BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepp Sepah tempelak peminat?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Jepp Sepah Tempelak Peminat?
02 April 2014


jepp1.jpg


Dalam ruangan gosip di sebuah akhbar hari ini menyebut, seorang pembaca menerima satu kiriman e-mel yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat.

Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.

Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi, “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? bo.doh betul la.”

Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.

Menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah dengan apa yang dipaparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.

sumber : Kosmo!
 
ntahler smakin hari semakin menyampah pulak tengok si jep ni
 
Kalau betol...mmg boleh letak jawatan la sebagai peminat. Tak kenang budi org mcm ni..lame lame jatuh juga nanti..
 
betol ke.. tggu la ape kata dia dulu..
 
nanti ada la tu statement bela diri..salah dengar la..salah faham la
 
tapi sebelum ni ramai yg cakap die ni mesra dgn org.
 
Mungkin dia penat dan tension team dia kalah...
 
Jep nih aku nengok mmg dah macam kerek skit pas makin meletop nih... kekadang lawak dia cam nk mengenakan org pun ada.
 
aahhhh dia ni memang poyo lar... jumpa dia kat rumah angah raja lawak tu... masa open house raya thn lepas... ada org nak amek gambor siap cakap eh cepat lar org nak makan lagi ni... muka tak frenli langsung... depan camera jek baru nak senyum...
 
memang selalu gurau kasar
 
Back
Top
Log in Register