BTC USD 27,779.8 Gold USD 1,994.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jet ski dihanyut tsunami 5,000 kilometer ditemui semula

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Jet ski milik Tomomune Matsunaga yang dihanyutkan hampir 5,000 kilometer selepas kejadian tsunami di Jepun pada 2011, ditemukan semula di Hawaii oleh Danielle Lampe. – AGENSI

TOKYO 29 Okt. – Seorang lelaki Jepun yang kehilangan segala-galanya dalam kejadian gempa bumi dan tsunami Jepun pada 2011, terkejut besar apabila mendapat semula satu daripada barangan berharga miliknya iaitu sebuah jet ski di pulau Hawaii yang terletak kira-kira 4,828 kilometer dari tempat tinggalnya.

Menurut Mail Online, Tomomune Matsunaga yang tinggal di Fukushima, menganggap jet ski berwarna ku*ning itu telah musnah dalam bencana tersebut.

Namun pada Mei lalu, seorang pelatih Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat (AS), Danielle Lampe menemukan jet ski berkenaan kira-kira 1,126 kilometer di barat laut Honolulu ketika sedang melakukan kajian.

Bagaimanapun jet ski itu mengalami kerosakan yang teruk dan tidak lagi boleh berfungsi selepas hanyut hampir 5,000 kilometer di lautan.

Lampe berkata, Matsunaga telah kehilangan segala-galanya dalam bencana 2011 dan jika jet ski berkenaan dikembalikan, ‘hadiah’ itu akan memberi makna yang besar kepada mangsa.

Kini Matsunaga boleh berterima kasih kepada penyelaras acara bertaraf dunia, Chris Woolay yang mengusahakan penghantaran barang peribadi lelaki Jepun itu secara percuma melalui bantuan kawannya, Shigeki Kuwabara, seorang kapten kapal yang singgah ke pulau terbabit sebanyak tiga kali setahun.

Matsunaga yang kini tinggal di penempatan sementara di Iwaki City, dijangka mendapat semula jet ski tersebut pada 11 November ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...-ditemui-pemilik-1.18423#sthash.68hkjOV7.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register