Jerebu kembali melanda negara

Recommended Brokers


Sponsored Post

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,153
Reaction score
105
Points
73
ntahla mentri dia sama rakyat dia sama2 naik goblok dia..tiap tahun mcm ni.kesian kt binatang liar kt dlm hutan pun terjejas
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,848
Reaction score
1,947
Points
176
API / IPU Index 17.09.2019 - 1200hrs



 

akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,553
Reaction score
986
Points
166
sekolah anak aku under putrajaya punya kawasan
aini tutup sbb ptg smlm hit >IPU 200

tgh hari ni pun dah naik nak langgar dinding IPU200 lagi
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,848
Reaction score
1,947
Points
176
Tiga ditangkap Polisi di Batam terkait kasus Pembakaran hutan dan lahan (Karhutla) di Kota Batam. Ketiga pelaku diketahui kedapatan saat hendak membakar hutan di kawasan Bukit Bismilah Galang, Hutan di Kecamatan Galang dan kawasan Sekupang Batam.

 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,803
Reaction score
1,833
Points
141
boleh tahu apa tujuan depa bakar hutan?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226


SK Tanjung Bijat, Sri Aman yang ditutup kerana jerebu tahap bahaya. FOTO Joshua Eric
Darurat Bencana Jerebu jika IPU lebih 500


OPERASI Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat di Sarawak pada atau selepas 19 September, tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca dan awan, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA yang memantau keadaan jerebu di Sarawak dan negeri-negeri lain juga dalam kenyataan hari ini berkata, Darurat Bencana Jerebu hanya dibuat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.

Menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar pada 8 pagi hari ini, terdapat 29 kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat, sangat tidak sihat (tiga) dan bahaya (satu).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya adalah di Sri Aman, Sarawak pada 359, manakala tiga stesen yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat adalah Port Dickson, Negeri Sembilan (207); Kuching, Sarawak (216) dan Johan Setia, Klang, Selangor (232).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Menurut NADMA, sejumlah 531 sekolah ditutup hari ini membabitkan 363,991 pelajar, iaitu di Selangor 145 sekolah, Sarawak (298), Negeri Sembilan (63) dan Putrajaya (25).

Menurut NADMA, Darurat Bencana Jerebu pernah dilaksanakan di Kuching, Sarawak pada 19 September 1997 apabila bacaan IPU 650; pada 1 Ogos 2005 di Kuala Selangor apabila IPU 531 direkodkan dan di Pelabuhan Klang, Selangor selain pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang, Johor apabila bacaan IPU melebihi 500.

NADMA turut menasihatkan rakyat khususnya di negeri dan kawasan yang bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dan tidak sihat untuk sentiasa berada di kawasan tertutup serta mengurangkan aktiviti fizikal dan luar.

“Jika perlu berada di kawasan terbuka, topeng muka hendaklah sentiasa dipakai demi menjaga kesihatan, minum air yang mencukupi dan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu bertambah buruk,” katanya.

Khusus bagi kawasan Sri Aman yang IPU melebihi 300, pemandu diingatkan untuk memasang lampu kenderaan ketika memandu, kata kenyataan itu.


 
  • Like
Reactions: TT

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meninjau keadaan bilik darjah dan beramah mesra bersama murid ketika hadir sempena lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali ( tiga kiri). - Foto Hasriyasyah Sabudin


Pengawal Keselamatan, Hamdan Hamzah, 49 memasang notis pemberitahuan sekolah ditutup di Sekolah Kebangsaan Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan berikutan sehingga jam 9 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan sebanyak 212 iaitu pada tahap sangat tidak sihat. - Foto Iqmal Haqim Rosman



Bacaan IPU yang dipaparkan pada laman web http://apims.doe.gov.my.
46 sekolah di Nilai tutup


SEREMBAN: Sebanyak 46 sekolah di Nilai ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencapai tahap sangat tidak sihat mulai pagi ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata IPU di kawasan itu sehingga jam 12 tengah hari mencatatkan 206.

Katanya, IPU di Nilai menunjukkan tahap sangat tidak sihat bermula jam 9 pagi apabila merekodkan bacaan 203.

“Justeru, ibu bapa dibenarkan membawa anak mereka pulang ke rumah masing-masing, manakala bagi yang bersekolah pada sesi petang pula tidak perlu datang ke sekolah,” katanya kepada media selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan majlis bersama ibu bapa serta penjaga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.

Pagi tadi, sebanyak 63 sekolah di Port Dickson membabitkan seramai 22,877 murid ditutup susulan bacaan IPU merekodkan 212 pada jam 9 pagi ini.

Di Seremban pula, bacaan IPU sehingga jam 12 tengah hari menunjukkan 177.

Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata, guru besar dan pengetua sekolah perlu peka dengan bacaan IPU yang dipaparkan pada laman web http://apims.doe.gov.my.

Katanya, jika mendapati bacaan IPU melebihi 200, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada JPNS untuk tindakan penutupan sekolah.

“Guru pula akan ditugaskan memaklumkan perkara ini (penutupan sekolah) kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, JPNS akan terus memantau keadaan dan akan membuat makluman dari semasa ke semasa.


 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post
Top
Log in Register