BTC USD 47,660.9 Gold USD 1,782.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jgn tembak cicak

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Kenapa kita tidak sepatutnya menggemari cicak?’ adalah pertanyaan yang Grismer mahu kita jawab.


“SEWAKTU saya kecil, saya selalu cari cicak dan ular di belakang rumah di California,” kata profesor dalam jurusan biologi di Jabatan Biologi, Universiti La Sierra, California, Amerika Syarikat, Dr. Lee Grismer, 53.

Dan tanpa disangka, minat sejak kecilnya itu berkembang sehinggakan beliau kini berulang alik di antara Malaysia dan California, untuk mencari cicak dan reptilia yang lain.

“Mungkin kerana saya memikirkan saya tidak bagus dalam perkara lain, jadi saya sekadar meneruskan minat saya. Sehingga hari ini, ibu bapa saya masih tidak faham kenapa saya sangat berminat dengan cicak,” ujarnya yang pertama kali ditemui sedang berkongsi tentang penemuan kumpulannya dari hutan Malaysia di ibu pejabat Persatuan Pencinta Alam (MNS) di Kuala Lumpur.

Jika ada yang mempunyai pemikiran yang sama seperti ibu bapa Grismer, beliau meminta orang ramai untuk menjawab soalannya pula: Kenapa pula ia tidak sepatutnya digemari?

“Kita bukan sekadar bercakap tentang cicak rumah yang selalu kita jumpa di dalam kediaman dan bangunan tempat kita bekerja. Tetapi kita bercakap tentang semua cicak yang ada di Malaysia.

“Setiap spesies cicak memiliki ciri yang tersendiri. Daripada warna dan bentuk, sehinggalah kepada anatomi, cicak sebenarnya ‘hadiah’ yang diberi tuhan untuk kita buka dan teroka,” kongsi bapa kepada dua orang anak ini.

Bercakap tentang buka dan teroka, Grismer berkata, beliau menghabiskan satu malam tahun barunya ketika remaja di rumah membedah cicak sedangkan teman-temannya yang lain sedang bergembira di parti-parti yang dianjurkan.
Saya sedar, demi menyelamatkan keseluruhan spesies cicak, seekor dua perlu dikorbankan. Mereka perlu dikenali dan difahami dengan lebih mendalam,” katanya yang kemudiannya menjelas lanjut bahawa pembelajaran itu tidak terhenti di situ saja. Sebaliknya, katanya, ia sepatutnya dapat membantu menyelamatkan dunia.

“Dunia sekarang sebenarnya dalam keadaan ‘huru-hara’. Dengan perubahan cuaca yang sedang berlaku, Malaysia menunjukkan bahawa ia adalah salah sebuah negara maju di rantau Asia Tenggara dalam usaha konservasi alam,” kata Grismer yang merupakan orang pertama yang mendapat ijazah sarjana muda dalam keluarganya.

Merujuk keluasan kawasan hutan Malaysia yang belum diteroka dan minat penduduk setempat untuk menghabiskan masa lapang di dalam hutan, Grismer mengatakan satu-satunya cara untuk benar-benar menyelamatkan dunia ialah dengan mempelajari tentang apa yang ada di dalamnya.

Bekerjasama dengan kumpulan tempatan yang diketuai Dr. Norhayati Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Grismer berkata pelajar dari Malaysia menunjukkan dedikasi paling tinggi ketika mempelajari ilmu alam.

“Chan Kin Onn, calon Ijazah dalam Sains (UKM), contohnya, boleh disifatkan sebagai perintis pakar reptilia Malaysia tidak lama lagi. Kerjasama yang terbina (antara Amerika Syarikat dan Malaysia) seperti ini boleh membawa kepada lebih banyak kebaikan, terutamanya untuk dunia ini sendiri,” ujar Grismer serius.

Terkeluar daripada stereotaip seorang pakar biologi yang sering digambarkan dalam filem, kata Grismer, dia melalui adventur yang jauh lebih mengujakan berbanding imaginasi seorang penulis skrip filem.

Malah, penulis Vernon L. Avila, dalam bukunya Biology: Investigating Life on Earth mengatakan Indiana Jones juga akan cemburu jika beliau mengetahui pengembaraan yang dikongsi Grismer dan anak lelakinya, Jesse, dalam pencarian mereka untuk memahami amfibia dan reptilia.

