Jerebu kembali melanda negara

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Perlis catat IPU tidak sihat sejak Sabtu


Keadaan jerebu di bandar Kangar, Perlis yang menyebabkan jarak pemandangan menjadi semakin terhad.

KANGAR - Perlis mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi bacaan 100 iaitu paras udara tidak sihat sejak Sabtu lalu menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Azman Shah Ismail ketika dihubungi hari ini.

"Bacaan IPU itu diperoleh dari stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.

"Bacaan yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan bacaan 160 tetapi menurun kepada 154 pada tengah hari dan petang.

"Dua faktor penyumbang utama peningkatan indeks itu ialah pencemaran merentas sempadan di negeri jiran dan pembakaran jerami oleh pesawah di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah mengeluarkan surat kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Pertanian Perlis dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya menghentikan sementara pembakaran jerami padi bagi mengawal situasi ini.

"JAS juga mencadangkan Jabatan Pendidikan Perlis supaya menangguhkan sementara aktiviti luar melibatkan pelajar sekolah," katanya.

Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman sesewang Jabatan Alam Sekitar di Kangar, Perlis setakat pukul 4 petang hari ini ialah 143.

Perlis merupakan antara negeri pengeluar hasil padi di negara ini dan pembakaran jerami merupakan satu perkara yang perlu bertujuan menghapuskan perosak tumbuhan serta membekalkan nutrien baja dalam sawah.


http://www.kosmo.com.my/terkini/perlis-rekod-ipu-tidak-sihat-sejak-sabtu-lalu-1.730381
 
Sponsored Post

matabulat

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2016
Messages
2,619
Reaction score
713
Points
81
teluk intan baru seroh hujan. lebat gak laa.
dah cerah elok ha n tak paneh sgt dah.
alhamdulillah.:">:">
lebat ker bro?
alahai kg gajah hujan terpias jer..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Mukah, Sibu catat IPU tidak sihat

KUCHING - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Mukah dan Sibu merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing pada 140 dan 124 setakat pukul 1 petang ini akibat keadaan jerebu.


Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa bahagian lain di negeri itu mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana iaitu Samarahan (90), Kuching (88) dan Sarikei (85).

Menurut JAS, keadaan cuaca panas yang berterusan sejak lebih dua minggu memburukkan lagi kejadian kebakaran tanah gambut di Daro selain jerebu yang dibawa angin dari Kalimantan.

Selain itu, JAS juga mengesan ratusan titik panas di Kalimantan Barat berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia antaranya di Singkawang dan Sambas.

Susulan itu, JAS menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain mengelakkan aktiviti riadah di kawasan terbuka serta minum air yang banyak. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/mukah-dan-sibu-catat-ipu-tidak-sihat-1.730384
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
Cuaca panas: Lebih 189.7 hektar hutan terbakar, Sarawak diselubungi jerebu





ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan belukar yang terbakar di Kampung Kut di Daro hari ini. - UTUSAN ONLINE








KUCHING 16 Ogos - Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan berlaku peningkatan kes kebakaran belukar dan hutan serta menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di negeri ini.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, jerebu mula melanda negeri ini dengan bahagian Mukah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat iaitu 137 setakat pukul 4 petang ini.

Sementara itu, lain-lain bahagian turut didapati mula dilanda jerebu termasuk Kuching, namun tahap IPU masih lagi mencatatkan paras sederhana.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM negeri melaporkan, sebanyak 163 kes kebakaran belukar, lalang, hutan dan tanah gambut dilaporkan di seluruh negeri ini sejak Jumaat lalu sehingga hari ini.

Kebakaran tersebut menyebabkan pihak bomba terpaksa bertungkus-lumus memadam kebakaran yang memusnahkan lebih 189.7 hektar kawasan setakat ini.

Menurut laporan tersebut, semalam sahaja, sebanyak 26 kes kebakaran membabitkan hutan dilaporkan dengan Sungai Merah di Sibu dan Lopeng, Miri masing-masing mencatatkan kes tertinggi iaitu 4 kes, diikuti 3 kes di Miri, masing-masing 2 kes di Petra Jaya dan Batu Lintang di Kuching, Lundu, Sri Aman, bandar Sibu serta Mukah.

Sementara itu, Kota Samarahan, Bintangor dan Bintulu pula masing-masing mencatatkan 1 kes. – UTUSAN ONLINE








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nah...wak-diselubungi-jerebu-1.730351#ixzz5OLD4esSu





.
 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Kebakaran di Sumatera Utara, Kalimantan Barat punca jerebu



BACAAN terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan beberapa kawasan berada dalam bacaan sederhana dengan Banting mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 106.


