,

Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Calon Demokrat, Joe Biden mencipta sejarah apabila berjaya menumbangkan calon Republikan, Donald Trump untuk memasuki Rumah Putih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46.

Biden mencipta kemenangan itu selepas Associated Press melaporkan Pennsylvania dan Nevada yang masing-masing menawarkan 20 dan enam undi elektoral sah menjadi milik Demokrat.

Dengan kemenangan di dua negeri panas itu, Biden berjaya memperoleh 290 undi elektoral mengatasi jumlah 270 undi yang ditetapkan sebagai majoriti mudah.

Trump pula terpaksa menelan kekalahan pahit selepas masih tersekat sejak kelmarin dengan angka 214 undi elektoral.

Walaupun kiraan undi di beberapa negeri panas seperti North Carolina, Alaska dan Georgia masih belum tamat, namun dengan 290 undi elektoral sudah cukup untuk membolehkan Biden menang bergaya.

Dengan kemenangan itu juga, Biden mencipta rekod sebagai Presiden AS yang tertua dalam sejarah pada usia 77 tahun selain Presiden yang mengumpul undi popular paling tinggi sebanyak lebih 74 juta.

"Saya berbesar hati dan merendah diri dengan kepercayaan rakyat Amerika yang telah meletakkan saya dan Naib Presiden, Harris (Kamala Harris)," kata Biden dalam satu kenyataan.

"Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jumlah rakyat Amerika keluar mengundi, membuktikan sekali lagi bahawa demokrasi masih berada dalam hati rakyat Amerika."

Beliau menambah: "Kita adalah Amerika Syarikat. Dan tidak ada apa-apa yang kita tidak boleh lakukan, jika kita melakukannya bersama-sama."

Para penyokong Demokrat kini mula membanjiri jalanan di seluruh negara untuk menyambut kemenangan Biden yang berjaya membawa gelombang biru di AS selepas empat tahun negara Uncle Sam itu berwarna merah iaitu warna sinonim parti Republikan.

Tidak ketinggalan beratus-ratus penunjuk perasaan anti-Trump juga berkumpul di hadapan Rumah Putih, walaupun presiden itu kini dilaporkan bermain golf di Virginia.

Dalam pada itu, perhimpunan pro-Trump juga diadakan di beberapa negeri. Di Michigan, beratus-ratus penyokong Trump berkumpul di luar Bangunan Capitol, melaungkan 'empat tahun lagi' kira-kira sejam selepas perlumbaan ke White House bertemu pemenangnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/109086/GLOBAL/Trump-Youre-fired-Biden-kini-Presiden-AS
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Presidential Election Results

Untitled.jpg


Untitled.jpg



Everything you need to know about US elections – in infographics

The presidential race is not the only one on Election Day ballots across the United States.

In addition to voting for their new president, Americans will also choose candidates in various federal, state and local elections.

Among the federal races are elections for the US House of Representatives and Senate, the two houses that make up the federal legislature known as the US Congress.

The US House of Representatives

Voters across all 50 states will be electing legislators for the House of Representatives. There are 435 seats in total and each seat is up for election every two years.


This year’s legislative elections are even more important than usual. That is because they are the last before a new round of redistricting based on the results of the 2020 Census. Each state’s allocated number of House members is determined by its population, so if a state loses or gains residents in the new Census, they stand to lose or gain seats in the House.

The US Senate

There also 35 seats in the Senate up for election this year, roughly one-third of the 100-seat body. Around a dozen of those 35 are competitive seats and each is extremely important as Republican control of the chamber is at stake. Currently, the Republicans have a 53-47 advantage. If the Democrats can gain four seats, they will guarantee a takeover of the Senate majority.

Governors’ races

The most important non-federal elections this year will choose governors who run the executive branches of each individual state government.

Voters in 11 states and two territories, Puerto Rico and American Samoa, will elect governors this election day.

US-elections-2020_3_INTERACTIVE-US-elections-Key-Contents.jpg


What is the Electoral College?

In the US, the president and vice president are not directly elected by voters, as laid out in the US Constitution. When voters make their presidential choice on their ballot, they are really voting for a slate of “electors”, who, after the votes are counted and certified, are pledged to vote for a presidential and vice-presidential candidate.

