JIPS kesan anggota polis proses, jual air ketum

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah mengesan pembabitan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya, berkata ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan menyalahgunakan berek kediaman sebagai tempat memproses dan menjual air ketum.

"Kejadian itu amat membimbangkan kerana pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkenaan tidak pernah berlaku dan tidak pernah dikesan sebelum ini.

"Jika dahulu, ada laporan pengambilan ketum dalam kalangan anggota.

"Namun, kini ia beralih kepada kegiatan menjual dan memproses di mana mereka turut disyaki mengupah orang lain dengan bayaran sekitar RM80 sehari untuk menjualnya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, beberapa siri tangkapan telah dilakukan terhadap lebih 10 anggota polis disyaki terbabit kegiatan memproses dan menjual air ketum, melalui serbuan hasil risikan lanjut, baru-baru ini.

"Anggota berpangkat sarjan dan ke bawah itu ditahan di dua lokasi, di sini, serta berek Polis Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, yang dijadikan tempat memproses air ketum berkenaan.

"Mereka disyaki mencari pelanggan dan menjualnya untuk mendapatkan duit sampingan biarpun menerima gaji bulanan menjalankan tugas hakiki polis," katanya.

Pada masa sama, Zamri memaklumkan, tangkapan lain turut dibuat terhadap anggota yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan kereta peronda (MPV) polis untuk tujuan menyeludup ketum ke Thailand.

"Susulan itu, polis giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan mereka dalam permasalahan berkenaan. Ini berjaya ditemui, tidak termasuk yang belum dibongkarkan," katanya.

Zamri berkata, semua anggota terbabit berdepan tin

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,380
Reaction score
2,419
Points
206
apa nak jadi.
dalam berek pun dia bancuh naa.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,453
Reaction score
1,882
Points
201
Mesti KP pening tgk anak buah dia buat side incum hehe
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,212
Reaction score
2,376
Points
201
Depa pun nak bergaya mewah...tak boleh tahan tgk kat fb...insta....ramai dok bergaya mewah..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,697
Reaction score
552
Points
121
Buang habis la yang terlibat, dok tunggu apa lagi.
Kalau susah sangat, buang dengan KPN sekali. Tak reti nak jaga orang bawah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register