akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,445
Top Poster #10
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,445
- Reaction score
- 6,723
- Points
- 881
- Awards
- 1
Jihad pertahan Islam lebih utama berbanding haji
IzwanJanuary 3, 2025
MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan keutamaan jihad mempertahankan Islam berbanding menunaikan ibadah haji apabila keadaan mendesak, seperti ditunjukkan dalam sirah Sahabat Nabi Muhammad SAW.
Beliau menceritakan peristiwa Sahabat Rasulullah SAW, Khalid al-Walid RA, yang dipecat oleh Khalifah Abu Bakar RA daripada tugasnya sebagai panglima tentera di Iraq.
Keputusan itu jelas Tuan Guru, dibuat kerana Khalid meninggalkan tanggungjawabnya di medan perang untuk menunaikan ibadah haji di Makkah.
“Al-Mutsanna sebelum itu menggantikan Khalid bin al-Walid RA sebagaimana yang diarahkan oleh Abu Bakar RA ke negeri Syam bagi menghadapi tentera Rom Byzantine.
“Khalid telah dihukum oleh Abu Bakar (dan diarah) pergi ke Syam kerana Khalid langgar disiplin tak ikut disiplin dengan sebab tengah-tengah perang pergi ke Makkah.
“Pergi ke Makkah dimarah oleh Abu Bakar. Lalu Abu Bakar pecat dia daripada Panglima (untuk berhadapan dengan) Parsi, (kemudian Khalid diarah Abu Bakar) suruh pergi ke Syam, bantu Abu Ubaidah RA,” katanya dalam Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Khalid telah mengambil keputusan sendiri untuk menunaikan haji di tengah-tengah perang, dengan meninggalkan tenteranya.
“Dia (Khalid) ditugaskan untuk memimpin tentera. Dia suruh tentera dia pergi, dia ikut belakang (tentera yang diarahkan tadi), dia naik kuda pergi ke Makkah.
“Orang tengok dia duduk di Mina, duduk buat haji. Marah Abu Bakar. Jadi dia dipecat, dihantar ke Syam, tukar jauh ke Syam. Lantik al-Mutsanna jadi ketua diarah memimpin sementara waktu,” jelasnya.
Tuan Guru menekankan bahawa tindakan Abu Bakar RA memecat Khalid dan menghantarnya ke Syam untuk membantu Abu Ubaidah RA adalah bukti pentingnya memahami keutamaan (awlawiyyat) dalam Islam.
“Di sini menunjukkan bahawa jihad yang wajib ni lebih penting daripada pergi Makkah lagi. Ini kena sedar ini. Ini Kena faham. Kita dak. Kalau (diberi pilihan sama ada) mengundi, dengan pergi Makkah, (kita pilih) pergi Makkah dulu.
“Biarkan orang kafir memerintah negeri kita pun, (yang penting boleh) pergi Makkah dulu (tunaikan ibadah haji atau umrah). Orang putih pula, sedia kapal. Orang putih beri sedia kapal, sedia apa, sedia kapal terbang pergi ke Makkah.
“Tinggal negeri, negeri orang ambil, dijajah oleh orang. Ini kerana kita tak faham yang mana awlawiyyat, yang mana diutamakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/1/2025
harakahdaily.net

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan keutamaan jihad mempertahankan Islam berbanding menunaikan ibadah haji apabila keadaan mendesak, seperti ditunjukkan dalam sirah Sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau menceritakan peristiwa Sahabat Rasulullah SAW, Khalid al-Walid...