Jika 15 Ramadhan jatuh Hari Jumaat, Akan Berlaku Pertumpahan Darah di bulan Syawal

Recommended Brokers


akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,573
Reaction score
791
Points
71
Hari KIAMAT pada kebanyakan kepercayaan meramalkan kemusnahan alam satu dunia langit runtuh (apocalypse)

Walhal nama QiAMAT itu ialah kebangkitan

Kebangkitan di kala banyak NAFS LAWAMMAH (yg mencela & tercela) :p

75:1-2
لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
Aku bersumpah demi hari KEBANGKITAN

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
dan aku bersumpah dengan NAFS LAWAAMAH



Diri yg di bangkitkan dr ‘tido di dlm kubo’ :cool:
 
Sponsored Post

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,223
Reaction score
170
Points
33
Perkara macam ni kena berguru.
Tak boleh guna logik akal.
Walaupun pada zaman moden dan dunia dihujung jari, bab agama kena berguru.
Adakah video clip tu tidak penuh atau sekerat sekerat.
betul tn, sangat betul bukan kata org yg biasa dengar kuliah jer salah bagi tafsiran , ustaz ustazah pon kekadang ada tersilap
saya ada belajar dgan sorang ustaz dia belajar dr mesir, dia syarah bab hadis rupernye bnyak sangat ibadat yg ditokok tambah
beljar hadis dgn ustaz ni bnyak pemahaman bab ibadah, bab sembelihan bab kahwin rupernye ada syarahan berkenaan kebolehan dan sah pada bukan penganut agama berhala, nk cerita sini karang ada kata sesat pulak adeh.. jom2 sama2 belajar huhu
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,015
Reaction score
1,907
Points
141
terima kasih korang semua yg balas komen dgn penuh beradab...

aku terima semua komen2 yg ada sebagai nasihat.... yg baik aku ambil, yg buruk aku abaikan...
apa-apa pun, aku yakin org2 yg komen dlm ni semuanya sebab NIAT YANG BAIK....disebabkan itu, aku sgt2 berterima kasih kerana ada niat yg baik...

terima kasih...
 

Zarada

Freshie
Joined
Oct 16, 2019
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Assalamualaikum Semua,

Yea benda mcm gini perlu berguru, masaah kepada kebanyakan netizan Malaysia ni dia tak mahu luangkan masa mereka untuk duduk depan guru dan belajar betul betul ilmu mengenai Hari Kiamat, telah jdi tradisi kepada para anbiya yang terdahulu untuk mengigatkan kum mereka mengenai kiamat (dan juga dajjal) berdasarkan apa yg aku pernah belajar dulu( nanti aku sandarkan sumber)

Kesemua tanda tanda kiamat kecil telah berlaku atau kesemuanya hampir berlaku(ini apa yg aku dapati daripada kalam atau kata kata ulama dan based on the hadis tanda tanda kecil, semua boleh cari Insha Allah). Sekarang ni ulama kita sedang berjaga jaga untuk peralihan masuk (transition) kepada tanda tanda Kiamat Besar dimana apabila tanda kiamat pertama berlaku maka tanda tanda berikutnya akan dtng begitu sekejap.(Tanda kiamat besar ni antara yg mashur ada 10). Dan jikalau kita tengok, betapa rahmat dan kasih sayangnya Allah pada kita dan Sayangnya nabi kepada kita, maka kita diberitahu akan tanda tanda (sign) ia merangkumi hal astronomi dan ahwal masyarakat pada masa itu. Jika kita lihat tanda tanda kecil kiamat banyak berbicara mengenai ahwal( keadaan/tabiat) masyarakat pada masa itu. Manakala Tanda Tanda Besar pula membicarakan mengenai perubahan atau tanda ( astronomi ) dan juga kemunculan beberapa figura penting yg akan memainkan perana yg sngt penting bagi pengakhiran alam ini.

Cuma kat sini aku hnya nak beritahu bagaimana kita tahu tahun tersebut adalah tahun permulaan tanda besar. Kesemua 10 Tanda Kiamat Besar dijangkakan memakan masa dari tanda 1 kepada tanda ke 10 adalah dalam masa 10 Tahun termasuk zaman Imam Mahdi, Kemunculan Dajjal, Kemunculan Nabi Isa, Kemunculan Yakjuj Makjuj, Terbit Matahari dari Barat dan Keluar Binatang Dari Perut Bumi. (Based on pendapat beberapa ulama, nanti ada masa aku sandarkan hadis dan dalil, dan pendapat mereka, antara yg ulama yg famous mengkaji dalam tanda tanda kiamat antaranya Adalah Ibnu Katsir, betulkan kalau tersilap).