Menariknya, dari segi fizikal juga Grismer sudah menyangkal stereotaip itu dari awal.




--------------------------------------------------------------------------------



“Kami perlu sihat dan cergas. Kerana sepanjang menjalankan kajian kami perlu berupaya untuk mengangkat dan menggolekkan batu, memanjat gunung, bukit yang curam atau pokok dan kami perlu berupaya untuk melakukan semuanya itu sendiri.

“Kalau kami lemah atau sakit, tidak ada sesiapa yang akan menjaga kami,” katanya yang sentiasa bergerak dalam kumpulan atau sekurang-kurangnya bersama anak-anaknya.

Masuk gimnasium lima hari seminggu, kata Grismer, ramai di kalangan mereka ialah pemanjat cenuram, aktif dalam angkat berat, tidak makan makanan ringan atau segera, tidak merokok, tidak minum alkohol dan sihat secara keseluruhannya.

“Kerja ini ialah tentang minda dan tubuh secara keseluruhannya. Kalau anda tanya saya, saya 90 peratus cicak. Boleh dikatakan juga ia berada dalam DNA saya.

“Walaupun saya sedang membawa anjing saya berjalan di taman, saya akan sentiasa terfikir dan terjenguk sana-sini mencari cicak,” ujarnya sambil tertawa.

Kegembiraan Grismer sebenarnya sudah dapat dirasakan sejak awal pertemuan.

“Saya sangat gembira dengan kerja ini. Ialah kehidupan saya. Kalau dulu, setiap kali balik daripada kerja, saya akan mengalami pos-depresi. Sehingga hari ini, kami sudah melakukan beberapa rancangan TV termasuklah untuk National Geographic,” kongsinya.

Sejak masuk ke hutan Malaysia, kegembiraan itu berganda tatkala penemuan yang dilakukan bersama kumpulan Dr. Norhayati. (hutan malaysia di mana?)

“Sehingga tahun 1800, hanya enam spesies cicak ditemui. Tetapi antara ... sehingga Oktober 2008 jumlah itu meningkat sehingga 117 spesies,” ujar Grismer.

Bersama-sama kumpulannya, mereka berjaya menamakan spesies cicak hampir setiap hari sejak hari pertama masuk ke hutan Malaysia.

“Malaysia membuatkan saya sedar betapa saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang biologi. Dulu, tempat-tempat yang saya kaji, seperti di kawasan gurun, hanya perlu tengok ke lantai (tanah) dan belek celah batu.

“Tetapi apabila tiba di Malaysia, dari bawah ke atas, semua ceruk kena periksa. Bukan saja di kawasan berbatu, dalam gua dan bahagian-bahagian pada pokok pun kena perhatikan juga.

“Kepelbagaian spesies cicak di Malaysia memang luar biasa. Sekali gus ini menunjukkan bahawa hutan Malaysia yang sihat kerana hanya hutan yang sihat dapat menampung kepelbagaian spesies yang besar seperti ini,” katanya


p/s: jgn tembak cicak setiap malam jumaat:)):))
 
Sponsored Post

diniya

Active+ Member
Messages
2,575
Joined
Mar 14, 2008
Messages
2,575
Reaction score
0
Points
30
abih tu nak tembak apo laie noti :-?:-?
 

tomie

CG Hardcore Club
Messages
73,886
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,886
Reaction score
8,269
Points
716
malam jumaat...tak sempat nak tembak cicak ...bro :D

:">:">
 

adr

Fun Poster
Messages
545
Joined
Aug 25, 2008
Messages
545
Reaction score
1
Points
15
Bunuh cicak dapat pahala..perintah Nabi
 

utbahz

Active Member
Messages
1,969
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,969
Reaction score
7
Points
35
Jangan tertembak cicakman udah ler..Hero kanak-kanak Malaysia tuh...
 

z3t_ex

Active+ Member
Messages
3,601
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
kalo nk cicak spesel,
meh dtg umah aku..
ade sekor sebesar hendpon lagik..
aku pn takut nk tembak..:D

:)):))
 

taufic

Legendary Member
Messages
14,651
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
kalo nk cicak spesel,
meh dtg umah aku..
ade sekor sebesar hendpon lagik..
aku pn takut nk tembak..:D

:)):))

mak aih.. cicak ke naga tu??
 

zamreda

CG Top Poster Club
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
itu bengkarung.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register