BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Jika Anda Di Tawarkan RM100, Kerajaan Akan Beri Anda RM100"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,785
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,785
Reaction score
6,533
Points
916
Awards
1
18.06.2024 - Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada sabitan boleh diberi ganjaran wang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan akan diberi ganjaran sama seperti tawaran suapan kerana mereka membantu dalam membanteras kegiatan rasuah.

"Ia ringgit untuk ringgit, jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100. Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda," katanya ketika menjadi tetamu program audio siar Beyond the Headlines kendalian New Straits Times (NST), semalam.

Tambahnya, melalui dasar sedia ada, seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana mendedah serta melaporkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan. Di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028 yang baru diumumkan Mei lalu, Azam menjelaskan, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat umum, namun ia masih dalam peringkat cadangan.

"Perkara itu masih dalam cadangan, prosedur khusus dan optimum bersama agensi peneraju masih belum diputuskan. Itu di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pertama sekali, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu diperbaharui dan kami bersetuju, BHEUU kini sedang dalam proses meminda undang-undang," katanya.

Katanya, SPRM satu-satunya agensi penguat kuasa yang menggunakan sepenuhnya undang-undang itu dan sejak tujuh tahun lalu, sudah mempromosikannya kepada orang ramai bahawa mereka harus menjadi pemberi maklumat.

"Ada tiga kategori yang tampil ke SPRM, iaitu pengadu, pemberi maklumat dan informan. Pengadu sebagai contoh, perlu ke mahkamah, namun saya boleh katakan kurang daripada lima peratus mereka yang tampil ingin membuat aduan bersedia untuk beri keterangan di mahkamah. Bagi pemberi maklumat dan informan, identiti mereka dilindungi dengan baik. Sekarang, BHEUU ingin memberi ganjaran kepada mereka dan saya fikir ia idea yang baik, boleh menggalakkan lebih ramai tampil membuat aduan, terutama kepada SPRM," katanya.​

1718707347806.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register