Tanda masuknya kita pada Tanda pertama
iaitu Keluarnya Imam Mahdi, okk sebelum keluarnya Imam Mahdi, ada beberapa tanda yg Allah tunjukkan kepada kita bahawa Mahdi akan keluar
1. Akan keluar Bintang/meteor yg akan dilihat dilangit timur(x silap aku,kena rujuk balik tapi yg confirm memang bintang/meteor)

2. Akan berlaku dua kali gerhana dalam satu bulan ramadhan yg sama( Contoh pada ramadhan tahun tersebut , Gerhana Bulan berlaku di awal ramadhan, Gerhana Matahari berlaku di pertengahan/akhir ramadhan pda bulan yg sama)

3. Pertengahan Ramadhan pada hari Jumaat ( 15 Ramadhan pada hari Jumaat)

4. Akan berlaku pembunuhan/peperangan di kawasan Haji( x silap aku di Mina).

4 Benda ni kalau berlaku pada tahun yg sama, maka Imam Mahdi dijangkan muncul pada tahun berikutnya,

Kemunculan Mahdi

- Imam Mahdi ni akan muncul ketikamana zaman tersebut setiap manusia di bumi ni akan merasakan bahawa mereka ini memerlukan seseorang yg boleh selamatkan mereka/ menyatukan mereka. Boleh jadi zaman tu adalah zaman peperangan atau zaman di mana huru hara berada di merata rata

- Imam Mahdi akan muncul di Mekah ( Imam Mahdi sendiri pun tidak tahu bahawa diri dia adalah Mahdi).

- Imam Mahdi ni ada ulama cakap dia ahlul bait yg mana boleh jadi dari ayah dia berdarah saidina hussin, ibunya dari darah Saidina Hassan / Bapanya dari darah saidina Hassan, Ibunya dari saidina Hussein.

- Yg mula mula mengenali Imam Mahdi itu adalah para Ulama lagi sollihin yg mana berjumpa di Mekah secara tidak dirancang (sekumpulan ulama lagi solihin yg berjumpa sesama mereka secara tidak dirancang, dibincangkan hal hal umat yg kini huru hara, maka hasil perbincangan termasuk tanda tanda yg sudah keluar, mereka bersama sama ikhtiar mencari Al Mahdi, ditakdirkan Allah, mereka berjumpa dan merekalah antara yg mula mula memaksa Mahdi untuk menjadi pemimpin mereka, didesak nya Al Mahdi sehingga Imam Mahdi sanggup)

*Yang tetiba mengaku Mahdi tu Palsu.

Setakat Ini sahaja. Saya sarankan saudara saudara saya yg saya kasihi untuk sama sama belajar dari kitab muktabar yg membicarakan urusan hari kiamat yg mana tukang mengajar mestilah mereka yg mempunyai ilmu dan sanad langsung dengan muaallif kitab tersebut. Sebab jikalau kita belajar tanda tanda kiamat dengan betul, kita gusar pada masa yg sama akan tingkatkan amal ibadah dan persediaan menghadapi saat saat genting itu termasuk persediaan untuk anak anak kita dari segi ilmu agama dan amal mereka

3 Benda yg patut kita ajar / kita hantar anak kita pada tuan tuan guru untuk mengajar iaitu
- Ilmu Agama
-Ilmu Survival ( Bertani,Berniaga, Bertukang etc)
- Ilmu mempertahankan Diri ( Silat,Takewando dll)
 

Encik Hasrol

Fun Poster
Joined
Jun 4, 2014
Messages
508
Reaction score
6
Points
15
Bila bermain dgn "angka tepat" contohnya mcm 15 Ramadhan atau tahun sekian2 akan terjadi peristiwa sekian2, kena perlu lebih berhati2. takut ada yg tergelincir akidah plak. Dia macam ajal dan kiamat, sedangkan Rasulullah SAW sndri tak tau bila tarikh yg tepat. Wallahuahualam...
 

