Jerebu teruk di Bangkok: Penduduk batuk, bersin berdarah

Recommended Brokers


Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
702
Reaction score
265
Points
31


KUALA LUMPUR: : Masalah jerebu di Bangkok, Thailand semakin membimbangkan dengan 1,500 kilometer persegi bandar tersebut diisytiharkan sebagai 'kawasan kawalan'.

Memetik laporan portal Daily Mail, hampir 450 buah sekolah di Bangkok telah diperintahkan untuk ditutup minggu ini.

"Keadaan (jerebu) akan kekal buruk sehingga 3 atau 4 Februari, jadi saya memutuskan untuk menutup sekolah," kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang seperti dipetik portal berkenaan.

Selain itu, udara yang kotor itu dikatakan turut memudaratkan kesihatan penduduk setempat sehingga mereka yang terjejas dengan jerebu 'beracun' itu dilapor mengalami batuk dan bersin berdarah.

Difahamkan, keadaan itu berlaku akibat pendedahan kepada tahap kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) yang membawa kepada ancaman kesihatan.

Zarah halus itu juga akan meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.

Portal The Nation pula melaporkan, bahawa pihak berkuasa telah melancarkan usaha untuk mengatasi isu tersebut termasuk melakukan semburan air, menghasilkan hujan tiruan menerusi pembenihan awan, serta mengetatkan lagi undang-undang terhadap pelepasan asap kenderaan.

Berapa agensi kerajaan turut melancarkan usaha untuk memerangi masalah jerebu yang semakin buruk sejak ia melanda ibu negara Thailand itu minggu lalu.

Bagaimanapun, langkah-langkah tersebut dilihat masih gagal.


http://www.astroawani.com/berita-dunia/jerebu-teruk-di-bangkok-penduduk-batuk-bersin-berdarah-197525?amp=1
 

Attachments

Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,085
Reaction score
374
Points
81
tgk statistik income pelancongan Thailand tahun 2017.

Pelancong membelanjakan $57 billion USD utk tahun 2017. kalau convert dalam, RM300 billion.

Malaysia pula tahun 2017, cuma $18 billion USD. 4x ganda pelancong spending money di Thailand.

Malaysia patut perbanyakkan lagi tempat menarik.

Dapat $30 billion USD every year pun dah kira ok sebenarnya utk negara mcm Malaysia.
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,667
Reaction score
8,193
Points
716
tgk statistik income pelancongan Thailand tahun 2017.

Pelancong membelanjakan $57 billion USD utk tahun 2017. kalau convert dalam, RM300 billion.

Malaysia pula tahun 2017, cuma $18 billion USD. 4x ganda pelancong spending money di Thailand.

Malaysia patut perbanyakkan lagi tempat menarik.

Dapat $30 billion USD every year pun dah kira ok sebenarnya utk negara mcm Malaysia.
kalo nak ligan statistik ni...
jenuh ar..

toksah dok ligan...sana macam2 ada...

mesia walau income ciput...yg penting barakah :D
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Gold Member
Joined
May 3, 2011
Messages
27,387
Reaction score
856
Points
171
Sebab tu pentingnye pengankutan awam..boleh kurangkan asap kereta..tapi badut 93tahun tu berdendam batalkan semua.

Klu tak dibuat,.silap2 kawasan bandar kat malaysia pun jadi mcm thai
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,085
Reaction score
374
Points
81
kalo nak ligan statistik ni...
jenuh ar..

toksah dok ligan...sana macam2 ada...

mesia walau income ciput...yg penting barakah :D
mmg kalah jauh ngan thailand huhu.

tu aku tak risau sgt. mmg diorg byk sgt tempat best.

cuma aku risau kalau Vietnam dan Filipina duk kejar Malaysia dari belakang :))

silap2 org da x guna KL sebagai transit da.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,854
Reaction score
310
Points
81
Baru kena sikit, dah bersin, batuk berdarah bagai.
Rakyat malaysia rilek saja, tiap tahun sedut jerebu dari indon.
 

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,144
Reaction score
449
Points
41
Australia panas melampau
usa sejuk melampau
thailand jerebu melampau
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,785
Reaction score
97
Points
70
Sebab tu pentingnye pengankutan awam..boleh kurangkan asap kereta..tapi badut 93tahun tu berdendam batalkan semua.

Klu tak dibuat,.silap2 kawasan bandar kat malaysia pun jadi mcm thai
Pengangkutan awam canggih macam mana sekalipun kalau indon export jerebu dia xleh buat apa2 jgk :))
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,314
Reaction score
20,666
Points
1,661
Jerebu di Bangkok makin buruk



Bangkok: Situasi jerebu di Bangkok semakin buruk apabila segelintir penduduk mendakwa mengalami masalah kesihatan yang teruk hingga batuk berdarah akibat pencemaran itu.

Daily Mail melaporkan, terdapat beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial yang menunjukkan terdapat kesan darah pada topeng muka mereka selepas batuk dan bersin.

Ia turut memberi kesan terhadap haiwan apabila seekor arnab terpaksa dihantar ke hospital haiwan kerana terdapat darah pada hidungnya.

Seorang pekerja, Nutthawut Sirichainarumit yang berkongsi salah satu gambar itu menunjukkan terdapat kesan darah di tangannya selepas bersin pada 15 Januari lalu dan mendakwa ia berpunca daripada jerebu.

“Hidung saya pedih ketika bernafas dua hari lalu. Ia menyebabkan saya bersin sepanjang malam hingga keluar darah pada pagi keesokannya.

“Saya terkejut kerana ia tidak pernah berlaku sepanjang hidup saya. Saya percaya ia berpunca daripada pencemaran yang berlaku ketika ini,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan Thailand menutup 439 sekolah dan mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah itu termasuk menerbangkan dron untuk menyembur air tetapi dilihat kurang berkesan.


https://www.hmetro.com.my/global/2019/02/418944/jerebu-di-bangkok-makin-buruk-video
 
Sponsored Post
Top
Log in Register