Jerebu Kembali Melanda, PM Nasihat Orang Ramai Berjaga-Jaga

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226
KUALA LUMPUR, 22 April - Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar

"Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya

"Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk," kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter hari ini

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 11 pagi tadi dengan bacaan masing-masing 105 dan 146

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang, Selangor

Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering, sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara
 
Update # 1
Jerebu Jun hingga Oktober


Putrajaya: Negara dijangka mengalami jerebu antara Jun hingga Oktober depan berikutan cuaca panas dan kering di Wilayah Sumatera serta Kalimantan Indonesia

Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, fenomena La Nina yang menyebabkan hujan di beberapa negeri sepanjang Jun hingga September akan mengurangkan kesan pencemaran akibat jerebu

Katanya, keadaan ini diramalkan berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpusat di Singapura

"Mengikut kajian itu, musim kering yang berlaku Wilayah Sumatera dan Kalimantan menyebabkan angin akan bertiup ke Malaysia serta boleh menyebabkan jerebu

"Namun, hujan yang berlaku di beberapa tempat mengurangkan kesannya dan mungkin boleh menyebabkan banjir terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang,"katanya pada sidang media di sini, hari ini

Selain itu, Wan Junaidi berkata, Perjanjian Persefahaman (MoU) menangani jerebu yang ditandatangani dengan Wilayah Sumatera sebelum ini tidak akan dilaksanakan

Sehubungan itu, katanya, usaha menangani masalah itu akan dilaksanakan menerusi kerajaan dengan kerajaan (G2G)
Sponsored Post

putrazan

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2010
Messages
3,356
Reaction score
10
Points
25
patutlah pagi tadi matahari oren sampai ke senja...
 

crood

Permanently Banned
Joined
Mar 23, 2016
Messages
792
Reaction score
0
Points
10
Jerebu. Panas lagi. Adei. Petanda ke ni?
 

samkehel

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2015
Messages
651
Reaction score
4
Points
15
dah la panas, jerebu lagi, teruk betoiii
 

Breekachu

Super Active Member
Joined
Dec 15, 2012
Messages
6,288
Reaction score
134
Points
73
Aku ingat asap apa petnag tadi. Bau macam asap jerebu. Tup2 memang jerebu. Adoiiii
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226
IPU Tidak Sihat Di Miri Akibat Kebakaran Hutan Di Bekenu, Marudi

KUALA LUMPUR, 22 April - Jerebu yang dialami di Miri, Sarawak yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pagi tadi berpunca daripada kebakaran hutan di kawasan Bekenu dan Marudi

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kebakaran itu melibatkan keluasan sepanjang dua kilometer (km) di Bekenu dan 80 hektar di Marudi yang bermula sejak Rabu lepas hingga hari ini

Beliau juga berkata keadaan jerebu yang dialami di Lembah Klang adalah disebabkan asap kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di beberapa kawasan di tengah Semenanjung seperti di Selangor dan Pahang

"Pelepasan asap kenderaan bermotor dan dari industri di Lembah Klang turut menyumbang kepada keadaan jerebu yang dialami di Lembah Klang sejak semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini

Beliau berkata antara kes kebakaran besar yang masih dalam pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ketika ini ialah kebakaran hutan di tanah gambut di Mukim Beris Lalang dan Mukim Beoh, Bachok di Kelantan seluas 40 hektar yang berlaku sejak 12 Mac lepas

"Selain itu, kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Selangor seluas 24.8 hektar sejak 2 April lepas

"Kebakaran paya gambut di Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing, Johor seluas 40 hektar sejak 19 April dan kebakaran hutan belukar di Kampung Durian Guling, Marang, Terengganu seluas 21.1 hektar sejak 17 April lepas," katanya

Pada masa ini, katanya, tiada pengaruh jerebu merentas sempadan kerana negara masih berada dalam musim peralihan monsun yang dijangkakan sehingga pertengahan Mei ini

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat meningkat kepada empat setakat pukul 2 petang ini berbanding dua pada pagi tadi

Putrajaya dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan IPU dengan bacaan 103 dan 108, dan dua kawasan lagi iaitu Pelabuhan Klang, Selangor mencatatkan peningkatan IPU daripada 105 kepada 107 manakala Miri, Sarawak turun kepada 142 berbanding 146 pada pukul 11 pagi tadi

Menurut portal itu, sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 29 lagi IPU sederhana

Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Shah Alam (88); Nilai (81); Port Dickson (70); Batu Muda (86); Banting (81) dan Petaling Jaya (78)

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya)

Menurut portal itu, keadaan diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara. Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa
 

Jejaka Kedekut

Legendary Member
Joined
Nov 28, 2007
Messages
11,086
Reaction score
23
Points
115
dahlah kemarau.kena bayar bil letrik tinggi.jerebu pulak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register