BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jet Li berlakon semula filem China

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
HONG KONG 25 Ogos - Jet Li akan kembali berlakon dalam filem China yang dilaporkan tidak melibatkan aksi kung fu selepas penerbitan tiga filem Hollywoodnya, menurut seorang jurucakap hari ini.

"Li dijangka mula menjalani penggambaran filem yang buat masa ini dipanggil, Ocean Paradise di China tidak lama lagi," kata jurucakap Edko Film, Zhang Hongyan dalam satu wawancara menerusi telefon hari ini.

"Filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun depan yang diarahkan oleh seorang pendatang baru," kata Zhang yang enggan mengulas lanjut sebelum pengumuman rasmi dibuat dalam sidang akhbar di Beijing, esok.

Syarikat Edko Film yang berpejabat di Hong Kong merupakan pengedar filem itu di China.

Akhbar Chengdu Shangbao melaporkan hari ini bahawa Li tidak akan beraksi dalam filem tersebut tetapi Zhang menolak untuk mengesahkan laporan itu dan hanya berkata, "Ia sebuah filem yang jauh berbeza dari beberapa filemnya sebelum ini."

Ketiga-tiga filem lakonan Li sebelum ini merupakan hasil penerbitan Amerika Syarikat.

Dua filem beliau yang baru sahaja ditayangkan adalah The Forbidden Kingdom yang pertama kali beliau digandingkan dengan pelakon Jackie Chan dan The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor.

Bintang aksi berumur 46 tahun itu dilaporkan baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem seram, Expendables.

Li yang merupakan bekas juara kebangsaan seni mempertahan diri di China, berjaya menempah nama dalam industri perfileman Hong Kong menerusi siri Once Upon a Time in China sebelum beralih ke Hollywood, di mana beliau mencipta nama melalui Lethal Weapon 4, Romeo Must Die dan Kiss of the Dragon. - AP
 
jet li ni camner la kalo berlakon takde lawan2... cam pelik lak..
 
aku suka kalau dia berlakon ngan jackie chan macam dalam cite foebidden kingdom tu best gile..
 
jet li jadi jiwang plak ni..ekekekeke
 
Back
Top
Log in Register