BTC USD 58,509.0 Gold USD 1,796.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenazah pelajar maut di Russia dijangka tiba Khamis ini.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR: Jenazah kedua-dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Russia pada Ahad dijangka tiba di tanah air pada Khamis ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada beliau oleh Pengarah Mara di Russia, Suhaimi Zainuldin yang dibantu oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pegawai kedutaan.
"Ketika ini saya dimaklumkan bahawa urusan adalah di peringkat mendapatkan mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa untuk membawa jenazah pulang," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Dalam kejadian malang itu, pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Dimyati, pelajar tajaan JPA dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku.

Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen ketika dalam perjalanan ke hospital di mana mereka baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

Van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.
Lima lagi pelajar kini dirawat di hospital yang sama. Mereka dikenal pasti sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

Adalah difahamkan urusan bedah siasat kedua-dua jenayah selesai dilakukan manakala lima lagi pelajar yang cedera sedang menerima rawatan.

Ibrahim berkata, keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru ini (penghantaran jenazah pulang ke tanah air).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar atas kejadian itu. - BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

ibn_wan

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2008
Messages
796
Reaction score
1
Points
25
innaliLLAH..mg ditempatkan bersama-sama org beriman.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register