Zarada

Freshie
Joined
Oct 16, 2019
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Yea, jikalau seseorang itu tidak belajar betul betul maka dia akan senang tergelincir, Kesemua tanda yg diringkaskan tu memang disebutkan daripada beberapa hadis termasuk meteor dll. 15 Ramadhan pun ada dalam hadis ( sekarang ni saya berada diluar, nanti ada masa saya sandarkan) cuma masalahnya, kita ni bila nampak 15 ramadhan dh takut. Sedangkan 15 Ramadhan ke atas tu kita dh wat preparetion untuk Cari lailatul Qadar, maka sepatutnya bagi mereka yg belajar mereka tidak bimbang kerana mereka tahu sekarang ni mereka tidak memerlukan mahdi, jadi senang citer 15 Ramadhan 2020 tidak ada apa yg berlaku melainkan berpuasa dan amal ibadah. Kerana 15 Ramadhan yg dijadikan tanda itu adalah tanda sebelum keluarnya Imam Mahdi dan seperti diberitahu di atas, Mahdi akan keluar ketikaman semua manusia/muslim betul betul merasakan mereka memerlukan Mahdi, sekarang ni semua orang tak merasakan mereka memerlukan Mahdi, maka Allah s.w.t tidak mengeluarkanya pada masa ini, bayangkan ketikaman kalau Mahdi keluar tahun hadapan, Raja Saudi nak letak kat mana??? adakah semua pemimpin muslim mahu tunduk di bawah Imam Mahdi yg tetiba dibaiah jadi pemimpin, maka Imam Mahdi akan keluar ketikamana huru hara benar benar terjadi, dan tahun sebelum ia keluar ada tanda tanda seperti di atas saya ungkaplan.
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
416
Reaction score
26
Points
20
pernah mengaji ilmu hadith dgn sorang guru pakar hadith. suku jalan je sebab panjangggg..

guru pun ada cakap, ada je ustaz2 yg masih keliru hadith sahih walhal dah lama jatuh palsu atau dhoif.

guru ni pakar dia sampai boleh explain biography details setiap perawi2 hadith. malah biography ulamak2 yg bawa hadith tu.

lebih kecewa masih ada ustaz2 yg ceramah guna hadith atau kisah2 'alim yg majoriti dah tahu palsu.

jadi, setiap kali terima hadith, simpan dulu. rujuk pakar utk pengesahan.
 

Khairul840

Freshie
Joined
Oct 19, 2019
Messages
1
Reaction score
1
Points
38
Hadis pasal 15 Ramadhan tu hadis dhaif...

Antara ulama’ yang memberi komentar berkaitan hadith adalah:



Imam al-Uqailiy mengatakan hadith ini bukanlah daripada kalangan perawi thiqah dan bukannya juga daripada sumber dipercayai. Antaranya Abd al-Wahid bin Sulaim dan dia merupakan seorang perawi yang majhul dan hadithnya tidak dihafal dengan baik serta riwayatnya tidak boleh dijadikan sokongan (pada hadith-hadith yang lain). [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 208/5]
Al-Hakim berkata hadith ganjil pada matannya dan seorang perawi bernama Maslamah yang tidak dibolehkan dijadikan hujah. [Lihat: al-Mustadrak, 563/4]
Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu daripada Nabi SAW. [Lihat: al-Mawdhu’at, 190/3]
Imam Ibn al-Qayyim menukilkan hadith ini dan meletakkan hadith ini di dalam bab hadith-hadith masa depan yang tidak sahih. [Lihat: al-Manar al-Munif, 91]


Adapun berkaitan riwayat-riwayat Nu’aim bin Hammad, di sini kami sertakan pendapat Imam al-Zahabi terhadap beliau dan terhadap kitabnya al-Fitan:



لاَ يَجُوْزُ لأَحَدٍ أَنْ يَحْتَجَّ بِهِ، وَقَدْ صَنَّفَ كِتَابَ (الفِتَنِ)، فَأَتَى فِيْهِ بِعَجَائِبَ وَمَنَاكِيْرَ

Maksudnya: “Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.” [Lihat: Siyar ‘alam al-Nubala’, 117/20]


Hadis adalah sesuatu yang benar... Tapi kita lah kena pandai untuk tahu mana hadis yang sahih mana yang dhaif.. Jika terdapat keraguan, kaji dan tanyalah pada yang tahu. Boleh adukan soalan dalam laman web mufti misalnya.

Harap reply saya ini membantu.
 

HakuLar

Active Member
Joined
Feb 5, 2011
Messages
1,110
Reaction score
27
Points
30
Tak payah nk heran2.. Tiap2 tahun berlaku tumpah darah terutama Ramadhan & Syawal. tumpah darah kt jalan raya & highway
 
Sponsored Post
Top
Log in Register