Jepun lantik sami Buddha jadi peneraju Japan Airlines

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
TOKYO 1 Feb. - Pakar pengurusan Jepun dan juga seorang sami Buddha yang mengaku masih baru dalam perniagaan penerbangan, hari ini menjadi peneraju Japan Airlines (JAL) yang telah muflis untuk memantau rombakan besar termasuk pemecatan 15,600 pekerja.

Kazuo Inamori, 78, dilantik kerajaan untuk menggantikan Haruka Nishimatsu yang meletak jawatan sebagai ketua syarikat penerbangan terbesar Asia itu selepas memfailkan perlindungan muflis pada 20 Januari lalu.

"Saya benar-benar amatur tentang industri pengangkutan," kata Inamori kepada wartawan bulan lalu selepas menerima jawatan tersebut, tetapi menambah dia akan melakukan yang terbaik untuk menghidupkan semula syarikat penerbangan berkenaan.

Inamori dijadualkan mengadakan sidang akhbar lewat hari ini bagi menggariskan rancangan-rancangannya untuk syarikat penerbangan yang mempunyai hutang sebanyak AS$26 bilion (RM89 bilion) dan menjadi kegagalan korporat terbesar Jepun.

JAL yang membawa lebih 50 juta penumpang setiap tahun akan memberhentikan 30 peratus tenaga kerja dan menerima AS$10 bilion (RM34 bilion) dana awam dan pinjaman kecemasan di bawah rancangan pemulihan selama tiga tahun.

Sahamnya akan dikeluarkan dari senarai Bursa Saham Tokyo pada 20 Februari ini atau awal daripada tarikh itu, satu tindakan yang dijangka untuk menyingkirkan pemegang saham pelaburan. Harga sahamnya hari ini ialah dua yen (RM0.07).

JAL minggu lalu menyatakan pemilihan Masaru Onishi,54, presiden anak syarikat kecil yang menguruskan penerbangan serantau untuk menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Operasi dan berkerjasama dengan ketua baru.

Inamori adalah seorang ahli perniagaan yang dihormati dan pakar pengurusan yang telah mengasaskan syarikat pengeluar barangan elektronik Kyocera dan sebuah syarikat yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada KDDI, yang kini merupakan syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Jepun.

Beliau juga merupakan pakar pengawalan peraturan dan seorang dermawan yang menjadi sami Buddha di kuil Kyoto pada 1997 selepas bersara. - AFP
 
Top
Log in Register