JK Tatatertib Umno lebih hebat daripada SPRM

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
JK Tatatertib Umno lebih hebat daripada SPRM

Sofi Wahab

Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (12 Februari).

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama saya mengucapkan ‘takziah’ kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.

Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.

Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.

"...Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.

Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM..."
Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.

Lembaga Disiplin Umno memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Pada 18 April 2009, Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009.

Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan Exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Datuk Othman Muhamad.

Sofi Wahab ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
keh keh keh...JK Tatatertib UMNO memutuskan, Ali Rustam terbukti bersalah berdasarkan BUKTI-BUKTI yang diperolehi. akhirnya, Ali Rustam dihukum tak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO yang lepas..

SPRM pulak Ali Rustam bebas tuduhan kerana "TAK JUMPA" BUKTI-BUKTI TERSEBUT"...

keh keh keh..hebatnya SPRM..
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
kalau SPRM nih betul2 nak pulihkan kembali kepercayaan orang ramai...

SPRM kena lebih kerap selesaikan kes2 ikan besar....

kalau nak pulihkan kembali la...

nak ke....?:">:">:">
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
keh keh keh...JK Tatatertib UMNO memutuskan, Ali Rustam terbukti bersalah berdasarkan BUKTI-BUKTI yang diperolehi. akhirnya, Ali Rustam dihukum tak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO yang lepas..

SPRM pulak Ali Rustam bebas tuduhan kerana "TAK JUMPA" BUKTI-BUKTI TERSEBUT"...

keh keh keh..hebatnya SPRM..
mungkin sprm menggunakan teks luar yang levelnya setaraf budak..berbanding JKTT UMNO..:-?:-?
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
keh keh keh...JK Tatatertib UMNO memutuskan, Ali Rustam terbukti bersalah berdasarkan BUKTI-BUKTI yang diperolehi. akhirnya, Ali Rustam dihukum tak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO yang lepas..

SPRM pulak Ali Rustam bebas tuduhan kerana "TAK JUMPA" BUKTI-BUKTI TERSEBUT"...

keh keh keh..hebatnya SPRM..
kenapa JK Tatatertib UMNO tak mahu bawa kes nih ke mahkamah ye....?:">:">:">
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
kalau SPRM nih betul2 nak pulihkan kembali kepercayaan orang ramai...

SPRM kena lebih kerap selesaikan kes2 ikan besar....

kalau nak pulihkan kembali la...

nak ke....?:">:">:">
susah juga tuh..taku tertangkap orang sendiri :))
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Menteri Besar Selangor pun lepas jugak ekh dalam senarai SPRM tuduhan rasuah berprofil tinggi kes lembu korban..

Takda bukti kasi lepas lah. Tahniah SPRM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register