BTC USD 84,270.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jemaah terkejut temukan mayat bayi di perkarangan surau

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,873
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,873
Reaction score
6,841
Points
881
Awards
1
Jemaah terkejut temukan mayat bayi di perkarangan surau

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Gombak: Jemaah sebuah surau di Pekan Rawang terkejut selepas menemui mayat bayi perempuan di perkarangan surau itu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 2.36 petang.

"Siasatan awal dijalankan mendapati mayat bayi berkenaan ditemui di perkarangan surau berkenaan.

"Bayi itu didapati tiada pengenalan diri serta lengkap berbaju putih, dibaluti dengan kain selimut dan masih bertali pusat," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Disiarkan pada: January 17, 2025 @ 12:53am
 
Back
Top
Log in Register