Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata PPIM

CG Sponsors




naimw

Active+ Member
Joined
May 18, 2017
Messages
2,769
Reaction score
193
Points
33
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media hari ini menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik.

“Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim.

“Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” ulas Nadzim.

Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan.

Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam.

Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan.



Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.- MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

naimw

Active+ Member
Joined
May 18, 2017
Messages
2,769
Reaction score
193
Points
33
Aku cam nampak ada sosej ramly kat atas meja tu....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,362
Reaction score
20,745
Points
1,661
KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah), Aktivis Kanan PPIM, Muhammad Zharif Johor (kiri) dan Panel Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir (kanan) memegang produk yang statusnya diragui untuk semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

fuhgeddaboudit

Active Member
Joined
Mar 10, 2016
Messages
1,756
Reaction score
606
Points
71
Buatlah satu kerangkan peraqturan baru..
Dimana mana2 produk keluaran bukan Muslim..
TIDAK DIBENARKAN menggunakan apa2 jua logo atau nama yang berkaitan Muslim atau Islam..

Agak2 boleh ker x..??
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,610
Reaction score
908
Points
161
nk guna bole..tp kalau produk tu tak halal..double la hukuman :D
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,164
Reaction score
1,531
Points
596
nk guna bole..tp kalau produk tu tak halal..double la hukuman :D
harap pihak berkuasa pantau bab makanan isu amat sensitif bagi umat islam
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
100
Points
123
Syukur, ada yg sedar tentang hal camni.
Nanti taklah mudah sangat kaum yg tak beradab tu nak kelirukan orang ramai

Tapi jangan pula lupa:
- yang ada logo halal pun belum tentu halal.
- yang ada logo halal jakim pun kena bagi perhatian juga.
 

antagenaiz

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
6,429
Reaction score
74
Points
70
tak kira la produk keluaran islam ke tak..yang paling penting status halalnye..kalu halal ape masalahnye..nape nak kera beratkan sesuatu yg ringan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register