BTC USD 27,885.2 Gold USD 1,981.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jimat kos melalui adaptasi idea Honda

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Kerjasama Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) dan Honda Motor Co, Ltd (Honda Motor) dalam menghasilkan model Perdana baharu merupakan satu kaedah yang paling murah dalam perniagaan automotif itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jika Proton ingin membangunkan modelnya sendiri, ia menelan belanja yang tinggi antara US$500 juta hingga US$2 bilion.

"Proton ambil pendekatan ini (kerjasama Honda) iaitu mengadaptasi kereta Honda untuk menjadi Proton Perdana ini ia satu kaedah perniagaan lebih murah.

"Sekiranya Proton hendak membangunkan sendiri termasuk rekabentuk, biasanya tidak kurang daripada US$500 juta untuk membangunkan satu model baharu.

"Biasanya US$1 hingga US$2 bilion, ia bukan sahaja melibatkan kos yang sangat tinggi bahkan memakan masa yang lama untuk dibangunkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pada sidang Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Bung Mokhtar mempersoalkan Proton yang didakwa menciplak enjin Mitsubishi di awal penubuhannya dan kini Honda Accord kerana tidak mencerminkan kereta nasional yang dihasilkan rakyat Malaysia sendiri.

"Rakyat malu, saya malu, dan saya cadangkan kerajaan guna terus Honda Accord, jangan lagi Proton.

"Kenapa Proton tidak boleh mengeluarkan kereta asli Malaysia, kenapa mahu guna Honda, Mitsubishi, apakah kita ketandusan idea dan teknologi untuk membangun industri kereta Malaysia sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Bung Mokhtar juga mendakwa komponen tempatan yang digunakan dalam pembuatan Proton Perdana hanya melibatkan 19 komponen sahaja.

Bagaimanapun, Mustapha berkata model Perdana baharu itu sebenarnya menggunakan 33 jenis komponen tempatan sekaligus menepis dakwaan bahawa ia bukan kereta nasional.

"Sebenarnya 33 peratus komponen Proton Perdana pada hari ini adalah komponen buatan tempatan.

"Kita juga ada kereta asli Malaysia, Iriz umpamanya, model terkini Proton, enjinnya lebih 90 peratus komponennya dari Malaysia.

"Tidak benar dakwaan Proton tidak menghasilkan kereta sendiri, kita juga ada kereta Malaysia itu tidak benar, ada kereta import CBU, ada kereta yang dibuat rakyat Malaysia, Proton telah menghasilkan kereta buatan Malaysia," ujarnya.

Tambah Mustapha, model Perdana yang diadaptasikan dari model Honda Accord itu dihasilkan untuk memenuhi keperluan kenderaan untuk kegunaan kerajaan.

"Sekarang (Perdana) dibuat dalam skala yang kecil, keperluannya hingga 5,000 unit sahaja oleh kerajaan.

"Jadi kalau buat skala kecil ini untuk kerajaan, kalau kosnya US$500 dolar oleh syarikat, awal-awal sudah rugi," katanya lagi.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/jimat-kos-melalui-adaptasi-idea-honda-1.330457
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register