hab81020
Super Active Member
- Messages
- 5,119
- Joined
- Mar 21, 2010
- Messages
- 5,119
- Reaction score
- 233
- Points
- 83
TOKYO 21 Jun - Sebuah mesin Jepun muncul sebagai superkomputer terlaju di dunia selepas berjaya membuat pengiraan tiga kali lebih pantas berbanding superkomputer China, lapor pengeluarnya, semalam.
K Computer yang dibina oleh Fujitsu Ltd. dan institut penyelidikan fizikal dan kimia RIKEN yang dibiayai kerajaan, mampu mencatat 8.162 quadrillion pengiraan sesaat (petaflops). Satu quadrillion bersamaan seribu trilion.
Ia sekali gus mengatasi keupayaan superkomputer Tianhe-1A milik China di Pusat Superkomputer Kebangsaan di Tianjin, yang dinamakan sebagai superkomputer paling pantas di dunia pada November lalu dengan kemampuan mengira 2.6 petaflops.
Fujitsu dan RIKEN dalam satu kenyataan berkata, kemampuan K Computer mengira turut diiktiraf dalam Senarai Superkomputer 500 Teratas dwitahunan yang dikeluarkan, semalam sempena Persidangan Superkomputer Antarabangsa 2011 di Hamburg, Jerman.
Ini merupakan kali pertama komputer keluaran Jepun mengungguli senarai tersebut.
Menurut kenyataan itu, K Computer masih dalam proses konfigurasi dan pemasangan sejak Oktober lalu di Institut Lanjutan RIKEN untuk Sains Pengkomputeran di Kobe, barat Jepun.
Superkomputer yang diperbuat daripada 672 kabinet komputer dan dilengkapi 68,544 unit pemprosesan pusat (CPU) itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2012.
"Penggunaan K Computer dijangka memberi kesan penting dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan iklim global, meteorologi, pencegahan bencana dan perubatan, yang boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat makmur dan selamat," jelas kenyataan tersebut.
Fujitsu dan RIKEN berkata, projek itu juga telah berjaya mengharungi pelbagai kesukaran akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.
Pengerusi Fujitsu, Michiyoshi Mazuka berkata, beliau sangat berterima kasih kepada rakan kongsinya di wilayah Tohoku kerana komitmen mereka yang membekalkan komponen komputer secara tetap walaupun terjejas akibat bencana berkenaan. - AFP