These electors actually cast the deciding votes for the presidential and vice-presidential candidates during a meeting of the Electoral College.

In 48 states, these electors “pledge” to vote for the presidential and vice-presidential candidates that receive the most votes in their respective state.

Two states – Maine and Nebraska – have slightly different systems: Two electors “pledge” to vote for the candidate that wins the state’s overall popular vote, while the remaining electors are allocated to the winner in each congressional district.

While the presidential election is on November 3, the Electoral College will vote on December 14.

Battleground-States-US-elections-2020_3_INTERACTIVE-Electoral-College.jpg


The number of electors is equal to the number of US House members plus two, the number of US Senators in each state. There are a total of 538 electors: 535 from the 50 states and three from the District of Columbia, which is the federal capital and not a state, per the constitution. Prior to 1961, when a constitutional amendment allotted Washington, DC, three electoral votes, residents of the district did not have a say in presidential elections.

INTERACTIVE-US-elections-Electoral-College-in-numbers2-01.jpg


What are Battleground States?

Because certain states regularly vote Democratic or Republican, those states are given much less attention by presidential candidates than the states where polling is very close.

Those so-called “battleground” states, also known as “swing states” or “toss-up” states, of which there are about a dozen every four years, hold disproportionate sway in US presidential elections.

Election analysts consider states battlegrounds where the margin of victory is expected to be fewer than five percentage points.

By November 2, more than 94 million Americans had already cast their ballots either by in-person early voting or by mail – a process expanded in many areas amid the COVID-19 pandemic.

That number represents more than 68 percent of the total number of votes cast in the 2016 presidential election. Nearly 60 percent of voting-eligible Americans have participated in recent presidential elections, though some are predicting the number will rise this year.

Early voting numbers in both Hawaii and Texas are higher than their total overall voter turnout in 2016.

Here is what the electoral map looks like at the moment:

Electoral-College-forecasts-01.jpg


How large is voter turnout in US presidential elections?

Voter turnout for US presidential elections has hovered around 60 percent of the voting-eligible population in recent elections. In 2016, 60.1 percent of eligible voters turned out, which was up from 58.6 percent in 2012, but down from 61.6 percent in 2008.

A shift in recent voting patterns due to states allowing more opportunities for voters to cast early ballots has been accelerated this year because of the pandemic.

Battleground-States-US-elections-2020_3_INTERACTIVE-US-elections-Voter-History.jpg

Attachments

Last edited:
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,798
Reaction score
1,884
Points
201
Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS
Ibrahim Sani, Astro Awani |
Diterbitkan pada
April 08, 2020 23:46 MYT


Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS

Sanders mengundurkan diri setelah mengalami kekalahan berturut-turut dengan Biden / Foto Arkib


KUALA LUMPUR: Senator Bernie Sanders telah mengundurkan diri dalam pertarungan calon bagi parti Demokratik Amerika Syarikat (AS) untuk merebut jawatan Presiden dalam pilihan raya umum negara itu bulan November ini.

Sanders, seorang calon Sosialis Demokratik yang membuat percubaan keduanya untuk jawatan presiden itu akan menarik diri selepas beberapa kekalahan kepada Mantan Naib Presiden AS, Joseph R. Biden Jr, yang muncul sebagai calon presiden parti Demokrat, untuk pemilihan umum pada akhir tahun ini.

Senator Bernie Sanders dari Vermont melepaskan persaingan merebut tiket sebagai calon parti Demokrat pada Rabu.

BACA: Persaingan Demokrat, Biden dahului Sanders di Michigan


Beliau mengatakan bahawa usaha untuk memasuki White House bermula sejak lima tahun lalu.

Analisis: Mengapa Sanders kalah?

Strategi yang digunakan oleh Senator Sanders dalam pemilihan parti kali ini adalah sama dengan yang digunakan pada 2016, iaitu untuk menarik perhatian anak muda.

Namun demikian, dari segi suara kolektif yang diguna pakai oleh Biden, ahli-ahli parti Demokrat lebih senang jika calon parti mereka merupakan seorang calon yang mampu untuk menawan hati segelintir penyokong Parti Republikan.

