Info JAXA Membangun Kamera 8K Untuk Tangkap Gambar Planet & Bulan-Bulan Marikh

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Jika pihak penyelidik di Stanford sedang membina kamera terbesar di dunia untuk menangkap gambar angkasa lepas dalam resolusi yang tinggi, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) akan membangunkan kamera-kamera yang boleh menangkap gambar pada resolusi 8K untuk tujuan eksplorasi planet Marikh.

Kamera-kamera ini akan dibangunkan melalui kerjasama diantara JAXA dan juga syarikat penyiaran televisyen NHK yang akan digunakan diatas kapal angkasa dalam misi eksplorasi ke planet Marikh yang dinamakan Mars Moon Exploration (MMX).

Misi ke Marikh ini bertujuan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai planet Marikh dan bulan-bulannya, iaitu Phobos dan Deimos. Kamera-kamera 8K yang dibangunkan ini bukan sahaja mampu merakam gambar dan video pada resolusi dan kualiti yang sangat tinggi, tetapi juga boleh digunakan sebagai satu cara untuk merakam corak penerbangan kapal angkasa tersebut yang boleh dihantar balik ke pihak JAXA di bumi.

Kapal angkasa MMX ini akan berlepas ke planet Marikh pada tahun 2024, dan dijangka akan sampai ke orbit planet tersebut pada tahun 2025. Kapal angkasa ini akan merakam gambar dan video 8K yang akan kemudiannya dimuat-naik ke muka bumi melalui sambungan satelit.

Kapal tersebut kemudiannya akan mendarat di bulan Phobos untuk mengumpul bahan dan mendapatkan lebih banyak gambar dan video permukaan, yang kemudiannya akan dihantar pulang ke bumi menggunakan sebuah kapsul.

Screenshot-2868.jpg


Sumber asal http://www.parabolicarc.com/2020/09/12/jaxa-to-send-8k-camera-on-martian-moons-exploration-mission/
 
Top
Log in Register