BTC USD 43,126.5 Gold USD 1,763.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepun Sasar Pelancaran Rangkaian 6G Menjelang 2030

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Ujian rangkaian 5G sedang berjalan rancak di Pulau Langkawi sejak dua minggu kebelakangan ini. Sekiranya semua berjalan lancar, rangkaian 5G boleh dikomersilkan di Malaysia menjelang suku ketiga tahun 2020. Sedang kita masih rancak merancang pelancaran 5G, Jepun sudah memulakan usaha untuk melancarkan rangkaian 6G di negara mereka.

Usaha awal telah dimulakan dengan sasaran melancarkan rangkaian 6G menjelang 2030. Rangkaian 6G akan memberikan kelajuan sehingga 10 kali ganda rangkai 5G semasa. Badan kajian teknologi 6G ini akan diketuai oleh Universiti Tokyo Goshinjin dengan kerjasama NTT dan Toshiba. Tahun lalu kerajaan Jepun telah menyediakan dana 220 bilion Yen (~RM 81. bilion) untuk pembangunan teknologi 5G oleh syarikat tempatan.

Jepun akan hanya melancarkan rangkaian 5G komersial dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Dengan penubuhan badan penyelidikan teknologi 6G ini, Jepun menjadi negara keempat selepas China, Finland dan Korea Selatan yang sudah memulakan kajian untuk rangkaian selular generasi ke-enam.

Screenshot-1268.jpg


Sumber asal https://tech.sina.com.cn/5g/i/2020-01-19/doc-iihnzahk5120784.shtml
 
Sponsored Post

BroAct

Active Member
Joined
Feb 21, 2008
Messages
2,333
Reaction score
92
Points
45
always a step ahead... tahniah Jepun
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,208
Reaction score
239
Points
73
cepat betul berkembang. baru 5g, dah jd 6g. tp kat malaysia, kalau maxis ada certain kawasan masih 3g. huhu
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Kelajuan Rangkaian 6G Boleh Cecah Sehingga 1TB/s

Rangkaian 5G masih lagi rancak dibangunkan dan belum lagi dikomersilkan di Malaysia. Namun di negara luar seperti Jepun dan China, mereka sudah mula membuat kajian dan membangunkan rangkaian 6G pula.

Di China misalnya, baru-baru ini kerajaan mereka telah membentangkan kertas kerja persiapan dan pembangunan untuk rangkaian masa hadapan itu. Mereka telah pun menubuhkan 2 kumpulan kerja untuk membuat kajian mengenai 6G. Kumpulan yang pertama terdiri daripada pegawai dari bahagian kementerian. Manakala kumpulan yang kedua merupakan barisan teknikal 37 pakar dari universiti, pusat kajian, dan juga syarikat teknologi.

Walaupun pembangunan 5G pun masih lagi belum siap sepenuhnya, perlu diingatkan rangkaian teknologi baharu mengambil masa sekitar 10 tahun untuk dibangunkan. Memandangkan pengumuman 6G akan berlaku pada tahun 2030 nanti, pembangunannya seawal ini adalah seiring dengan pengumuman tersebut.

Secara teorinya, rangkaian 6G boleh mencapai sehingga 1 Terabyte setiap saat, iaitu 8,000 kali lebih pantas dari rangkaian 5G. Ia adalah menurut dari Dr. Mahyar Shirvanimoghaddam dari University of Sydney.

Dengan kelajuan 6G sepantas ini, ia membuka ruang penggunaan dan teknologi baharu yang boleh merevolusikan hubunga manusia dengan teknologi. Antaranya adalah perkspektif baharu dari segi aspek antaramuka otak manusia dengan komputer. Contohnya, 6G akan membolehkan kita menggunakan peranti hanya ‘menggunakan otak sahaja’.

Jika untuk penggunaan harian masa sekarang, menggunakan rangkaian kelajuan 6G, anda boleh memuat turun lebih dari 142 video Nefflix dalam kualiti tertinggi setiap saat.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengkaji masih perlu mencari jalan untuk mencapai kelajuan yang diidamkan tersebut. Menurut pakar, penambahbaikan dari segi bahan, kejuruteraan komputer, rekaan cip dan tenaga digunakan adalah perlu difikirkan.