Corak dan gaya retorik Sanders, yang berhaluan sangat kiri, berbanding dengan cara Biden, iaitu berhaluan tengah, telah mendapat ramai pemimpin parti Demokrat untuk menyokong Biden.

Sehingga kini, Sanders tidak mampu untuk meraih sokongan ahli-ahli kanan parti Demokrat, termasuk juga bekas rakan politik beliau, Senator Elizabeth Warren.

Satu-Lawan-Satu Biden-Trump

Dengan pengunduran Sanders, seluruh jentera kerja parti Demokrat, dan juga rakan-rakan mereka yang sehaluan dengan usaha untuk menjatuhkan Trump di peti undi, kini boleh digunakan untuk membantu Biden dalam pertarungan yang dijangka sengit ini.

Trump sentiasa mendapat perhatian ramai pihak disebabkan cara beliau mengendalikan dirinya di media sosial.

Jika usaha Biden sebelum ini adalah untuk menarik perhatian pengundi ahli-ahli parti Demokrat (satu usaha yang tidak akan secara langsung melemahkan Trump), kini segala usaha Biden, mulai hari ini sehingga hari pilihan raya nanti, boleh diberi fokus untuk menjatuhkan Trump di peti undi nanti.

Parti Demokrat kini benar-benar telah memasuki pertarungan untuk mengalahkan Trump secara demokratik.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

Vermont Senator Bernie Sanders, who saw his once-strong lead in the United States Democratic primary evaporate as the party's establishment line up behind rival Joe Biden, ended his presidential bid on Wednesday, an acknowledgement that the former vice president is too far ahead for him to have any reasonable hope of catching up.

The Vermont senator's announcement makes Biden the presumptive Democratic nominee to challenge President Donald Trump in November.

Sanders said he would address his supporters from his home in Burlington, Vermont via a live stream at 11:45am Eastern time.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,633
Reaction score
358
Points
141
Trump bole kekal berkuasa jika isytihar darurat..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Bernie Sanders tarik diri daripada pemilihan presiden US tahun 2020, so Joe Biden akan jadi calon Democrat lawan Trump (Republican) 3 November 2020 nanti (kalau masih on dan COVID dah reda).

Sebenarnya Bernie masih ada harapan lagi, tak besar pun gap antara dia dan Biden. Biden punya bilangan delegate vote ada dalam 1217, Bernie 914. Masih boleh kejar selagi tak capai 1991. Tapi kenapa dia tarik diri awal?

Sebab setakat ini, dia kalah kepada Biden di semua negeri atas pagar (swing states), terutamanya Michigan (10 Mac) dan Florida (17 Mac).

Basically "majlis tertinggi" parti Democrat tak akan calonkan seseorang yang tak mampu menang negeri-negeri ini even di peringkat parti, sebab negeri-negeri ni adalah kunci untuk menang semasa November nanti.

Sistem pemilihan presiden US ni bergantung kepada siapa yang menang paling banyak "electoral vote", bukan bilangan negeri atau jumlah pengundi.

Setiap negeri membawa bilangan electoral vote yang tertentu yang akan diberikan kepada calon yang dapat majoriti di situ. Contoh macam kalau Biden memang California, dia akan dapat 55 electoral votes. Kalau menang New York, dapat 29 votes lagi. Bila dicampur-campurkan, siapa yang dapat majoriti (270 daripada 538) akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Jadi walaupun pada tahun 2016 Trump punya popular vote hanya 46% (63 juta pengundi), lebih sikit daripada Hillary Clinton (48% atau 66 juta pengundi), Trump tetap menang dengan jumlah electoral votes sebanyak 304 berbanding Clinton punya 227.

Basically negeri macam Texas dan Oklahoma akan sentiasa undi Republican, manakala negeri macam California dan New York akan sentiasa undi Democrat. Yang undi Republican ni dipanggil "Red States" (merah = lambang Republican) manakala negeri tegar sokong Democrat ni "Blue States" (biru = lambang Democrat).

Red States dan Blue States ni masing-masing ada dalam 200 electoral votes, so nak capai magical number 270, kena merebut "swing states" macam Florida (undi Republican tahun 2000, 2004, undi Democrat tahun 2008, 2012, undi Republican 2016) dan Ohio (undi Republican tahun 2000, 2004, undi Democrat tahun 2008, 2012, undi Republican 2016).