Jurucakap JAS berkata, Banting mencatatkan bacaan 106 iaitu berada pada tahap tidak sihat, manakala Putrajaya dan Nilai dalam kategori sederhana iaitu 94 dan 95.

Katanya jerebu kali ini berpunca daripada kebakaran yang dikesan berlaku di Sumatera Utara dan Kalimantan Barat.

“Memburukkan keadaan apabila angin monsun barat daya yang bertiup menghala Semenanjung menyebabkan keadaan itu dijangka berlarutan dalam tempoh sebulan ini, bagaimanapun bergantung pada arah tiupan angin dan taburan hujan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Menurut bacaan IPU hingga jam 4 petang tadi empat kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mencatat bacaan sederhana iaitu Klang (95), Putrajaya (94), Shah Alam (86), Petaling Jaya (85) dan Batu Muda (81).

Beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mencatat bacaan IPU sederhana dengan bacaan antara 55 hingga 74 bagaimanapun Nilai mencatatkan bacaan 95.

Tiga kawasan di Sarawak turut mencatat IPU sederhana iaitu Miri (79), Mukah (78) dan Sarikei (74).

Beberapa negeri di Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata sepanjang bulan ini hingga September, berikutan cuaca panas.

JAS berkata, orang ramai tidak perlu panik sebaliknya mengambil langkah untuk menjaga kesihatan mereka antaranya mengurangkan aktiviti di luar rumah, melakukan pembakaran terbuka termasuklah merokok.

“Pastikan minum air yang mencukupi dan memakai penutup muka ketika keluar dari rumah,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...-sumatera-utara-kalimantan-barat-punca-jerebu
 

the_one

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,944
Reaction score
208
Points
33
ni memang acara tahunan indonesia kot.. jerebu. sukan tahunan,
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,165
Reaction score
1,895
Points
206
Cyberjaya pun teruk juga harini.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Operasi Pembenihan Awan yang dijalankan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama TUDM dan NADMA pada 17 Ogos 2018 untuk menangani kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia dan keadaan jerebu yang melanda kebanyakan kawasan dalam negara.




 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Jerebu dijangka pulih Oktober nanti

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka beransur pulih bermula hujung bulan depan selepas berakhirnya pergerakan angin monsun barat daya.


Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, kebakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia telah mengakibatkan pencemaran je*rebu merentasi sempadan berlaku terutama di utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“Jerebu yang berlaku ketika ini adalah ekoran tiupan angin monsun barat daya yang sedang berlaku dan dijangka sekurang-kurangnya sehingga hujung bulan ini.

“Kejadian ini akan dikurangkan selepas monsun ini iaitu penghujung bulan depan apabila berlakunya peralihan monsun,” katanya menerusi rakaman video di akaun Facebook miliknya semalam.

Bee Yin berkata, kerajaan menerusi pelbagai agensi dan jabatan mengambil langkah bersiap sedia bagi mengelakkan berlakunya kebakaran terbuka di dalam negara sambil berharap kerajaan Indonesia dapat mengambil langkah sama dalam memastikan kebakaran terbuka tidak terus berlaku di negara tersebut.

Sementara itu, setakat pukul 5 petang hari ini, kawasan Johan Setia, Klang dan Banting, Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada tahap bacaan 119 dan 106 dipe*ngaruhi kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia, Jalan Kebun, Klang, kelmarin.

Menerusi laman sesawang, Sistem Pengurusan Indeks Pen*cemaran Udara (APIMS), bebe*rapa kawasan lain seperti di Mukah, Sarawak; Kangar, Perlis; Alor Setar, Kedah dan Seberang Jaya,Pulau Pinang yang mencatatkan IPU tidak sihat semalam mula beransur pulih dan mencatatkan bacaan IPU baik dan sederhana.

Sementara itu, menurutnya, ekoran rancangan pembenihan awan terpaksa dibatalkan langkah telah diambil dengan membekalkan air bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di Johan Setia.

“Ekoran rancangan pembenihan awan mungkin tidak dapat dibuat kerana cuaca kering, langkah diambil dengan menghantar air dari luar ke kawasan terlibat dan mengepam air ke dalam kolam yang telah dikorek.

“Kami meminjam 10 tangki air pihak Air Selangor dan enam lagi pihak berkuasa tempatan bagi berulang alik membawa air ke tempat kejadian bagi memastikan jumlah air sentiasa mencukupi untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Namun begitu, ekoran kawasan kebakaran luas terdapat masalah yang mana lori tangki air tersebut tidak mampu memasuki kawasan lebih jauh, jadi langkah diambil dengan mengorek tiga kolam dan seterusnya air dipam ke dalam kolam terbabit sebagai bekalan air untuk memadamkan kebakaran,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-dijangka-pulih-oktober-1.731376#ixzz5OVy6zvyf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register