Jejaka 22 tahun pilihan Maizawati

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: “Saya dan ustaz (Akhil Hayy) tidak pernah berhubung sejak berpisah 15 Julai 2008. Mungkin saya akan menghubunginya bagi memaklumkan niat saya untuk melangsungkan perkahwinan.

“Bagaimanapun, saya belum menentukan bila masa sesuai untuk menghubungi ustaz. Mungkin dalam masa terdekat,” kata bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas itu, Maizawati Zainal, semalam.

Maizawati yang berumur 34 tahun mengesahkan dia akan mengakhiri zaman solonya pertengahan Februari depan dengan mengahwini lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Likas, Sabah.

Menariknya, dia akan menjemput Akhil Hayy, 40, serta isteri barunya, penyanyi Norwahida Abdul Wahab atau Waheeda, 31, pada majlis perkahwinan itu yang bakal berlangsung di Ipoh.

“Walaupun tidak dijemput dalam majlis perkahwinan ustaz dan Waheeda, sebagai seorang Islam, saya tidak berdendam, sebaliknya akan menjemput mereka datang.

“Saya akan terima mereka dengan tangan terbuka sebagai tetamu. Begitu juga dengan sesiapa saja, cuma terimalah keadaan serta hidangan majlis itu seadanya kerana ia bakal diadakan secara sederhana,” katanya.

Berkaitan perkenalannya dengan bakal suami, Maizawati memaklumkan mereka berkenalan selepas perpisahannya dengan Akhil selesai.

Katanya, jejaka berkenaan memiliki ciri-ciri diharapkan untuk menjadi suami dan bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk ‘membina masjid’ sekali lagi.

“Bakal suami seorang yang rendah diri, kelakar, ramah, tidak sombong, bijak menyelesaikan masalah selain punya bakat menyanyi dan suaranya mirip Amy Search,” katanya yang mula mengenali lelaki berkenaan yang bertugas sebagai chef di sebuah restoran makanan Jepun di Singapura sejak lima bulan lalu.

Walaupun usia perkenalan mereka masih baru, hati Maizawati terbuka untuk mengenali dan menerimanya.

“Hubungan kami bukan seperti pada zaman remaja yang perlu masa untuk berkenalan dan bercinta tetapi yakin bahawa hati ini terbuka dengan izin Allah SWT,” katanya.

Maizawati turut mengakui dia memilih untuk menamatkan kehidupan solo kerana kasihankan anak.

“Saya kasihankan anak, terutama yang bongsu dan berumur dua tahun, kerana sering bertanya kenapa orang lain ada ayah dan dia tidak. Dia juga yang meminta seorang ayah,” katanya.

Dia mengakui, walaupun umur jejaka berkenaan jauh lebih muda, ia tidak menjadi halangan kerana sudah bersedia menjadi suami serta ayah kepada anaknya.

“Saya tidak anggap usia bakal suami sebagai pengukur kemampuannya menggalas tanggungjawab sebagai suami. Tidak semestinya lelaki lebih tua bertanggungjawab serta memahami susah payah dihadapi wanita.

“Tidak semestinya juga lelaki muda kurang bijak menangani hal rumah tangga. Yang penting, lelaki yang menjadi pilihan saya mengambil berat hal keluarga dan sanggup meredah susah senang bersama-sama,” katanya yang bersyukur keluarga kedua-dua belah pihak menerima dan merestui hubungan mereka.

Maizawati berkata, pada mulanya dia gementar untuk menyuarakan hasrat berumah tangga kepada keluarga, namun tidak menduga mereka turut gembira dengan keputusan dibuatnya.

“Jika saya bergelar janda tanpa anak, kemungkinan besar saya tidak membuat keputusan untuk berumah tangga lagi. Disebabkan kehadiran anak menyebabkan saya tekad mendirikan masjid dengan pilihan hati.

“Emosi seorang ibu berbeza, apatah lagi melihat anak membesar tanpa perhatian ayah. Saya pernah lalui kehidupan tanpa ayah dan saya tahu apa yang anak rasa,” katanya.

Dia yang kini sibuk membuat persiapan perkahwinan bercadang menjalankan perniagaan menjual serta mengedar madu herba bersama bakal suami yang akan meletak jawatan sebagai shef tidak lama lagi.

Sesiapa yang berminat menjadi pengedar madu herba itu boleh melayari [email protected].

Maizawati pernah mencetuskan kejutan apabila membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan bekas suaminya dengan Waheeda serta merelakan penyanyi wanita berkenaan menjadi madunya.

Bagaimanapun, Akhil Hayy dan Waheeda menafikan hubungan mereka hingga diijabkabulkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, 16 Ogos lalu.

Maizawati dan Akhil Hayy bercerai talak satu pada 15 Julai lalu di depan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nur Maisarah, 12; Mohd Syarif Idayatullah, 11; Mohd Syakir Idayatullah, 8, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 2.
 
Sponsored Post

Maelstrom6121

Super Active Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
8,343
Reaction score
278
Points
81
PERGH....aku pon boleh cari lagi muda la... kata dia dlm hati.. hehe
 

little_lily

Legendary Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
14,859
Reaction score
101
Points
123
alhamdulillahh... semoga bahagia sampai ke akhir hayat.. tak yah jemput la akhil hayy tu, tak dtg punyer, heheh
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Maizawati pernah mencetuskan kejutan apabila membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan bekas suaminya dengan Waheeda serta merelakan penyanyi wanita berkenaan menjadi madunya.
Wawa tak setuju bermadu. Dia nak pakai Akhil Hayy untuk dia seorang sahaja....:D:p:D
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
kahwin ngan orang muda ni ... orang pompuan yang dah tua bolehler kontrol laki... dulu dapat laki tua kena bini kena kontrol.. ni time to payback...
 

zaleo_83

Active Member
Joined
Jul 29, 2009
Messages
1,343
Reaction score
51
Points
30
syok la.. kepada sesiapa yg diluar sana nk kawin ngan org mude.. PM me ok.,. ukt wanita berumur 30-34 sahaja..
 

sonche

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 22, 2006
Messages
8,432
Reaction score
50
Points
70
kesian kat anak ke, dia yg tak tahan tido sorang2? :D

Dapat anak ikannn
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
saper ngorat saper ni:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register