BTC USD 28,452.1 Gold USD 1,979.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jihad di Malaysia diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan - Zahid Hamidi.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR: Di Malaysia, tindakan untuk berjihad hendaklah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana kriteria yang penting dalam jihad ialah, jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, maka jihad perlu diisytiharkan oleh pemerintah tertinggi Islam.

"Berdasarkan bukti daripada Al-Quran dan Hadis, jelaslah bahawa ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam," katanya dalam ucapan perasmian seminar Jihad Vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok kecil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah (khalifah) tidak dinamakan sebagai jihad.
Katanya, sebaliknya ia dinamakan sebagai perang saudara, perbalahan puak atau etnik tertentu.

"Berdasarkan pandangan ulama muktabar, rakyat Malaysia yang berjuang di Syria tidak boleh diistilahkan sebagai jihad kerana ia tidak memenuhi kriteria jihad yang sebenar menurut Ahli Sunnah wal Jamaah," kata Ahmad Zahid.

Tambahan pula, krisis di Iraq, Syria dan Lubnan melibatkan perang sesama Islam dan tidak melalui arahan pemerintah Islam negara ini.

Pada 23 Okt lalu, Bernama melaporkan Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan 40 orang, yang disyaki merancang menyertai kumpulan militan di Syria termasuk merekrut rakyat tempatan untuk kononnya berjihad di Syria, sejak Februari tahun lepas.

Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat Selasa lalu, seramai 167 rakyat negara ini terlibat dengan kegiatan militan di luar negara sejak Disember 2001 sehingga kini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid turut kesal dengan segelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menggangap tindakan militan sebagai jihad.

"Justeru, apabila dikatakan jihad, perkara yang dibayangkan mereka ialah perbuatan menyerang dan melakukan pembunuhan maka ia sebenarnya membawa maksud keganasan.

"Secara asasnya jihad dalam Islam adalah memerangi golongan Kafir Harbi. Sama ada ia bersifat ofensif ataupun defensif ia bergantung pada situasi," katanya.

Ahmad Zahid menyifatkan pergolakan di Iraq dan Syria sebagai krisis peperangan puak antara sesama Islam, dan bukan melibatkan bukan Islam.

http://www.astroawani.com/news/show...eh-majlis-fatwa-kebangsaan-zahid-hamidi-47483
 
Sponsored Post

G.Spicy

Super Active Member
Messages
5,850
Joined
Mar 19, 2011
Messages
5,850
Reaction score
57
Points
70
Kat Malaysia pun tak habis lagi nak berjihad, jihat ekonomi.

Berapa banyak ekonomi yg dipegang oleh org islam "di negara islam" sendiri.

Sebab ekonomi lemah, purchasing power rendah, dan berapa banyak tanah org islam yang kena beli oleh bukan islam? Dan berapa banyak rumah2 di bandar yang "mampu" di beli oleh roang2 islam?

Bawah 30% .

Sungguh menyedihkan.

Negara sendiri dah nak kena rampas, nak pergi merantau jauh tolong negara org pula.

Kera bagi makan KFC, anak kat rumah bagi makan nasi dengan ikan kering
 
susah2je

Legendary Member
gem
Messages
19,235
Joined
Aug 19, 2006
Messages
19,235
Reaction score
1,437
Points
191
Kat Malaysia pun tak habis lagi nak berjihad, jihat ekonomi.

Berapa banyak ekonomi yg dipegang oleh org islam "di negara islam" sendiri.

Sebab ekonomi lemah, purchasing power rendah, dan berapa banyak tanah org islam yang kena beli oleh bukan islam? Dan berapa banyak rumah2 di bandar yang "mampu" di beli oleh roang2 islam?

Bawah 30% .

Sungguh menyedihkan.

Negara sendiri dah nak kena rampas, nak pergi merantau jauh tolong negara org pula.

Kera bagi makan KFC, anak kat rumah bagi makan nasi dengan ikan kering

mana ayat Al-Quran kata jihad ekonomi?
benda takda diada-adakan dan petik plak Islam untuk dibabitkan dengan jihad yg tak wujud adalah satu dosa bro. - Nasihat
 
blink_182

Super Active Member
Messages
9,786
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65

Bangsa apa perintah msia sekarang

Ahahhah

Sape yg perintah msia sekarang sampai msia nak kne rampas

Lawokkkkk lahai
 
G.Spicy

Super Active Member
Messages
5,850
Joined
Mar 19, 2011
Messages
5,850
Reaction score
57
Points
70
mana ayat Al-Quran kata jihad ekonomi?
benda takda diada-adakan dan petik plak Islam untuk dibabitkan dengan jihad yg tak wujud adalah satu dosa bro. - Nasihat

Dalam Al Quran pun tak ada hukum isap rokok

Tapi apasal rokok haram? (sebab logik mudah, rokok membahayakan kesihtan)

Sama juga dengan pegertian jihad serta jihad ekonomi.

Apakah itu JIHAD EKONOMI?
http://dakwah.info/fikrah-dakwah/jihad-ekonomi/

Bangsa apa perintah msia sekarang

Ahahhah

Sape yg perintah msia sekarang sampai msia nak kne rampas

Lawokkkkk lahai
Ini bukan soal rampas, ini soal kekayaan di Malaysia yang diboloti oleh bukan islam. Rumah2 besar, inudstry2 besar makanan, dan lain lain bidang ekonomi semua dikuasai oleh bukan Islam di Malaysia.

Sebab itu ada pepatah "merempat di negara sendiri".
 
Sponsored Post

Top
Log in Register