Jemaah Wanita Cedera Di Samun 2 Lelaki Guna Cangkul, Besi

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,118
Reaction score
3,022
Points
236
27.02.2020 - Seberang Perai, Seorang jemaah wanita mengalami kecederaan di belakang badan selepas dipukul 2 lelaki yang menggunakan cangkul dan besi dalam kejadian samun di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering di Kubang Semang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Mohd Mustafa Bidin berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa berusia 65 tahun bersama 2 lagi jemaah wanita baru selesai kelas mengaji di masjid tersebut sebelum 2 lelaki meluru masuk ke bahagian ruang solat wanita.

“Seorang dari lelaki itu menghampiri mangsa sebelum terus meragut rantai emas dan menyebabkan warga emas itu menjerit meminta tolong, namun suspek memukul belakang badan wanita tersebut menggunakan sebatang besi.

“Manakala seorang lagi suspek yang membawa cangkul bertindak mengacu objek itu ke arah mangsa dan 2 lagi wanita yang turut berada di situ, sebelum 2 lelaki itu mengambil beg solat yang mengandungi telefon bimbit, beg duit, telekung dan kitab milik 3 jemaah tersebut,” katanya hari ini.

Menurutnya, 2 lelaki itu kemudiannnya melarikan diri dengan sebuah motosikal dan kamera litar tertutup yang terdapat di perkarangan masjid tersebut berjaya merakam wajah suspek berkenaan.

Beliau berkata usaha mengesan 2 lelaki itu giat dijalankan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun yang sama.



Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ta-cedera-disamun-2-lelaki-guna-cangkul-besi/
 
Last edited:
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,790
Reaction score
424
Points
81
Gila dlm masjid pun depa berani dh lanie
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,230
Reaction score
1,464
Points
201
dapat peragut ni..tembak mati terus..jimat masa dan belanja kat penjara
 

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,140
Reaction score
69
Points
40
Zmn skrg cctv jer mana2, kejap lagi kenalah tangkap!
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,838
Reaction score
99
Points
40
fuh ni mmg nekad, dlm masjid masuk samun. agk² cangkul tu mane dia kutip, takkan mmg niat nk bw cangkul kot...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register