BTC USD 103,622 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jemaah gayakan ‘fesyen balik haji’ persis pelakon Bollywood

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,361
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,361
Reaction score
1,044
Points
151

Jemaah gayakan ‘fesyen balik haji’ persis pelakon Bollywood​

  • Oleh KOSMO
  • 27 Jun 2024, 7:30 pm

fesyen-balik-haji.jpg
Sebilangan jemaah memakai pakaian khas masyarakat Bugis atau pakaian menyerupai penduduk Arab Saudi. – Metro TV

JAKARTA – Sebilangan jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memakai pelbagai jenis busana berwarna terang sejurus turun daripada pesawat.

Laman berita Media Indonesia melaporkan, seramai 450 jemaah haji kumpulan pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Ahad lalu.

Ramai antara mereka memakai pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang mempunyai warna terang.

Pakaian-pakaian tersebut mempunyai hiasan manik berkilau, malah ada yang memakai barangan kemas sarat di badan.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Haji Makassar, Ikbal Ismail, memakai pakaian seumpama itu adalah adat penduduk setempat yang sering dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji.

“Saya tidak mampu melarang kerana ia adalah budaya mereka yang mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka sudah menunaikan haji,” ujarnya.

Ia selain itu dianggap sebagai satu kebanggaan kerana individu tersebut sudah selesai menyempurnakan rukun Islam kelima. – AGENSI

 
Sponsored Post

Anak bugis nak bergaya dengan budaya dorang. Biarlah
tu la psl,org2 sana kalu balik haji,pangilan nama pun kene pangil hj/hajjah..xleh x sebut..aritu dah terkene makcik belah wife sy kat sabah, siap mention lg lpas ni kalu nk pangil makcik kene sebut hajjah ye..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register