strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 5 November untuk memberi penjelasan berhubung isu tender nombor pendaftaran kenderaan yang dirahsiakan nilai bidaan dan pemiliknya.
Selain itu, Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata JPJ turut diminta memberi penjelasan berhubung isu pengurusan MySIKAP yang dikritik orang awam.
"Kita akan panggil JPJ pada 5 November ini bagi mendapatkan penjelasan mereka berkenaan isu nombor pendaftaran dan juga isu pengurusan MySikap," kata ahli Parlimen Pulai itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.
PAC sebelum ini mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi lazim (SOP) untuk tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan.
Pengguna media sosial sebelum ini mempertikaikan pemberian nombor pendaftaran secara percuma BMW 1, BMW 2, BMW 7, BMW 9 dan BMW 10 kepada* "anggota pentadbiran kerajaan".
Selain itu sistem operasi mySIKAP Oleh JPJ bernilai RM200 juta dikritik orang awam kerana menyusahkan mereka.
Ia merupakan sistem penyampaian perkhidmatan JPJ secara dalam talian khusus bagi perkhidmatan teras Jabatan.
http://www.malaysiakini.com/news/277574