BTC USD 57,878.3 Gold USD 1,795.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeneral TUDM diarah bersara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Pegawai kanan tentera udara terbabit kes enjin jet hilang turut disiasat dalam pelbagai penyelewengan

KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.

Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.

Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.

Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.

“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pengkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

Selain pegawai dan anggota TUDM, ia dipercayai turut didalangi 'orang dalam' syarikat penyelenggara pesawat tentera dilantik kerajaan yang kemudian menjualnya sebagai komponen alat ganti kepada pembeli di luar negara.

Sumber itu juga berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada tindakan pantas ‘membersihkan’ pasukan diketuai Panglima Tentera Udara ketika itu, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang kini Panglima Angkatan Tentera.

Difahamkan, hampir 40 pegawai dan anggota pelbagai jabatan yang terbabit secara langsung dalam urusan logistik dan penyelenggaraan disiasat berhubung kes itu. Bagaimanapun, hanya 20 daripadanya termasuk pegawai atasan terbabit dikenakan tindakan dalaman termasuk ada yang kehilangan pencen dan pelbagai kemudahan pesara tentera yang lain.

“Selebihnya diberikan pilihan bersara awal dan ada yang diambil semula bekerja, bergantung kepada tahap kesalahan. Brigedier Jeneral itu difahamkan mendapat pencen, tetapi tidak akan terlepas daripada pendakwaan jika siasatan polis mendapati ada bukti untuk didakwa,” kata sumber itu.

Sementara itu, walaupun kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan menyatakan enjin berkenaan berada di Amerika Selatan, namun maklumat risikan mengesahkan ia dijual kepada sebuah negara Asia Barat yang sedang giat membina jet pejuangnya sendiri.

Difahamkan, negara yang dikenakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu amat memerlukan enjin berkenaan untuk pemindahan teknologi kerana sukar mendapat sumber lain berikutan tindakan badan dunia itu.

Di BANTING, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ‘orang dalam’ yang terbabit dalam kehilangan enjin itu sudah dikenakan tindakan berdasarkan senarai nama yang diberikan polis selepas siasatan mengesahkan mereka terbabit.

Namun, beliau enggan mengulas jenis tindakan yang dikenakan dan bilangan kakitangan serta pegawai TUDM terbabit.

Ditanya kemungkinan ada komponen lain dijual selain enjin, Ahmad Zahid berkata, kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membongkar perkara itu.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak berniat menyembunyikan kes itu kerana memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan menangkap dalang yang melakukan jenayah itu termasuk orang dalam.

Katanya, kes itu tidak boleh didedahkan kerana bimbang penjenayah terbabit melarikan diri, sekali gus menyukarkan polis menyelesaikan siasatan.

"Kini kes sudah selesai siasatan dan polis sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Kita yakin dengan kemampuan polis menyelesaikan kes ini selepas hampir dua tahun menjalankan siasatan kerana ia rumit dan membabitkan rangkaian antarabangsa," katanya.

Ahmad Zahid berkata, enjin F-5E yang sudah dijual ke negara lain tidak boleh diambil balik tetapi TUDM akan menggunakan dokumen yang ada untuk tindakan selanjutnya.

Di SHAH ALAM, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kehilangan enjin pesawat itu masih dalam peringkat siasatan dan biarlah pihak berkuasa menyelesaikan siasatannya.

Ditanya sama ada kejadian itu menjejaskan nama TUDM, Najib berkata: “Itu berlaku tetapi kita siasat. Kalau ada pihak bersalah, kita akan ambil tindakanlah”.
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Sekor kambing hitam dah kena :D ... Soh bersara ajer yer .. wowwwwwwwwwwwwww Nak tgk berapa ekor kambing hitam digunakan utk sarkas/wayang kulit nih
 

ulam

CG Top Poster Club
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Saper kah golongan tangan ajaib yg terlibat tuh!..
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
wawa... banyak yang makan, sorang je kena untuk menampakkan ada tindakan dibuat.
 

aznor59

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
heheh..pelikkan boleh hilang pulak engin tu...yang atas tu dapat pencen tak?

baper eh pencen dia tu..
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Drama tahun nih altantuya dah habis .... so utk tahun depan Drama yang nih lak muncul hihihihihihiihihih....
 

Bionik

Super Active Member
Messages
8,222
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Senario TUDMalaysia; belum pun berperang beberapa jet-jetnya jatuh terhempas kerana penyelenggaraan kurang memuaskan. Termasuk juga heli Nuri yang akan digantikan tidak lama lagi. Jadi skandal ini mencerminkan budaya kerja sambil lewa sebilangan warga TUDM.
 

emo|less

Fun Poster
Messages
214
Joined
Dec 6, 2009
Messages
214
Reaction score
0
Points
10
tgk menteri dulu tu sape...

bukan dia ke time tu jd menteri pertahanan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register