BTC USD 61,170.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawatan Timbalan Speaker menjadi fokus utama pihak kerajaan & pembangkang

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,010
Reaction score
2,747
Points
201
Setiausaha agung Umno itu ditolak susulan beliau berdepan kes mahkaman berkaitan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak.

Bersatu tolak Ahmad Maslan calon timbalan speaker, kata sumber​

Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 10:40AM · 0 Komen
mp_audiance_king_20210819_tmihasnoor_004__full.jpg
Bersatu tolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana mempertahankan pendirian parti tidak mendukung pemimpin yang integritinya diragui. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2021.

BERSATU menolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana mempertahankan pendirian parti tidak mendukung pemimpin yang integritinya diragui, kata sumber parti.

Ahli Parlimen Pontian itu yang juga setiausaha agung Umno, dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan berhubung wang RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak, dipercayai hasil aktiviti menyalahi undang-undang.

Senyum Nga Kor Ming.

IMG_6652-s (4)_thumb[4].jpg
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | Pemilihan Timbalan Speaker Ditangguh

Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ditangguhkan ke persidangan akan datang yang dijadual bulan hadapan.

Ia bagi membolehkan pindaan Perkara 57(1)(B), Perlembagaan Persekutuan dibuat, untuk menambah jumlah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,369
Reaction score
15,064
Points
1,906
Perkara itu disahkan oleh beberapa ahli Parlimen parti itu kepada Sinar Premium sewaktu dihubungi petang Rabu.

[EKSKLUSIF] MP Bersatu sah berkecuali undi Ahmad Maslan​

authorDefault.png
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

15 September 2021

1205610.jpg

Kegagalan Bersatu dan UMNO untuk mencapai kesepakatan dalam menyokong pencalonan ahli Parlimen parti itu bagi dilantik jawatan Timbalan Speaker Parlimen mampu mencetuskan kembali polemik keabsahan kerajaan Ismail Sabri.

SHAH ALAM - Kesemua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengemukakan pendirian berkecuali dalam isu cadangan nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon tunggal kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu.

Perkara itu disahkan oleh beberapa ahli Parlimen parti itu kepada Sinar Premium sewaktu dihubungi petang Rabu.

"Yes (Ya)," kata seorang ahli Parlimen Bersatu yang enggan dinamakan melalui pesanan aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Respons ringkas diberikan ahli Parlimen Bersatu yang enggan dinamakan itu juga menjawab dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menuduh ahli-ahli Parlimen Bersatu enggan menyokong pencalonan Ahmad sebagai calon Timbalan Speaker Parlimen baharu bagi pihak kerajaan.

Bahkan, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut menganggap pendirian terkini ahli-ahli Parlimen Bersatu itu menyebabkan usul pemilihan Timbalan Speaker Parlimen baharu terpaksa ditangguhkan oleh Speaker Parlimen.

Mengulas lanjut, ahli Parlimen Bersatu berkenaan juga menegaskan hasrat itu adalah selari dengan pendirian parti yang mahukan calon ditampilkan terdiri daripada mereka berintegriti dan bebas sebarang pertuduhan di mahkamah.

1205608.jpg

Ahmad Maslan

Ditanya apakah bentuk solusi dicadangkan ahli-ahli Parlimen Bersatu kepada UMNO bagi menyelesaikan isu pencalonan Ahmad, ahli Parlimen Bersatu berkenaan sebaliknya menyerahkannya kepada pucuk kepimpinan parti itu untuk menentukannya.

"Soal itu, kena tanyalah Setiausaha PN (Datuk Seri Hamzah Zainuddin)," katanya lagi.

Untuk rekod, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengemukakan syarat kerajaan baharu dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menampilkan barisan kepimpinan bersih daripada pendakwaan kes mahkamah bagi menyokong pencalonan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Mohd Puad menerusi Facebooknya mendakwa pemilihan Timbalan Speaker di Dewan Rakyat pada Selasa terpaksa ditangguhkan selepas kesemua Ahli Parlimen Bersatu dan empat calon bebas menolak pencalonan Ahmad.