Trump boleh menang sebab berjaya rampas 6 swing states daripada Democrat: Florida, Ohio, Pennsylvania, Michigan, Iowa dan Wisconsin. Negeri-negeri ni membawa 99 undi, membolehkan Trump menang selesa dengan perbezaan electoral votes sebanyak 77.

Bernie walaupun popular di Internet dan di kalangan orang muda, tapi voter base dia terbatas kepada Blue States yang memang dah liberal dan progresif. Menang Blue States saja tak cukup untuk menang pemilihan presiden, dan Bernie tak mampu nak menang ke atas Biden di swing states di peringkat parti, macam mana dia nak menang semasa November nanti?

So dari segi pertimbangan strategi, memang Democrat tak akan consider Bernie, bukan sebab Bernie anti-establishment ke apa, tapi sebab Bernie tidak mempunyai wide appeal. 60% Blacks tak suka dia. 70% orang berumur 45 tahun ke atas tak suka dia. Susah nak menang pilihanraya macam ni.

Ramai kata kalau Biden jadi calon, Trump akan menang lagi dengan selesa. Memang nampaknya begitu. Dari segi umur Biden (77) lagi tua daripada Trump (73). Idea tak ada, hanya brag pasal pengalaman sebagai naib presiden pada zaman Obama. Karisma kurang, berucap berterabur. Kecuali orang kat swing state ni memang bengang sangat kat Trump, baru Biden ada chance.

Tapi kemungkinan tu bukan tak ada, especially since krisis COVID, Trump punya cara handle krisis dikecam dalam dan luar. A day is too long in politics, dalam masa 7 bulan ni macam-macam boleh terjadi sehingga memterbalikkan Fortuna antara Biden dan Trump.

1586442800776.png

1586442808705.png




Ayman Rashdan Wong
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Ayman Rashdan Wong

· 14j ·

Dalam 24 jam lagi, rakyat US akan mengundi presiden bagi tahun 2021-2024.

By tengahari Rabu kita akan tau samada Donald Trump (Parti Republican) kekal, atau diganti oleh Joe Biden (Parti Democrat), naib presiden 2009-2016.

Siapa akan menang?

Kalau ikut poll (pungutan suara), Biden dah berbulan-bulan mendahului Trump.

Poll CNN terkini kata 52% akan undi Biden. 42% undi Trump.

Tapi orang sekarang skeptik sikit dengan poll. Sebab tahun 2016 poll pun cakap Hillary Clinton sure win. Last-last Trump menang.

Waktu tu The New York Times siap kata 92% peluang Clinton menang. Majalah Newsweek dah siap print cover "Madam President".

Sebab mainstream media yang buat poll ni, CNN ke, NYT ke, MSNBC ke, kebanyakannya pro-Democrat.

Yang pro-Republican macam Fox pun kata Trump kalah. Sebab Fox sokong Republican style lama. Diorang anggap Trump sebagai populis Alt-Right yang hijack Republican.

So poll setakat nak rujuk boleh, percaya 100% jangan.

Even poll betul, majoriti undi Biden pun, tak semestinya Biden boleh menang.

Itu yang terjadi masa 2016. 48% undi Clinton, 46% undi Trump. Tapi Trump yang jadi presiden.

Tahun 2000 pun sama. Al Gore 48.4%, George W. Bush 47.9%. Bush yang jadi presiden.

Sebab presiden US tak ditentukan oleh popular vote, tapi ditentukan oleh 'electoral vote' (EV).

Setiap 50 negeri (dan wilayah persekutuan Washington DC) mewakili jumlah EV tertentu. Ada 538 in total, sama dengan jumlah Ahli Kongres (100 Senators + 438 Representatives).

Calon yang menang popular vote di satu-satu negeri akan dapat semua EV dalamnya. Kalau menang California (CA) dapat 55. Menang Texas (TX) dapat 38. Menang Florida (FL) dapat 29. New York (NY) pun 29. Kecuali Nebraska (NE) dan Maine (ME) lain sikit cara pembahagian EV.

Lepas campurkan semua EV, siapa yang dapat majoriti (270) akan dinobatkan sebagai presiden.

