Jerebu kembali melanda negara

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
Pelbagai jenis topeng penutup hidung digunakan oleh orang ramai berikutan masalah jerebu. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah 141, ditakrifkan sebagai tidak sihat ketika tinjauan di Bukit Bintang, pada jam 2 petang tadi.

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
4pm 19 Sept

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
5pm 19 Sept

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,410
Reaction score
1,928
Points
206
Jerebu: Indonesia belum bersedia terima bantuan Malaysia



PUTRAJAYA - Malaysia tidak pernah bertanya Indonesia kenapa ia tidak menerima tawaran untuk membantunya menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia telah menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk menangani kebakaran hutan kerana ia mempunyai peralatan pengeboman air yang boleh digunakan.

Ketika ditanya pada sidang akhbar mengenai mengapa Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi tidak bersedia menerima tawaran Malaysia, Mahathir berkata: "Saya tidak tahu kenapa."

"Bertanya (Jokowi) mengapa anda tidak mahu menerima bantuan kami? Tetapi saya belum pernah melakukannya lagi. Kenapa anda tidak bertanya (Jokowi)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Ditanya bagaimana Malaysia akan mengawal masalah jerebu, Perdana Menteri berkata: "Kami berdoa agar hujan turun. Kita telah melakukan pembenihan awan dan meminta orang ramai memakai topeng muka."

Ditanya mengenai kos yang terlibat dalam pembenihan awan, Mahathir berkata, beliau tidak menerima maklumat mengenai kosnya.

"Tetapi kami menerima cadangan sekarang supaya menggunakan dron untuk membentuk hujan buatan. Kita boleh menggunakan beberapa dron, bukan satu di kawasan tertentu berkenaan Putrajaya yang teruk terjejas oleh jerebu," katanya.

Jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia telah melanda beberapa kawasan di Malaysia yang dibawa angin Monsun Barat Daya. - Bernama

 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
Kerajaan tak lindungi syarikat Malaysia jika tuduhan Indon benar



PUTRAJAYA 19 Sept. - Kerajaan tidak akan melindungi empat syarikat Malaysia yang didakwa menjadi antara penyebab kebakaran hutan di Indonesia jika dakwaan tersebut benar, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.


Beliau berkata, Indonesia setakat ini tidak memberikan bukti kukuh ke atas tuduhan tersebut, menyebabkan pihaknya sukar melakukan tindakan lanjut.

“Tuduhan itu dibuat oleh Indonesia maka kerajaan Indonesia harus menjalankan siasatan dan tunjukkan bukti kepada kami untuk apa-apa tindakan lanjut diambil.

“Kementerian ini tidak akan pertahankan syarikat terbabit jika terbukti melakukan perkara yang salah,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Industri Utama di sini hari ini.

Indonesia sebelum ini mendakwa beberapa kes kebakaran hutan di wilayahnya bermula di ladang digunakan subsidiari syarikat Malaysia dan menuduh empat syarikat tersebut menjadi punca kebakaran hutan di republik berkenaan hingga mengakibatkan jerebu.

Empat syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat ternama Malaysia seperti IOI Corporation, Sime Darby Plantation Bhd, TDM Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Kok berkata, tiada arahan rasmi dikeluarkan kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk menjawab kepada kementerian atau Indonesia namun beliau mengambil maklum kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan syarikat terbabit.

“Sehingga bukti kukuh dikemukakan, dakwaan Indonesia itu dilihat tidak berasas jika mengambil kira rekod kesemua syarikat Malaysia itu yang berpegang kepada amalan penanaman sawit secara mampan,” katanya.

Beliau berkata, rekod itu adalah berdasarkan Pensijilan Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), Skim Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC) atau gabungan sistem pensijilan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tuduhan kepada empat syarikat yang dinamakan kerajaan Indonesia sangat serius menyebabkan imej syarikat berkenaan terjejas serta secara tidak langsung memberi kesan kepada imej Malaysia selaku negara pengeluar sawit, katanya.

Kok berkata, sukar dipercayai jika syarikat yang mengamalkan MSPO membenarkan kebakaran terbuka berlaku di ladang masing-masing kerana perbuatan itu akan memberi kesan kepada syarikat serta lesen yang dimiliki.


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
Jangan tunggu IPU 500 baru nak isytihar darurat



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kerajaan tidak perlu menunggu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga 500 untuk mengisytiharkan darurat bencana berikutan keadaan jerebu yang melanda negara ini.


Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah berkata, kerajaan harus memastikan 
kesihatan dan keselamatan rakyat berada ditahap yang baik dan selamat tanpa memperjudikan nyawa mereka.

“Ini membahayakan kesihatan rakyat kerana IPU yang dicatatkan oleh Jabatan Alam Sekitar daripada 200 hingga 300 adalah sangat tidak sihat melakukan aktiviti luar dalam jangka masa lama, manakala bacaan IPU 300 ke atas pula berbahaya, bayangkan jika sudah mencecah 500, sudah tentu membahayakan nyawa rakyat,” tegas beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengumumkan bahawa kerajaan akan mengisytiharkan darurat pada bacaan IPU mencecah 500.

Tambah Murugiah, ketika ini jumlah kes pesakit yang menghidap asma, demam dan batuk semakin meningkat di hospital dan klinik di seluruh negara.

“Jika kerajaan mahu menunggu hingga bacaan IPU mencecah 500 baharu mahu mengisytihar darurat sudah terlewat, mereka harus peka dengan nasib rakyat.

“Apa yang penting ketika ini, kerajaan harus memperbanyakkan pembenihan awan di semua kawasan terjejas,” ujarnya.

Katanya, langkah itu bagi membantu masalah jerebu dapat diatasi dan rakyat boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

 “Saya harap kerajaan tidak memandang isu pembenihan awan ini sebagai remeh kerana ia penting bagi memastikan keadaan terkawal,” tambahnya.


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
Penduduk mula berpindah sementara


Sebahagian penumpang baru tiba di Medan mengambil barang-barang yang dibawa dari Riau. - Foto Kompas

PEKANBARU - Keadaan jerebu yang semakin serius ekoran kebakaran hutan di Riau menyebabkan ada penduduk tempatan mula berpindah sementara ke kawasan berdekatan.

Perpindahan itu menyebabkan pertambahan bilangan penumpang bas dari Pekanbaru ke Medan sejak tiga minggu lalu berbanding sebelum ini.

Seorang kakitangan syarikat bas CR Makmur, Viktor Butar berkata, kebiasaannya bilangan penumpang bertambah hanya semasa cuti sekolah, musim perayaan dan tahun baru.

"Bagaimanapun sejak tiga minggu lalu, bas Makmur melalui Medan telah bertambah kira-kira 10 peratus.

"Para penumpang turun dari beberapa laluan seperti Tebingtinggi, Lubuk Pakam, Tanjung Morawa, Medan, Binjai Stabat dan beberapa lokasi lain.

Tambahnya, aduan yang diterima daripada pemandu bas pula adalah masalah jerebu menyebabkan jarak penglihatan kini hanya 50 meter berbanding biasa 200 meter.

Justeru, pemandu memandu lebih perlahan dan menjejaskan masa perjalanan yang sepatutnya hanya setengah jam menjadi satu jam. - Agensi


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,483
Reaction score
20,986
Points
1,671
Malaysia tangga ke 4 pencemaran udara tertinggi di dunia

 
Sponsored Post
Top
Log in Register