Bagaimanapun, Pas menerusi Naib Presidennya, Idris Ahmad beberapa hari lalu menyatakan parti itu menyokong penuh pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Parlimen Bersatu yang enggan mendedahkan identiti mengakui Bersatu melalui ahli-ahli Parlimennya sememangnya sudah memuktamadkan pendirian berkecuali terhadap isu pencalonan Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Bagaimanapun beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan segera menerusi perbincangan di peringkat majlis kepimpinan tertinggi kerajaan baharu demi mengelakkan perpecahan yang mampu mengancam kestabilan kerajaan itu sendiri.

"Pendirian Bersatu adalah UMNO kena memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integriti dengan kami berharap calon itu mestilah tiada masalah berurusan dengan ahli-ahli Parlimen Bersatu sendiri.

"Perkara ini terpulang kepada UMNO untuk diselesaikan kerana usul pemilihan Timbalan Speaker Parlimen penting untuk dipercepatkan demi kelancaran urusan mesyuarat Parlimen.

"Justeru, saya cadang perkara itu perlu dibincangkan segera di peringkat majlis kepimpinan tertinggi kerajaan," katanya.

1205609.jpg

Sejumlah 31 ahli Parlimen Bersatu disahkan akan mengambil pendirian berkecuali dalam isu menyokong pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Bersatu berkenaan secara peribadi berpandangan parti-parti kerajaan tidak sepatutnya terlalu mempersoalkan pencalonan dikemukakan UMNO itu.

Hal ini kerana beliau berpendapat sekiranya terdapat ahli-ahli Parlimen menyokong kerajaan yang berkecuali daripada mengundi calon ditampilkan UMNO, kerajaan berdepan kebimbangan jawatan Timbalan Speaker Parlimen akan terlepas ke tangan pembangkang.

"Kami tahu pihak pembangkang mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming bagi jawatan itu dan bayangkan kesukaran kerajaan untuk mengawal sidang Parlimen sekiranya wakil mereka terpilih sebagai Timbalan Speaker baharu.

"Selain itu, tindakan meminggirkan calon dikemukakan UMNO juga bakal mengulangi isu keraguan keabsahan kerajaan Ismail Sabri, sekali pun satu perjanjian memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sudah ditandatangani.
"Secara peribadi, saya tiada masalah dengan pencalonan Ahmad, tetapi segalanya kepada pucuk kepimpinan parti dan UMNO sendiri kerana kerusi Timbalan Speaker sememangnya adalah kuota UMNO," katanya.

Pada Selasa, usul pemilihan jawatan Timbalan Speaker kedua diberi penangguhan untuk memberi laluan kepada pindaan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menambah jumlah jawatan itu kepada tiga berbanding dua ketika ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, pemilihan bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan dibuat semasa pengundian usul Belanjawan 2022 akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum itu mengemukakan usul untuk menghentikan Peraturan Mesyuarat 6, Perkara 1 yang dijadual dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada Selasa berhubung perlantikan tersebut.

Isu penangguhan pelantikan Timbalan Speaker Parlimen kedua kembali menjadi perdebatan pada sidang Parlimen pada Rabu susulan Azalina diminta untuk mempengerusikan sementara mesyuarat Parlimen walaupun tidak lagi menjadi Timbalan Speaker Parlimen.
Meskipun Azalina menjelaskan tindakan beliau itu mendapat restu Speaker Parlimen dan tidak menyalahi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan tuntutan supaya jawatan Timbalan Speaker Parlimen kedua dilantik segera.

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533

Kena blk mat maslan aritu dia antara org yg lantang ngn bersatu hehehe
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,369
Reaction score
15,064
Points
1,906

Azhar minta Azalina pengerusikan Dewan Rakyat buat sementara waktu​

Beliau mempengerusikan sidang hari ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3) yang di peruntukkan.
Staff Writers
Sep 15, 2021 4:43 PM

azalina-othman-said-bernama-150921-1024x682-1.jpeg
Azalina Othman Said mempengerusikan Dewan Rakyat buat sementara hari ini. Gambar: Bernama

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini meminta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mempengerusikan siding Dewan Rakyat hari ini menggunakan Aturan Mesyuarat 7(3)

Ketika mempengerusikan sidang, Azalina berkata dirinya hanya menggantikan Azhar buat sementara waktu.