Tahun 2016, Clinton menang popular vote, tapi dapat 232 EV je. Trump dapat 306. So Trump menang.

Tahun 2000 paling sengit. Gore 266 Bush 271.

Jadi nak predict siapa menang, kita kena tengok dari negeri ke negeri.

Negeri macam Texas, Oklahoma (OK), Missouri (MO) ni selalunya akan undi Republican. Texas tak pernah undi Democrat sejak tahun 1980. Alaska (AK) setia dengan Republican sejak 1968.

Negeri-negeri ni dipanggail "Red States" (merah tu warna Republican). Negeri-negeri ni lebih konservatif, jadi *hampir* tak mungkin undi Democrat yang liberal. So kira safe deposit untuk Trump.

California, New York, Washington (WA) dan DC pun *hampir* tak akan undi Republican. Sebab negeri-negeri ni lebih liberal. Nak cari Hollywood ke, Lady Gaga ke, semua ada di sini.

Negeri-negeri ni dipanggil "Blue States", kira safe deposit untuk Biden.

Tapi kalau campurkan semua EV Red States dan Blue States, masing-masing tak sampai 270. So sokongan liberal/konservatif tak cukup untuk menang.

Yang jadi penentu ialah "Swing States" atau negeri atas pagar. Negeri-negeri ni tak undi ikut parti/ideologi tapi ikut calon.

Macam Florida. Tahun 2000 dan 2004 undi Bush. 2008 dan 2012 undi Obama. 2016 undi Trump. Sebab tu semua calon presiden target Florida.

Obama dan Trump boleh menang sebab diorang sapu bersih Swing States di belah timur Midwest: Iowa, Wisconsin (WI), Michigan (MI), Indiana (IN), Ohio dan Pennsylvania (PA).

Kawasan ini juga dikenali sebagai "Rust Belt". Ramai di sini ialah pekerja sektor pembuatan macam kereta dan besi keluli.

Dulu masa US jadi pengeluar kereta dan keluli no. 1 dunia, Rust Belt kaya raya. Tapi sejak Jepun, Korea, China naik, diorang makin susah nak cari makan.

Jadi diorang akan undi calon yang mahu mengehadkan import dan galakkan eksport.

Dulu Obama janji nak bagi subsidi kepada industri Rust Belt, sebab tu dia menang di sana. Sekali dia join TPPA, pengundi sana pun marah dan semua swing ke Republican/Trump masa 2016.

Sebab tu Trump tarik US keluar TPPA, dan melancarkan trade war dengan China. Buat kempen "Buy America, Hire American".

Dan untuk kempen kali ini, Trump cuba meyakinkan pengundi Rust Belt bahawa Biden tak akan lawan China untuk defend industri tempatan.

Dan beberapa tahun kebelakangan ini, negeri Rust Belt macam Ohio dan Penn dah jadi pengeluar shale oil yang utama.

Jadi Trump attack Biden yang pernah cakap nak tamatkan amalan fracking bagi menghasilkan shale oil.

Anti-fracking popular di kalangan pengundi Democrat di Blue States yang woke dan prihatin dengan alam sekitar. Tapi bagi pengundi Swing States, tu soal periuk nasi kot.

Masa debat Trump-Biden yang kedua, Biden cabar Trump untuk tunjuk bukti dia pernah cakap nak tamatkan fracking. Sekali Trump post betul kat FB dan Twitter, terus goyang Biden di Penn. Sampai Obama kena turun berkempen untuk Biden. Ohio tu dalam poket Trump.

Florida unik sikit. Dia ada mix budaya negeri selatan (Southern) yang konservatif dan timur (East Coast) yang liberal. Kalau kawasan bandar macam Miami dan Orlando memang liberal, anti-Republican, anti-Trump.

Cuma kat Florida ni ramai Latino berketurunan Cuba dan Venezuela. Diorang ni sangat anti sosialis (itu sebabnya diorang lari dari negara asal). Sebab tu Democrat tak berani calonkan Bernie Sanders yang confirm akan kalah di Florida.

Macam Eva Mendes, Pitbull dan Camila Cabello ni orang Florida berketurunan Cuba. Tapi golongan artis selalunya tak sokong Republican/Trump. Kalau undi Trump pun diam-diam, nanti kena gam.

