BTC USD 38,268.1 Gold USD 1,829.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jimat Masa Dan Kos - Pharmaniaga Uji Hantar Ubat Guna Dron

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Seiring dengan peredaran zaman, teknologi dron bukan sahaja digunakan golongan fotografer atau videografer, tetapi juga dalam sektor lain. Baru-baru ini, Pharmaniaga Berhad mula meneroka dan menguji penghantaran perubatan menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu atau dron.

Dengan ini, secara tidak langsung meningkatkan lagi keupayaan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih mudah untuk diakses terutama di kawasan yang mencabar dari segi geografi dan kawasan terpencil.

Pharmaniaga-Dron-1.jpg


Menurut Pharmaniaga, inisiatif yang dilakukan ini bertujuan untuk mengurangkan masa dan kos penghantaran serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan. Ini kerana penghantaran menggunakan dron dikatakan lima kali lebih cekap berbanding kaedah penghantaran konvensional.

Pharmaniaga-dron-2.jpg


Projek dengan nama kod Project Eagle ini telah pun berjaya dilakukan di Pulau Pangkor, Perak di mana ia melibatkan jarak 4.2 kilometer dari jeti di Manjung ke Klinik Kesihatan Pangkor. Melaluinya, kira-kira 3kg ubat telah dihantar untuk rawatan perubatan kecemasan.

Tambahan lagi, penghantaran perubatan bagi produk farmaseutikal menggunakan dron jarak jauh di atas permukaan air ini adalah pertama kali di Malaysia.

Oleh yang demikian, projek tersebut akan diteruskan lagi pada masa hadapan di beberapa lokasi dan rupa bumi yang berbeza termasuk Sabah dan Sarawak.

Sumber asal Pharmaniaga
 

CG Sponsors




Top
Log in Register