BTC USD 62,461.2 Gold USD 1,763.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jersi Kuning Tak Bawa Tuah? Tahyulkah atau Kebetulan?

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,636
Reaction score
265
Points
91
'Jersi kuning tak bawa tuah'
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[email protected]

WIRA-WIRA bola sepak negara sudah bersiap sedia untuk menghadapi ancaman Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

BIARPUN turun selaku tuan rumah, Malaysia bakal menggunakan jersi kedua mereka berwarna biru untuk menghadapi Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pada dua aksi Kumpulan A sebelum ini, Malaysia menggunakan jersi kedua berwarna biru dan berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos 5-1. Ketika mereka menggunakan jersi kuning pada aksi pertama menentang Indonesia, skuad negara dibelasah 5-1.

Penentuan untuk menggunakan jersi berwarna biru itu disahkan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

"Kami baru saja membuat keputusan pada mesyuarat pengurus pasukan sebentar tadi (semalam) bahawa Malaysia akan menggunakan jersi biru pada perlawanan esok (hari ini)," kata Rajagobal.

Namun jurulatih Vietnam, Henrique Calisto yang turut sama dalam sidang media itu pantas mencelah dan sambil berseloroh berkata: "Kalau Malaysia pakai jersi biru, biarlah kami pakai jersi kuning."
Amazing things happen when you say Yes


Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan malam ini, Rajagobal berkata, dia berkeyakinan tinggi bahawa barisan pemain mudanya akan memberikan satu keputusan positif selepas berakhir 90 minit permainan.

"Vietnam saya akui sebuah pasukan yang kuat walaupun jurulatih mereka beritahu tiga pemain cedera dan seorang digantung. Lagipun mereka hadir selaku juara bertahan.

"Cuma saya harap para pemain kita tidak takut dan gentar dengan reputasi pasukan lawan dan gunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri.

"Saya mahu pemain memberikan aksi terbaik sebagai balasan penyokong hadir ke stadium supaya kita dapat mencatat satu lagi kenangan manis sebelum menutup tahun 2010," ujarnya.

Bekalan gol selesa cukup penting untuk dibawa ke perlawanan kedua di Hanoi pada Sabtu ini sambil peraturan gol di tempat lawan turut digunapakai pada kejohanan kali ini.

Pasukan mana yang pakai jersi kuning tapi tetap unggul di dunia?
Rasa2 aku Brazil pun guna jersi kuning? Mungkin brazil guna jersi kuning dan ada warna hijau sikit kot???:-?:-?:-?
Rupa-rupanya masih ada kepercayaan macam ni ye...:-?:eek:

 
Sponsored Post

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,636
Reaction score
265
Points
91
selepas ni pasukan Brazil kene tukar jersi biru juga....
 

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Susah2 sangat main pakai baju batike je....:D
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
mungkin luck,mungkin kebetulan.ontah la.main botul botul la yer nanti.
 

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
pakaila baju apa pun kalau dah tak pandai main kalah jugak. nak menang sangat pakai baju gaban tu
 

rafont

Active Member
Joined
Aug 30, 2010
Messages
1,972
Reaction score
9
Points
25
takde maknanye takde tuah....
kalau main bermati-matian pastu kalah boleh la kate takde luck ker...
 

antudegil

Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
1,790
Reaction score
103
Points
33
wane kuning? wane diraja tu. mana mungkin nak menang. asyek kena tulah jela. daulat wo :p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register