Sementara Trump fokus Swing States, Biden pula nak "flip" Red States jadi Blue, terutamanya negeri selatan yang dianggap safe deposit Trump.

Kebanyakan negeri selatan ni paling terkesan buruk dengan COVID, jadi Biden duk attack cara Trump handle COVID.

Negeri selatan ni ada peratusan rakyat berketurunan Afrika (African-American) yang tinggi. Biden cuba tackle diorang dengan nostalgia rindu zaman Obama, lebih-lebih lagi berikutan kes George Floyd.

Kalau strategi Biden berkesan, yang ada potensi nak flip ni macam Georgia yang paling terkesan dengan COVID dan ada ramai pengundi African-American. Macam Usher dan Ludacris ni orang Georgia, dan sokong Biden. Kanye pun orang Georgia cuma tersesat sikit.

Biden juga target Arizona (AZ) yang merupakan Super-Red State. Pernah undi Democrat sekali je dalam 68 tahun yang lalu.

Sebab bekas Senator Arizona, John McCain yang meninggal dunia pada tahun 2018 sangat anti-Trump. So Biden nak tunggang sentimen McCain yang lebih 30 tahun jadi wakil rakyat sana.

Kalau Biden berjaya flip Georgia dan Arizona, 27 EV melayang, peluang Trump lebih sukar.

Cuma persoalannya: adakah kebencian terhadap Trump boleh diterjemahkan ke dalam bentuk sokongan terhadap Biden.

Sama-sama kita saksikan.

1604365928279.png


**Baca di Twitter (https://twitter.com/AymanRashdanW/status/1323218499636916225) untuk gambaran yang lebih jelas. Kena tau Iowa, Ohio, Florida ni kat mana, Rust Belt kat mana, baru boleh sembang politik US macam pro.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Hasil tinjauan pendapat sehingga 29 Okt, Biden mendahului Trump dengan 51 peratus.
#AWANInews #AWANIpagi

Pemilihan 2020 AS: Jumlah undi awal lepasi 95 juta
Astro Awani
November 3, 2020 08:15 MYT
Pemilihan 2020 AS: Jumlah undi awal lepasi 95 juta

Tinjauan pendapat sehingga 29 Oktober mendedahkan, Joe Biden mendahului Donald Trump dengan 51 peratus. - Gambar hiasan

SEHINGGA kini, lebih 95 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) telah membuang undi.

Ini adalah berdasarkan data projek pilihan raya AS di Universiti Florida.

Jumlah itu dilihat sebagai petanda pengundi tertinggi pada pilihan raya era moden.

Sehari sebelum pilihan raya, jumlah itu menyamai rekod 69 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Peningkatan mendadak dalam pengundian e-mel dan awal kemungkinan disebabkan wabak koronavirus yang telah membunuh 230,000 rakyat AS.

Tinjauan pendapat sehingga 29 Oktober mendedahkan, Joe Biden mendahului Donald Trump dengan 51 peratus.

Sementara Trump memperoleh 43 peratus sokongan.

Persaingan sengit berlaku di negeri-negeri yang memutuskan pilihan raya melalui undi elektoral termasuk di Arizona, Florida dan North Carolina.

Pakar meramalkan jumlah pengundian akan melebihi 138 juta yang memilih pada 2016.

Hanya 47 juta undi yang dihantar sebelum hari pilihan raya empat tahun lalu.

Dalam pada itu, pakar-pakar memberi bayangan keputusan pilihan raya presiden akan tertangguh disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, jumlah undi pos yang terlalu banyak, selain masa pilihan raya diadakan adalah ketika COVID-19 terus mencatat peningkatan kes.

Bagaimanapun, mereka senada bahawa, kelewatan itu, jika berlaku, bukan disebabkan sistem pengurusan pilihan raya di negara itu yang lemah.

Profesor undang-undang, Universiti Layola , Justin Levitt berkata, semua tidak akan dapat mengetahui siapa sebenarnya akan menjadi Presiden AS pada malam selepas undian dijalankan.

Namun katanya, ia adalah konteks berbeza dengan tidak akan ada pemenang pada pusingan pilihan raya kali ini.

