JKM sedia peruntukan RM20.9 JUTA bantu 7,700 ibu tunggal di Kelantan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PASIR PUTEH 30 Dis — Kerajaan menyediakan peruntukan RM20.9 juta bagi membantu 7,700 ibu tunggal di Kelantan dalam meringankan beban biaya persekolahan anak-anak mereka apabila sesi persekolahan 2010 bermula.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Mohd Noor Chik berkata semua ibu tunggal yang mempunyai lebih dari lima orang anak itu menerima antara RM100 sehingga RM450 sebulan, yang sudah diagihkan kepada mereka sejak September lepas.

Katanya pemberian bantuan lebih awal itu bertujuan membolehkan mereka merancang perbelanjaan secara berhemah terutama dalam membeli pakaian serta peralatan sekolah yang diperlukan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penutup seminar motivasi kendiri ibu tunggal di Tok Bali di sini hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Che Osman Che Mat.

Seminar itu disertai oleh kira-kira 77 ibu tunggal dari Jajahan Machang dan Kuala Krai, masing-masing berumur antara 30 hingga 50 tahun.
 
Top
Log in Register