“Ini sementara sahaja, muta’ah sekejap sahaja. Ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3),” kata Azalina dengan nada bergurau merujuk istilah perkahwinan kontrak dalam ajaran mazhab Syiah ketika ditanya oleh Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Ketika dihubungi, Azhar berkata tindakan memilih Azalina mempengerusikan sidang itu adalah bagi membolehkan beliau menyelesaikan beberapa perkara lain.

Ditanya mengapa timbalan beliau Mohd Rashid Hasnon tidak memangku tugas tersebut, Azhar berkata ahli Parlimen Batu Pahat itu sudah mempengerusikan sidang awal hari ini.

Beliau turut menambah akan kembali mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas ini.

Kemunculan Azalina mempengerusikan sidang menarik beberapa ahli Parlimen untuk mempertanyakan situasi yang jarang dilihat pada sidang Dewan Rakyat.

Klausa Aturan Mesyuarat 7(3) yang dirujuk Azalina tersebut berbunyi: “Seseorang ahli boleh diberikan kuasa oleh Yang di-Pertua sehingga Yang di-Pertua kembali.”

Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan yang di-pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu.

Azalina berkata tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana pihak.

Pemilihan calon menggantikan beliau sebelum ini dijangka akan dilakukan semalam, namun ia ditangguh ke Oktober depan.
Dua nama yang disebut-sebut menggantikan Azalina adalah Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dari blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming, calon dari Pakatan Harapan.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,369
Reaction score
15,064
Points
1,906
1631807721272.png

Azalina pengerusikan sementara parlimen langgar undang-undang, kata Hanipa

Diterbitkan: Sep 16, 2021 7:18 PM

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata adalah salah dari segi undang-undang untuk speaker Dewan Rakyat Azhar Harun meminta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman mempengerusikan sidang parlimen semalam.

Katanya, hal itu kerana Peraturan (6) Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa jika terdapat kekosongan bagi jawatan timbalan speaker, Dewan Rakyat harus membuat pemilihan bagi jawatan itu "pada permulaan urusan mesyuarat dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas daripada jawatan Timbalan Yang di-Pertua itu kosong."

“Pada pandangan saya, salah dari segi undang-undang untuk Azalina duduk sebagai timbalan speaker memandangkan dia telah berundur secara sah.

"Maksudnya, terdapat kekosongan yang mana Parlimen perlu isi secepat mungkin, iaitu aturan yang pertama.

ADS

“Soalnya bukan tentang Azalina. Ia tentang terang-terangan tidak menghormati undang-undang,” kata Hanipa dalam satu kenyataan hari ini.

03fac5fa3c71edd0a25b8c72d24af817.jpg

Semalam, Azalina berkata dia diminta oleh Azhar untuk mempengerusikan sidang parlimen buat sementara waktu berdasarkan peruntukan Peraturan 7(3) Peraturan Mesyuarat.

Peraturan 7(3) menyatakan bahawa speaker, pada bila-bila masa persidangan, boleh meminta seorang ahli untuk mempengerusikan mesyuarat bagi sementara, tanpa perlu diberitahu kepada Majlis Mesyuarat. Ahli berkenaan harus diserahkan dengan semua kuasa speaker semasa mempengerusikan mesyuarat.

Dalam kenyataannya hari ini, Hanipa berkata berdasarkan Peraturan Mesyuarat, harus ada dua orang timbalan speaker dan sekiranya terdapat kekosongan, timbalan speaker baru hendaklah dilantik secepat mungkin.

Salah satu jawatan timbalan speaker menjadi kosong selepas Azalina berundur bulan lalu, dengan harapan supaya “reset” boleh dilakukan pada sidang Dewan Rakyat.

Pemilihan timbalan speaker baru telah disenaraikan sebagai perkara pertama dalam aturan urusan mesyuarat selepas sesi soal jawab pada Selasa, tetapi ditangguhkan ke sidang parlimen yang akan datang.