“Kita harus berfikir bagaimana untuk memampankan penggunaan teknologi rangkaian ini tanpa merosakkan Bumi“. Dr. Mahyar Shirvanimoghaddam.

Screenshot-1959.jpg


Sumber rujukan https://www.gizchina.com/2020/01/31...ease-up-to-1-tb-s-8000-times-the-speed-of-5g/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
ZTE & China Telecom Menandatangani Perjanjian Membangunkan Teknologi 6G

Kita masih lagi menanti pelancaran rangkaian 5G pada tahun hadapan. China telahpun melancarkan rangkaian ini sejak tahun lalu dan adalah pasaran peranti 5G terbesar dunia. Walaupun 5G baru setahun jagung, pembangunan teknologi seterusnya 6G telahpun dimulakan. ZTE dan China Telecom semalam telahpun menandatangani perjanjian persefahaman untuk membangunkan rangkaian 6G.

Pada waktu ini masih tiada standard ditetapkan untuk 6G dan apakah penambahbaikan ke atas 5GB yang akan diperkenalkan. Dengan perjanjian yang ditandatangani, ZTE dan China Telecom akan melakukan kajian untuk melihat apakah yang diperlukan kelak. Antara yang mungkin dilakukan ialah mengurangkan lagi masa pendam dan kelajuan muat turun mencecah 1 terabit sesaat berbanding 3 gigabit sesaat pada 5G.

Pembangunan teknologi 6G turut telah dilakukan oleh syarikat lain seperti Huawei dan Samsung. Sekiranya berjalan lancar, 6G akan menjadi realiti menjelang 2030.

NTT-DoCoMo-5G-Evolution-to-6G-EN-1024x517.png


Sumber asal http://www.c114.com.cn/news/119/a1125296.html
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,147
Reaction score
1,394
Points
201
pasni manusia jd makin malas bergerak.. sume pakai kuasa otak cam Prof xavier... drive kete pun x yah pgg stering.. heheh
 

rebellion

Legendary Member
Paid Membership
Joined
May 3, 2010
Messages
16,089
Reaction score
60
Points
135
latency <1ms ... pergh
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,811
Reaction score
2,910
Points
206
pasni manusia jd makin malas bergerak.. sume pakai kuasa otak cam Prof xavier... drive kete pun x yah pgg stering.. heheh

xavier jayakumar ke?
orang kata 5g ni teknologi new world order. 6g pulak teknologi apa?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Xiaomi Rancang Hentikan Pembuatan Peranti 4G & Mulakan Penyelidikan Teknologi 6G

Seperti yang kita dapat lihat, Xiaomi dan Redmi telah menghasilkan pelbagai peranti yang menarik seiring dengan perkembangan teknologi yang makin canggih. Mereka juga telah mula mengembangkan penawaran peranti dengan sokongan 5G dan Redmi 10X adalah model yang paling terbaru.

Laporan media yang memetik beberapa sumber Xiaomi berkata, mereka dalam perancangan untuk menghentikan pembuatan peranti pintar dengan sokongan 4G di China menjelang penghujung tahun ini. Ia berikutan masalah berkaitan penularan COVID-19 yang dikatakan telah mempengaruhi rantaian bekalan mereka untuk peranti 5G. Sehinggakan, Xiaomi dikatakan memberi sejumlah subsidi kepada kilang sebanyak 250 juta Yuan bagi meningkatkan pengeluaran peranti 5G dan perancangan tersebut dianggap sebagai langkah penyelesaian.

Rentetan daripada itu, Xiaomi dikatakan akan memberi lebih tumpuan kepada pembuatan peranti pintar, peranti loT dan sistem perkhidmatan awam yang lebih bergantung pada teknologi 5G. Tidak ketinggalan, Xiaomi juga dilaporkan telah memulakan penyelidikan pada teknologi 6G dan juga Internet satelit.

Xiaomi-Redmi-6G-A.jpg


Sumber asal https://www.gizmochina.com/2020/05/...f-2020-working-on-6g-satellite-internet-more/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register