Sementara itu, profesor undang-undang, Universiti Georgetown, Joshua Geltzer menjelaskan, ia bukan petanda sistem yang lemah atau simbol kelemahan pilihan raya.

“Apa yang sebenarnya lemah ialah jika kita gagal untuk mengira secara undi-undi itu apabila selesai pengundian pada malam selepas pilihan raya atau hari berikutnya.

“Apa yang diperuntukkan oleh undang-undang, apa yang menjadi amalan demokrasi ialah, mengira undi secara berhemah, tidak berlaku penipuan.

“Jika kiraan undi mengambil masa selama beberapa hari, pada waktu ini, ianya adalah kerana kita berdepan dengan pandemik. malangnya, itu yang menyebabkan pengundi lebih ramai memilih untuk menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos berbanding pusingan sebelum ini. Itu tiada masalah,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Jumlah undi paling banyak atau undi popular bukan penentu kemenangan seseorang calon.
#AWANInews #AWANIpagi

Pemilihan 2020 AS: Memahami Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
Astro Awani
November 3, 2020 07:30 MYT
Pemilihan 2020 AS: Memahami Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

Bilangan penduduk di sesebuah negeri di AS akan menentukan berapa bilangan undi elektoral yang diperlukan dalam lembaga pemilihan itu. - Gambar fail


PILIHAN Raya Presiden Amerika Syarikat disifatkan mencatat kelainan, berbanding sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.
Pengundi di AS akan menentukan sama ada Donald Trump atau pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden memperoleh jumlah undi paling banyak dalam pemilihan yang diadakan 3 November itu.

Namun, jumlah undi paling banyak atau undi popular tidak menentukan seseorang calon memenangi jawatan presiden.
Sebaliknya, calon jawatan itu akan ditentukan oleh seberapa banyak undi elektoral yang akan dimenanginya.

Ini dibuktikan pada tahun 2016, Donald Trump memenangi jawatan presiden kerana mempunyai angka majoriti undi elektoral walaupun Hillary Clinton memenangi undi popular hampir lebih tiga juta.

Sebanyak 538 diperuntukkan untuk undi elektoral di negara itu yang mana mewakili individu yang akan dipilih untuk menjadi anggota electoral college atau lembaga pemilih.

Kebiasaannya, mereka diberi kepercayaan untuk mengundi calon Presiden AS yang memengani undi paling banyak di sesebuah negeri.

Apabila pengundi membuang undi untuk pemilihan presiden November ini, mereka sebenarnya akan memilih satu pemilih electoral dari negeri mereka.

Pemilih elektoral ini kemudian akan memberikan undi untuk calon presiden yang paling banyak memenangi undi di negeri tersebut.

Inilah yang dinamakan undi electoral.

Bilangan penduduk di sesebuah negeri di AS akan menentukan berapa bilangan undi elektoral yang diperlukan dalam lembaga pemilihan itu.

Negeri California yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai di negara itu akan mempunyai bilangan pengundi elektoral seramai 55 orang manakala Texas pula ialah 38 orang dan New York serta Florida masing-masing 29 orang.

Negeri yang kurang penduduk iaitu Alaska, Delaware, Vermont dan Wyoming pula masing-masing mempunyai jumlah minimum tiga pengundi elektoral dalam lembaga pemilihan itu.

Seseorang calon memerlukan 270 undi elektoral untuk memenangi jawatan Presiden AS.

Pada kebiasaannya, keputusan undi elektoral itu boleh diketahui secara tidak rasmi selepas undi popular sesebuah negeri diketahui.

Pada Pilihan Raya Presiden AS 2016, bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang mewakili parti Demokrat memenangi undi popular menewaskan Trump.

Bagaimanapun, Trump memenangi undi elektoral iaitu sebanyak 304 undi berbanding Clinton yang memperoleh sebanyak 227 undi elektoral.

Ia disebabkan Trump memenangi undi terbanyak di kubu kuat parti Demokrat iaitu Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin sekali gus beliau memperoleh undi elektoral di ketiga-tiga negeri berkenaan.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
How October Surprises Affect Presidential Elections


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

Election 2020: What has President Trump done to America? | The Economist
 
Sponsored Post
Top
Log in Register