BTC USD 28,470.0 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jeti roboh Pulau Sababag Semporna

sir_hepi

Active Member
Messages
1,995
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,995
Reaction score
433
Points
51


Kesian tgk cikgu yg baju putih tergelincir jatuh. Besar pengorbanan cikgu2 yg mengajar di kwsn pendalaman ni. Tak kurang jgk adik2 yg masih nak bersekolah walaupon terpaksa mengharungi cabaran utk pergi & balik sekolah. Harap pihak berwajib dpt buat tindakan pantas utk isu mcm ni.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2

2 murid cedera, 23 lagi selamat selepas jeti roboh​

30 Januari 2023 06:19pm

2074961.jpg


Guru terjun ke laut untuk menyelamatkan murid selepas jeti kampung roboh dalam kejadian di Kampung Pababag, Semporna.


SEMPORNA - Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, di sini, cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa turut terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Sabah, Abidin Marjan mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian jeti roboh itu berlaku secara tiba-tiba.

"Jeti itu roboh ketika murid menaiki jeti berkenaan dan ia adalah jeti kampung yang menjadi jeti utama untuk sampai ke sekolah.

"Seramai 20 murid sekolah terlibat, lima lagi murid Tabika Kemas dan tiga guru turut terjun untuk menyelamatkan murid. Dua murid cedera ringan iaitu luka pada bibir dan tangan akibat terkena kayu dan terkena simen jeti yang roboh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, dua murid yang cedera bagaimanapun telah dihantar pulang selepas dinilai tahap kecederaan yang dialami.

"Setakat ini tiada kecederaan berat dan murid berkenaan telah dihantar pulang untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka," katanya.

Sementara itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan Abdul Manan Danan berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan bagi membina jeti yang runtuh berkenaan.

"Perkara ini telah saya maklumkan kepada beliau supaya peruntukan segera (disalurkan) untuk melaksanakan jeti tersebut.

"Beliau telah bersetuju supaya jeti itu dilaksanakan secepat mungkin. Namun beliau tidak mengumumkan berapa peruntukan tetapi ia perlu disiapkan dengan segera," katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan guru menyelamatkan murid yang terjatuh ke dalam laut selepas jeti dikatakan roboh dan dipercayai ia berlaku di jeti SK Pababag.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2

[VIDEO] Jeti roboh: KPM mulakan siasatan​

30 Januari 2023 07:15pm

2075044.jpg


Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, di sini, cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.


SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengambil langkah untuk menyiasat punca kejadian jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna, Sabah yang melibatkan 25 orang murid dan dua guru pada awal pagi Isnin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan segera juga telah diberikan kepada semua mangsa terlibat dalam insiden berkenaan yang turut melibatkan murid Tabika Kemas.

Menurut kenyataan itu, satu sesi libat urus akan diadakan bersama pemegang taruh dan pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

"KPM memandang serius terhadap insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa turut terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, usaha untuk memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan terus digiatkan.

“KPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.


“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan,” tambah kenyataan itu lagi.




 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2

KKDW arah bina semula jambatan, jeti Pulau Pababag​

02 Februari 2023 06:20pm

2078865.jpg


Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.


PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Sabah bagi pembinaan semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag yang runtuh baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM400,000 disalurkan bagi tujuan itu.

"Saya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan segera bagi membantu 151 murid sekolah dan 35 murid Tadika Kemas serta penduduk kampung yang terjejas pergerakan harian mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini satu rakaman video memaparkan murid lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut jambatan runtuh menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian itu dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag mengalami kecederaan manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register