Jentolak terbalik dirempuh van

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEPANG: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang pemandu jentolak, Chew Kim Wah, 45, yang hanya cedera ringan selepas terbabit kemalangan apabila jentolak dipandunya dirempuh van mengangkut pekerja di Kilometer 55.1 Kota Warisan, Lebuh raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Putrajaya, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja sempat berpaut pada stereng kenderaan itu sebelum jentera pengaut terbabit terbalik, sekali gus mengelakkannya mengalami kecederaan lebih serius.

Chew berkata, ketika kejadian dia yang memandu sendirian terkejut apabila belakang jentolak dipandunya dirempuh dengan kuat menyebabkan jentera itu terhoyong-hayang sebelum terbalik ke bahu jalan.

“Bagaimanapun, saya sempat berpaut pada stereng dan bernasib baik kerana hanya calar di pipi kiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, sebuah van yang membawa enam pekerja Bangladesh dipercayai gagal dikawal menyebabkan kenderaannya merempuh belakang jentolak yang sedang bergerak di laluan kiri lebuh raya terbabit.

Jurucakap polis berkata, akibat rempuhan itu, jentolak itu terbalik ke bahu jalan manakala van remuk teruk di bahagian depan sebelah kiri menyebabkan seorang daripada penumpangnya patah kaki, sementara lima penumpang lain hanya luka ringan.

“Mangsa yang duduk di sebelah pemandu dipercayai tersepit sebelum diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.


“Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya.
 
Sponsored Post

khairi78

Active Member
Joined
Sep 27, 2007
Messages
2,084
Reaction score
17
Points
25
Errmm, ni accident pagi Jumaat lepas nie....aku lalu masa tu kat kawsan kejadian...cuma x ambik gambooo jerr sbb kamera HP x power lg pun nak cepat pi tempat keje, takut punch card merah...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
nak test power tu....kuat tak van tu............
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
kuatnya van tu ....

brand apa ?
 

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,252
Reaction score
94
Points
40
dekat setengah jam jugak aku jem kat situ.
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
apa jenis van dia tunggang? banyak kuat da....
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
org dlm van takde mati, kalau dirver jentolak mati memang melampau la.
wartawan ni samaada nak wat gimik atau memang tak reti nulis.
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
van apo tu? kalau nissan vannet maun romok habis.huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register