Menteri undang-undang di JPM Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah itu dibuat agar kerajaan dapat meminda perlembagaan untuk membolehkan jawatan timbalan speaker yang ketiga untuk pembangkang diwujudkan.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen pembangkang menggesa agar pemilihan itu dipercepat, ekoran beban digalas pejabat speaker.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi turut menuduh Bersatu dan sebilangan sekutu ahli parlimen bebas menghalang gerakan untuk melantik ahli parlimen Pontian Ahmad Maslan - iaitu calon tunggal Umno sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Pembangkang turut mencalonkan ahli parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming bagi timbalan speaker.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,369
Reaction score
15,064
Points
1,906
1631947013420.png

Isu calon timb speaker: Sila tanya pemimpin Bersatu, kata Ahmad

Diterbitkan: Sep 18, 2021 12:14 PM

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan Bersatu berkecuali daripada menyokongnya sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pontian itu, khabar angin tersebut harus ditanyakan kepada pemimpin Bersatu.

"Sila tanya PPBM (Bersatu), terima kasih," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Sebelum ini, pihak kerajaan mencalonkan Ahmad sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang baru bagi menggantikan Azalina Othman Said

Manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Nga Kor Ming sebagai calon timbalan speaker bagi pihak pembangkang.

Terdahulu, ahli parlimen Bersatu dilaporkan menolak menyokong Ahmad sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang seterusnya.

Ini dikatakan menyebabkan undian untuk jawatan itu ditangguhkan, dakwaan yang pertama kali dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Sebelum ini, ahli parlimen Bersatu dipetik Sinar Hariandengan syarat enggan dinamakan mengesahkan dakwaan itu benar.

"Pendirian Bersatu adalah Umno kena memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integriti.

"Dengan kami berharap calon itu mestilah tiada masalah berurusan dengan ahli-ahli parlimen Bersatu sendiri,” kata salah seorang MP Bersatu, petik laporan itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Umno memberitahu bahawa "kluster mahkamah" menjadi alasan untuk Bersatu menolak pencalonan Ahmad.

Bagaimanapun, kata pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan itu, Bersatu sebaliknya menjadikan perkara ini untuk membalas dendam tekanan Umno sebelum ini terhadap pemimpin mereka Muhyiddin Yassin.

Dakwanya keputusan untuk menolak pencalonan Ahmad dibuat oleh Muhyiddin sendiri.

"Bersatu mengambil peluang ini untuk membalas dendam terhadap kumpulan 'kluster mahkamah' yang sebelum ini memberi tekanan terhadap kerajaan," katanya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,369
Reaction score
15,064
Points
1,906
Terdahulu, ahli parlimen Bersatu dilaporkan berkecuali dalam mengundi Ahmad Maslan untuk jawatan itu.

1631953861571.png

'Bersatu terbuka soal calon timbalan speaker, tapi tegas isu integriti, kes mahkamah'

Diterbitkan: Sep 18, 2021 3:40 PM

Bersatu terbuka untuk menerima cadangan bagi calon timbalan speaker Dewan Rakyat dari parti lain asalkan ia selari dengan prinsip parti, menurut ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan.

Menjawab kenyataan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berhubung perkara itu, Wan Saiful berkata Bersatu mempunyai prinsip tegas yang tidak boleh dikompromi.

“Pandangan Bersatu dalam isu berkait integriti dan urusan mahkamah sentiasa konsisten dan sedia diketahui umum.

“Kita boleh bersetuju dengan cadangan calon dari parti lain, tetapi runding dahulu nama calon itu kerana Bersatu ada prinsip tegas yang tidak akan kita kompromi.

“Sewajarnya perkara-perkara besar dalam kerajaan yang berbentuk gabungan pelbagai parti seperti yang kita ada hari ini haruslah mengambil kira pandangan semua ahli keluarga dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dia turut memuatnaik respons Ahmad yang enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa Bersatu bersikap berkecuali daripada menyokongnya sebagai timbalan speaker.

"Sila tanya PPBM (Bersatu), terima kasih," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pihak kerajaan mencalonkan Ahmad sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang baru bagi menggantikan Azalina Othman Said.

Bagaimanapun ahli parlimen Bersatu dilaporkan menolak menyokong Ahmad untuk jawatan itu.

Ini dikatakan menyebabkan undian untuk jawatan itu ditangguhkan, dakwaan yang pertama kali dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Shli parlimen Bersatu dipetik Sinar Harian dengan syarat enggan dinamakan turut mengesahkan dakwaan itu benar, antaranya kerana calon perlu tiada kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integriti.

Untuk rekod, Ahmad kini sedang dibicarakan kerana mengubah wang haram dan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM mengenai lebih RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada tahun 2013.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register