BTC USD 22,781.0 Gold USD 1,921.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawatan TPM Bukan Ghanimah, Tapi Satu Taklif – Ahmad Zahid

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,880
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
29,880
Reaction score
6,331
Points
481
Awards
1
Bersih, pengguna Twitter kecewa dengan lantikan Zahid

FMT ReportersDecember 3, 2022 12:20 AM

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, Anwar Ibrahim kembali kepada ‘amalan buruk’ memegang dua jawatan penting.
PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih “kecewa” dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio kewangan, selain mengkritik pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, Anwar kembali kepada “amalan buruk” yang dimulakan Dr Mahathir Mohamad, diteruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan “disalahgunakan” Najib Razak dengan memegang dua jawatan penting itu.

“Ia sama dengan dua penandatangan cek diperlukan adalah orang sama. Tidak mungkin tiada orang berkebolehan untuk menjadi menteri kewangan,” katanya.

Fann berkata, pelantikan Pengerusi Barisan Nasional itu sebagai timbalan perdana menteri semakin menghakis kewibaan Anwar sebagai reformis dan menjejaskan komitmennya untuk memerangi rasuah serta menegakkan tadbir urus baik.

Zahid yang juga presiden Umno berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang.

Seorang pengguna Twitter berkata: “Saya ingat sesiapa yang mempunyai kes mahkamah tidak akan dilantik sebagai menteri. Bukankah itu yang diperjuangkan PH? Secara jujurnya, saya tidak tahu tetapi saya boleh agak ini akan berlaku apabila BN menyokong PH.”

Pandangan Fann mengenai Anwar yang menjadi menteri kewangan turut dikongsi pengguna Twitter lain.

“PM=Kewangan terlalu banyak kuasa. Tidak sepatutnya berlaku lagi,” kata Frank Rohaizad yang turut membuat tanda pagar “kabinet teruk”.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum 2018 berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan lain secara serentak, selepas Najib Razak memegang dua jawatan penting itu. Tiada perdana menteri memegang jawatan menteri kewangan selepas Najib.

Seorang pengguna Twitter, Fazriq Aris berkata, keputusan Anwar bukan “tadbir urus baik”.

“Itu yang berlaku dalam 1MDB. Harapnya ada semak dan imbang baik daripada pihak pembangkang.”

1MDB adalah badan pelaburan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kemudiannya dihukum penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung dana dikaitkan dengan anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, Niza Bakeri mempersoalkan keputusan Anwar melantik Nga Kor Ming daripada DAP sebagai menteri pembangunan kerajaan tempatan dan mengetepikan Gobind Singh Deo serta Yeo Bee Yin yang pernah menjadi menteri sebelum ini.
Tunggu apa lg buat himpunan Baju kuning la ayuh hehehe
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,153
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1
Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Ahmad Zahid mula tugas TPM secara rasmi di Perdana Putra​

09:25amMasa membaca: 1 minit

2010936.jpeg

Ahmad Zahid mengimbas kad perakam waktu pada sistem pengurusan kedatangan bagi memulakan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kamruzaman Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang.

Ahmad Zahid, 69, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahmad Zahid pada Isnin juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. - Bernama
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas rasmi dalam Kerajaan Perpaduan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Wak Jahid dah mulakan tugasan TPM secara rasmi
Dia ni macam PM pula
Dapat liputan lebih dari Bang Non
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,153
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1
“Tinggalkan komen dan cadangan bernas yang boleh kita teliti untuk menambah baik sistem penyampaian awam dan urus tadbir kerajaan yang baik,”
https://www.utusan.com.my/.../tinggalkan-komen-cadangan.../

‘Tinggalkan komen, cadangan bernas untuk kita teliti’​

Ahmad-Zahid-Hamidi-muka-4-resize.jpg
AHMAD ZAHID HAMIDI

  • 5 Disember 2022, 10:35 am

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh rakyat Malaysia meninggalkan komen dan cadangan yang bernas dalam media sosial untuk diteliti supaya dapat menambah baik pentadbiran kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, perkara itu penting untuk membuat permulaan dan perubahan yang baru untuk negara ini.

“Mohon doa semua sahabat dan seluruh rakyat Malaysia untuk kita membuat permulaan dan perubahan yang baru untuk Malaysia ini.

“Tinggalkan komen dan cadangan bernas yang boleh kita teliti untuk menambah baik sistem penyampaian awam dan urus tadbir kerajaan yang baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra, pada pukul 8 pagi tadi.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Presiden UMNO itu turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. –UTUSAN
 
Ok cadangan sy dato elok la letak jawatan br kerajaan perpaduan nie ada wow dn menarik hehehe....bernas x cadangan nie dato hehehe
 
Sponsored Post

Top
Log in Register