JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR - DSAI

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

"Saya anggap panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik.

"Saya tampil untuk buat penjelasan ini atas tanggungjawab saya kepada orang dalam kawasan saya," tambahnya.
Sumber
----
Nampaknya UMNO cuba memancing 'ikan' dari PKR. dari PAS dia tau susah. Alhamdulillah. Ahli parlimen dari PR tidak 'terperangkap' dgn pancingan UMNO haprak. Duit sanggup dibazirkan dgn 'membeli' wakil2 rakyat dari PR. Mau sokong lagi parti haprak UMNO/BN? Lu pikirlah sendiri jika cintakan keadilan.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
lor...

kerja UMNO ke.....?

ekekekekek.....
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
agak2 duit tu datang dari mana..
 

Sue

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
2,810
Reaction score
13
Points
25
xkn dari BNM lak.....?:-?
Mungkin gak....kan BNM dah banyak buat serbuan kat company2 yang buat pelaboran.....rasanya sepanjang tahun 2007 hingga sekarang jumlah keseluruhan hasil 'rompakan'wang rakyat tuh dah lebih RM1billion........
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,948
Reaction score
864
Points
121
hehehe last2 sekali kena kat batang hidung abg nuar kita gak....mimpi 16 september makin hampir untuk pkr huhuhuhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register